9/19/13

Tutup Mata -Beli!

Photo Courtesy :travel.nytimes.com


Prinsip yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh aku dan akak aku. Tutup mata- beli! Lain belakang cerita.. Lepas tu baru la gelabah-gelabah merancang trip. wahahha...

p.s: Tolong doakan project manager aku approve cuti-cuti aku.. amin :)

9/17/13

Delicious Food at Muar Johor

Orang luar menyebut bandar Muar sebagai "Mu-ar" tapi kalau orang Muar sendiri sebut "Mu-orr". Ha! Banyak jugalah perakataan orang muar yang selalu aku gelakkan bapa aku. Antaranya - "ge-bor", "seli-por", "ge-bok", "pa-sor". Orang Muar jangan marah ye. Apa-apa pun bandar ni memang unik dan juga makanan yang sedap-sedap. Zaman kecik-kecik dulu abah aku tak rajin nak singgah bandar Muar sebab jauh dengan kampung aku. Tapi bila dah besar ni masing-masing dah pandai drive kami gerak sendiri teroka Bandar Muor!

Photo Courtesy : Google

Aku rasa kalau sebut Muar je pasti dah terkenal dengan Mee Bandung Muar. Yer memang aku nak perkenalkan Mee Bandung Muar tapi bukan Mee Bandung sahaja, ada lagi dua kedai makan dan minuman yang aku nak perkenalkan kepada anda semua diluar sana. 

Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanifah


Siapa tak kenal mee Bandung Muar Abu Bakar Hanifah. Famous kot, sampai Kerabat Diraja Johor pun sanggup datang menikmati keenakan Mee Bandung dia. Mee Bandung Abu Bakar Hanifah ni memang banyak cawangan tapi main branch yang selalu aku pergi ialah:

Restaurant name: Mi Bandung Muar (Special) - stall in Wah San kopitiam
Address: 69-A, Jalan Abdullah, Muar, Johor
Map: http://goo.gl/maps/4zImu
GPS: 2.050674,102.571642
Hours: 6:30am to 5:00pm
Status: Halal


Aku suka ke sini  mungkin kerana style dan suasana kedai nya. Mak aku kata kedai zaman 60an dan 70an macam ni. Dalam kedai makan cina ada stall-stall masakan orang Melayu. 1 Malaysia wei!



Photo Courtesy : KemangiPontian

FYI, suasana macam ni masih ada di gerai Sarawak! Pagi-pagi beli mee kolok dengan laksa sarawak.. arghh rindu Kucing! Mereka yang pro masak aku cadangkan beli Paste Mee Bandung Hanfiah yang dijual dengan harga RM10. Gerenti terangkat! heheSelain Mee Bandung Hanifah ada gak dijual menu lain seperti rojak dan sate. Jadi apa lagi jom ke Mee Bandung Hanifah!

Kopi 434 


Photo Courtesy : Anythinglily

Kopi 434 ni memang dah cukup terkenal di kalangan orang Muar. Mak aku cerita dulu mereka naik bus nak balik kampung,kena turun di Bandar Muar. Dari jauh boleh nampak kilang kopi 434 dan longgokkan kopi yang sedang di masak.. Bau harum semerbak! Penggemar kopi je boleh menilai bau harum tu.hahah



Tapi sekarang ni, jangan pula korang cari longgokkan kopi tu ye.Dah tak ada lagi. Kedai yang dahulu nyer menjadi kilang telah dikomersialkan menjadi Cafe 434. Jadi, korang boleh melepak makan-makan dalam Cafe 434 sambil menikmati kopi 434.

Kenapa nama kopi ni 434? No ekor ke? Tidak.. tidak ye tuan-tuan dan puan-puan.. Sejarah asalah kopi 434 ni diambil sempena dengan no telefon kedai mereka pada tahun 1960-an. Senang kan sampai sekarang orang ingat 434. More info, boleh lawati website kopi434.com


Ah Sai, a self made entrepreneur has always wanted to do business with the local multi-racial community. Bearing this in mind, he wanted the Malay, Chinese, Indian and Sikhs customers to recognise and remember his brand of coffee, and he has chosen his three digit telephone during the 1960s “434” as his brand name.
Since then, the number 434 has been a lucky number for Ah Sai. It brings in a lot of good business and good luck to the Kiar family. Today, when coffee lovers mention about the magic number 434,it is Sai Kee Coffee from Muar. 


Peminat-peminat kopi . Jom ke 
Kopi Sai Kee 434 Kopitiam
No 121, Jalan Maharani,
84000 Muar, Johor. 

GPS: 2.047902, 102.566611
Tel no: 606-9513828
Email: enquiry@saikee.com
Official Website: http://www.saikee.com/





Muar Soup House
Photo Courtesy : NST

Niat asal adik-beradik aku nak ke Mee Bandung Hanifah, tapi sampai je kedai tu dah tutup. Frust kot! kami ni dah tersangat lah lapar sebab 3 jam non stop drive . So, kita orang decide teruskan cari kedai makan. Jalan la kami ke hadapan dari kedai Mee Bandung Hanifah, belok kanan ternampak Muar Soup House. Hipster sungguh nama kedai tu ! 

Masuk je tengok style kedai ni dah macam Chawan ,Bangsar. Dua kali urban! Sebenarnya, aku tak tahu nak makan apa. Jadi kami order, nasi lemak , mee bandung muar, dan sup daging semangkuk bersama roti. Bersama variety of minuman telah kami order.

Try adik aku punya sup daging. Terangkat kot kesedapan dia. Aku ni bukan la penggemar sup daging, tapi sup di  Muar Soup House ni memang tak boleh di tolak. Sedap dan tidak terlampau berminyak. Terasa creamy and yummy! Confirm nak lagi. 

Restaurant name: Muar Soup House
Address: 47, Jalan Sisi, Muar, Johor (near Classic Hotel)
Map: http://goo.gl/maps/v2MPY
GPS: 2.045666,102.566455
Hours: 24 hours
Halal



P.s: Picture aku? Jap lagi aku upload.. publish dahulu.. whahahah

Membebel sebentar: Bila godek-godek draft,baru perasan akan entry yang tersimpan lama dalam draft tapi tak type apa-apa. Bila dah start kerja ni. Macam-macam nak fikir, nak type blog pun tak dapat apa tah lagi nak buat research untuk next trip. Perkara paling tak best, once aku start kerja bermaksud travel trip aku bergantung kepada cuti yang aku boleh ambil sahaja. Tapi entah la, aku dah rasa semacam. Maybe sebab dalam team project, aku sorang je yang dah decide sampai tahun depan bila nak ambil cuti. Nasib baik la tak punch ticket flight banyak-banyak. Kalau tak menyesal aku burn tickets. hahaha. ok enough membebel. Jom tingkatkan prestasi kerja agar boleh travel lagi. hahaha.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...