8/20/13

Jakarta- Bandung 2013:Day 3: Alas Daun,Bandung

Day 3- 3 Jun 2013 : Dinner

Sebenarnya aku dah tulis mengenai aktiviti shopping di Bandung. Tapi aku rasa entah lah, mesti bosan kan? Balik-balik cerita pasal shopping. Jadi kita cerita dulu pasal makan.. Perut masing-masing dah kelaparan . Jadi Om Mawardi cadangkan untuk makan di Alas Daun. 
Credit Photo : TripAdvisor

Asalnya Om nak bawa kami ke Restaurant di Puncak Bandung,kerana pemandangan yang indah. Tapi disebabkan perut kami dah lapar, dia tak galakkan sangat sebab servis di Restaurant tu slow sebab ramai yang datang makan di sana. Jadi kami ke Alas Daun. Jangan pula confused dengan Kampung Daun ye. Jadi sesiapa yang bercadang nak makan disini boleh lah ke :

Address
Jalan Citarum No. 34
BandungJawa Barat 
Phone
+62 22 77888889


Mama, Ala dan Icha
Alas Daun , Bandung 2013

Speciality di Alas Daun ialah, makan beralaskan daun pisang. Dah macam makan kat mapley pula.Selain itu,kita boleh pilih sendiri makanan yang dihidangkan. Nak tambah menu-menu lain juga boleh. Sedap dan macam vegeterian person pula sebab banyak sangat ulam-ulaman yang boleh dipilih. But beware, kadang-kadang sambal yang kita ambil boleh terlampau pedas atau tak pedas langsung. hehehe

Variety of food and bumbu
Alas Daun, Bandung 2013


Kalau minat dengan bebek (itik) dan juga ayam , kita boleh pilih sama ada goreng atau dibakar. Variety of foods and water can be choosed. Seperti biasa alpulkat mesti aku minum kalau di Indonesia! Yummyss.Selain makan yang sedap dan perkhidmatan yang bagus. Alas Daun juga ada free wifi. Jangan tak tahu, kami sempat skype dengan Aiman di Scotland. hehe. Kasi dia jeles tengok makanan indonesia.
Sudah kenyang bergambar di hadapan Alas Daun
Alas Daun, Bandung 2013

Pulang dari Alas Daun, tiba masa untuk rehatkan diri kerana esok kami akan pulang ke Jakarta semula. A very short trip to Bandung. hehe

8/13/13

Jakarta- Bandung 2013: Day 3 : Cara Mengelakkan Kesesakkan/Jammed/ Macet di Jakarta Bandung Highway

Day 3: 3 Jun 2013

Tajuk entry tak beragak punya panjang..ngee. Setelah berbincang, kami ke Kota Bandung pada hari ini. As usual, kalau dah sampai Bandung- kita shopping!! Memandangkan ini pengalaman pertama kami dari Jakarta ke Bandung. So, keluarga Om Mawardi dah rancang betul-betul bagi mengelakkan jammed atau macet yang teruk di highway nanti. yeah!


Aku sering dengar masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tak kisah la, pergi Jakarta- Bandung dengan travel agency atau sendiri. Satu perkara yang tak menyenangkan ialah mereka terpaksa mengharungi 5/6 jam jammed atau macet di Jakarta -Bandung Highway. Padahal jarak perjalanan melalui highway sepatutnya cuma mengambil masa selama 2 jam sahaja.  

Tips Mengelakkan Kesesakkan/Jammed/ Macet di Jakarta Bandung Highway 

  1. Bergerak weekdays or weekend?  Antara  penyebab utama kenapa tersekat di Highway Jakarta Bandung ialah salah pilih hari perjalanan. Buat pengetahuan semua, biasanya pada hujung minggu (weekend) kebanyakan orang Jakarta akan ke Bandung untuk berlibur. Itu sebabnya jammed boleh sampai 5/6 Jam. Jadi pilihlah weekdays kalau nak ke Bandung. Begitu juga,dari Bandung untung ke Jakarta.
  2. Pukul berapa nak bertolak? Ini juga merupakan faktor paling penting. Sila elakkan dari picked hours iaitu 7-9 am - waktu orang pergi kerja dan 4-7pm- waktu orang pulang bekerja.  Kenapa? Macam orang Malaysia juga waktu picked hour jam sebab orang pergi dan pulang dari pejabat. Jadi pilih masa yang sesuai, bagi mengelakkan jammed.
  3. Holidays? Alert dengan tarikh dan hari Indonesia bercuti. Mereka ni memang suka bercuti, even bukan hari bercuti pun boleh ramai orang. Sebab rakyat mereka terlampau ramai. Boleh rujuk Calendar Indonesia untuk merancang perjalanan anda.

Bagi mereka yang tiada pengalaman menghadapi jammed/macet yang teruk gile. Be prepared, sila rancang betul-betul perjalanan anda. Tahap jammed di Indonesia boleh sampai anda terpaksa tinggalkan kereta. Katakan anda tersekat dalam jammed/macet, dan ingin berehat atau membuang air kecil. Pesanan dari sedara aku, nampak sahaja petrol station berhenti sahaja. Jangan ditunggu. Jangan risau  dengan tahap kebersihan tandas di Petrol station. Tandas mereka jenis yang mementingkan kebersihan class "A". Bayar 1k Rupiah terlebih dahulu sebelum masuk ke tandas !

Jadi setelah rancang perjalanan, banyakkan berdoa dan bertawakal pada Allah. Agar perjalanan anda semua selamat dan cepat sampai.. amin.

Source: v-recipes,blogspot.com
Jakarta-Bandung Highway.

Maka kami sampai ke Bandung 2jam tepat. Lega sangat, sampai sahaja di hotel. Letak-letak barang. Ini masa menghabiskan duit, iaitu shopping! wahahhaha


Note: Aku rasa tiga faktor ni dah cukup lengkap.. Tapi kalau korang nak tambah dibawah, silakan.. Komen-komen yang membina sangat dialu-alukan.
Note 2: Ada cerita hantu di highway Jakarta- Bandung, tapi aku malas nak cerita nanti korang cuak. Cerita ni cousin aku sendiri alami and cerita kat aku. Tapi jangan risau, hantu ni tak merbahayapun. 

Lemang Rebus Untuk Perantau.

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lalu.. Here come"Lemang Rebus Untuk Perantau."
Tak semestinya untuk mereka yang berada di perantauan sahaja, untuk kita yang ada di Malaysia pun boleh sebab resepinya mudah dan ringkas.Tak perlu bersusah payah nak cari buluh dan berpanas menjaga api. Jimat banyak step. Buat sorang-sorang pun boleh. hehehe


Bahan-bahan Lemang Rebus
  1. Beras Pulut
  2. Santan
  3. Garam secukup rasa.
  4. Daun Pisang/ Aluminium Foil (Jika tiada daun pisang)
  5. Tali Pokok Pisang/Tali Rafia.
Cara-cara 
  1. Layurkan daun pisang diatas api. Daun pisang akan digunakan untuk membalut lemang rebus,
  2. Cuci beras pulut .
  3. Masakkan beras pulut bersama santan dan garam secukup rasa. Sukatan santan hendaklah menutupi beras pulut..Ala...macam masak nasi
  4. Kacau beras pulut dan santan itu tadi, sehingga beras pulut itu separuh masak. Kira dah kering , tak perlu nak masak sangat sebab kejap lagi kita rebus.
  5. Ketepikan sebentar,ambil sedikit pulut (ikut suka nak buat besar mana) dan gulung dengan padat menggunakan daun pisang dan ikat dengan tali pada hujung dan tengah .
  6. Rebus kesemua lemang rebus yang sudah diikat ke dalam periuk. Sukatan air, separas dengan lemang rebus  tak payah penuh-penuh.
  7. Pastikan api tidak terlalu besar, biar sederhana sahaja. Tutup api apabila air sudah kering dan lemang sudah masak.
Jika anda menggunakan aliminum foil , step no 1-5 sama. Bezanya, anda memasak dengan cara Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut yang di dalam aluminium foil tadi lebih kurang 20-30 minit.

Bila telah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.Dah Siap! Mudahkan??

Credit Photo: umi-e,blogspot.com
Resepi: Lemang Kukus.
Note: Resepi ni arwah wan yang ajar, dan turunkan dekat kami. Waktu tahun 2010, kami beraya di Rumah Pak Cu di Australia. Disebabkan wan asal dari negeri sembilan tak lengkap klau tak ada lemang, Maka dia ajar kami buat lemang rebus sewaktu menyambut hari raya disana. Rupanya senang je nak buat tak susah pun... Dulu wan ada gak ajar aku buat lemang bakar. susah wei.. nak kena jaga api... leceh juga caranya.. heheh

8/8/13

Repost : Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434Hijrah

The Copse, Augusta, Western Australia 2012


Kalau anda semua perasan, untuk last year pun aku guna gambar yang sama.. Gambar ni ada sentimental value. Ini trip terakhir aku bersama uwan (nenek) tercinta, trip yang complete sebab semua adik-beradik ada. Trip ni juga trip paling gila-gila sekali, sampai hujung dunia kami pergi. 

Tahun ni macam-macam berlaku, tapi aku sangat bersyukur di sebalik kedukaan kehilangan uwan. Allah berikan nikmat dan peluang dekat aku, dapat internship tempat yang tak pernah aku terfikir. Diberi peluang untuk buat macam-macam. Dibantu urusan kerja aku. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat... :) 


Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Sesungguhnya, saya hanyalah seorang hamba yang lemah dan khilaf. Doakan saya menjadi muslim yang lebih baik. insyaAlllah.


Takaballah hu minna waminkum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
dari Nina dan Keluarga

Note: Aku tulis waktu malam 29, sebab esoknya busy tolong mak buat lemang rebus..terkejut dengar lemang rebus? Nanti aku bagi resepi... tunggu lepas raya! haehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...