7/31/13

Jakarta - Bandung 2013 : Day 2: Monumen Nasional (MONAS)

Monumen Nasional, MONAS
Credit Photo: http://www.prianganpos.com/2012/11/tugu-monas.html
Setelah kami ke Taman Mini Indonesia Indah  Refer to this post. Kami  singgah ke rumah kenalan abang aku  Uncle Afrizal di Bekasi, Jakarta Barat. Sebenarnya dah penat,tapi kami singgah juga ke rumahnya tak sedaplahkan tak singgah, orang dah panggil dan menanti kehadiran kita.Selesai solat dan ngobrol bersama keluarga Uncle Afrizal, kami balik semula ke  City of Jakarta untuk melawat Monumen Nosional atau lebih dikenali sebagai MONAS. Indonesian suka singkatkan perkataan kalau perasan. heehe



Kenalan di Bekasi, Uncle Afrizal


Perut masing-masing dah berdangdut maka kami singgah ke kedai Bebek Goreng Haji Slamet di Jakarta Selatan . Dengar cerita, kedai ni paling famous di Indonesia. Famous dengan kenikmatan Bebek iaitu itik gorengnya.. Maka kami beli Bebek Set Complete dan  makan malam di kawasan MONAS. Second time, aku makan dekat taman di Indonesia! Serious seronok sebab tak selalu buat. Tapi jujur aku katakan, kalau nak menikmati bebek yang paling sedap ialah di Surabaya. Bebek Setan ! ha jangan terkejut. 


Kalau nak singgah menikmati bebek boleh ke alamat ni: 
Jalan Melawai Raya (Cab. Melawai Blok M)
Jakarta SelatanIndonesia 



The National Monument , or simply Monas is a 433 ft (132 metre) tower in the centre of Merdeka SquareCentral Jakarta, symbolizing the fight for Indonesia. Construction began in 1961 under the direction of President Sukarno. Monas was opened to the public in 1975. It is topped by a flame covered with gold foil. The monument and the museum are open daily from 08.00 - 15.00 Western Indonesia Time (UTC+7) throughout the week except for the last Monday of each month when the monument is closed.


Source : Wikipedia

Menurut sepupuku Icha, obor-obor diatas yang kelihatan disaluti dengan emas yang ditaja oleh orang Aceh. Kaya betul mereka! Pembinaan MONAS pada tahun  17 August 1961 iaitu hari kemerdekaan Indonesia dan berakhir pada 1965. MONAS melambangkan semangat perjuangan untuk Indonesia. Semangat nasionalis kata mereka.
Aku cadangkan kalau nak kesini lebih baik waktu malam kerana view lebih cantik. Selain itu, lebih sejuk sebab tengah hari panas.. eheehe

Dinner Picnic at MONAS, Jakarta
Menikmati Bebek Goreng Hj Slamet sampai nagis.
Refer to my cousin action Zaky and Icha.

MONAS , Jakarta Pusat
Maaf untuk gambar yang bergegar.
Maka berakhirlah trip kami pada hari kedua. Sampai sahaja di rumah, masing-masing sudah capek and tidur. Esok kita nak shopping!


Note: Susah betulkan nak habiskan post Jakarta Bandung ni, padahal cuti aku dah nak habis and dah nak masuk kerja dah. ish.. ish...

7/29/13

Dressing for Winter. Baju Untuk Musim Sejuk

Berhenti seketika dengan trip Jakarta- Bandung, Indonesia 2013. Sekarang tengah prepare untuk ke negara sejuk pada musim winter. Dah bagi hint tu! Masalahnya, aku tak pernah pergi negara yang bersalji. Pernah pergi ke Perth, Australia pada musim sejuk, tapi di Perth tak turun salji hanya turun hujan yang sejuk. Jadi aku cuma prepare beli Trench Coat di Bandung untuk ke sana. Yelah setakat 16-20 degree celcius, aku masih boleh control.


My Trench Coat
Cape Leeuwin, Australia 2012
Abaikan kulit muka kering
Menjadi masalah sekarang ni, mampu ke aku bertahan dengan hanya memakai trench coat? Setelah aku buat research. Jawapannya, aku tak mampu sebab negara yang bakal aku lawati cuaca ketika musim sejuk dibawah paras beku iaitu -10 degree celcius. wahahha. Lebih-lebih lagi kita yang duduk di Malaysia, pasti mengalami masalah menahan kesejukan melampau di negara orang.Jadi sedikit panduan untuk semua. Cara-cara pemakaian di ketika winter atau musim sejuk.

Photo credit: http://indiraprabhakaran.com/blog/winter-eh/

Nampaknya, kena juga lah beli atau pinjam baju tebal-tebal. Next trip, kena prepare beli baju sejuk murah-murah. Kalau tidak, beku lah aku dekat negara orang.wahah

Note: Doakan le aku boleh pergi and minta cuti ye! amin...

7/26/13

Jakarta- Bandung 2013 : Day 2 : Taman Mini Indonesia Indah (TMII) ,Jakarta

Logo Taman Mini Indonesia Indah.
Pulang dari Gelora Bung Karno, Senayan. .. Kami ke rumah Om Mawardi dan bersiap-siap untuk ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII)..  Awal-awal tak tahu nak ke mana bila sampai di Jakarta. Nasib la aku ada wat sedikit research mengenai Jakarta. Jadi kami request untuk ke Taman Mini Indonesia Indah,Jakarta Timur. Kenapa nak ke sini? Sebabnya, kalau pergi ke TMII ibarat anda melancong semua kepulauan di Indonesia. Heheh. Menarik tak?



The idea of presenting Indonesia in a small scale was conceived by former Indonesian first ladySiti Hartinah, better known as Tien Suharto. It came about at a convention on 8 Cendana Street at March 13, 1970. Through this recreational site, she hoped to cultivate national pride in more Indonesian people.A project called "Indonesian Miniature Project" was started by Harapan Kita Foundation in 1972. The concept of this culture-based recreational area was inspired by Indonesia's unparalled natural riches and local folk diversity.
Source : Wikipedia

Anjungan Bali
Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta 2013
Tak pernah sampai ke Bali, tapi dapat singgah di Anjungan Bali pun okay.


Digalakkan kalau sampai ke sini spend time dari pagi sampai petang.  Ticket masuk ke Taman Mini ialah RP8k/seorang dan RP10K/car. Manakala, untuk taman-taman dan museum harga adalah berbeza, hanya Anjungan-anjungan iaitu rumah-rumah tradisional daerah sahaja masuk secara percuma. 

Pesanan untuk anda semua,Taman Mini Indonesia Indah tidak sama seperti Taman Mini Malaysia, Melaka atau Kampung Budaya Sarawak. Mungkin ada sedikit persamaan konsep, tapi istimewanya disini ianya menempatkan semua tempat kebudayaan dan rumah tradisional di Indonesia dari kepulauan Sumatera, kepulauan Jawa, kepulauan Borneo, kepulauan Irian Jaya .Bayangkan berapa banyak daerah dan budaya. Rumah-rumah yang dibina bukan mini macam di Melaka, tetapi dibina sama seperti rumah yang didiami. Contoh, di Anjungan Riau terdapat tiga buah rumah Tradisional Melayu Riau sama seperti rumah yang berada di Riau.Selain itu, di TMII menempatkan lebih 62 museum dan taman untuk di lawati. All in one place!
Peta dan muzium di Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta 2013
Sila klik gambar untuk melihat museum dan taman yang ada disini.


Keluasnya kawasan Taman Mini ni boleh dikatakan sebesar kawasan taman perumahan Shah Alam. Jadi bila sampai ke sini, tak boleh jalan kaki mesti naik kereta untuk pusing satu taman. Taman Mini turut menyediakan perkhidmatan cable car atau anda boleh menyewa basikal.  Tapi cousin aku Icha dan Zaky tak sarankan naik cable car sebab bergegar dan kualiti kurang memuaskan. Nak jalan kaki boleh, tapi lenguhlah. 

Seronoknya disini, macam-macam benda boleh dilihat, tu pesanan saya. Sila datang dari pagi sehingga petang. Tak perlu risau kalau anda lapar, ada kedai California Fried Chicken (CFC). Selain itu, facilities seperti tandas juga turut disediakan.

Anjungan Riau,
Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta 2013
Bersama Keluarga Om Mawardi dan Tante Nazviha bersama anak mereka.


Boleh refer this website for more info : Taman Mini

7/17/13

Jakarta- Bandung 2013 : Day 2 :Gelora Bung Karno, Jakarta

2 Jun 2013

Pagi-pagi lagi kami dah bangun,makan sedikit breakfast . Om Mawardi dah ajak kami ke Gelora Bung Karno untuk Jogging.. Dalam hati aku, jogging? Tapi bila masa lagi kau nak berjogging di negara orang kan?. Sebut je Gelora Bung Karno,terus aku teringat perlawanan Bola Sepak Malaysia menentang Indonesia..Tak ingat? Perlawanan Piala Suzuki,yang pasukan Malaysia kena naik kereta kebal dari Istora Senayan ke Gelora Bung Karno.


Gelora Bung Karno, Senayan,
Jakarta, Indonesia
Credit Pic: donilaksono.wordpress.com

Rata-rata kalau disebut "Gelora" dalam bayangan rakyat malaysia mesti memikirkan Gelombang Ombak atau Perasaan hati yang bergolak -golak. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud gelora ialah :


1 kocakan air laut yg sangat hebat; gerakan gelombang yg besar serta dgn kencangnya. 2 = musim ~ musim hujan dan angin ribut yg kencang; musim hujan lebat serta banjir: Dlm musim ~, mereka tidak berani turun ke laut. 3 ki perasaan yg titdak tenang; perasaan yg sentiasa bergolak. bergelora 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar: Dr Melbourne, kapal itu telah belayar ke New Zealand, dan kemudian membelok ke selatan menempuh laut yg ~. 2 ki berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). menggelorakan menyebabkan perasaan menjadi bergelora; mengobarkan semangat dll.

Kamus Pelajar Edisi Kedua

Tiba-tiba pula kita masuk kelas bahasa melayu. Tujuan sebenar aku tulis maksud ni, sebab aku tahu.. Rata-rata rakyat Malaysia mesti fikir kenapalah di Indonesia mereka letak nama Stadium sebagai Gelora. Nak menunjukkan semangat berpasukan ke? Semangat atlet-atlet bermain? Kata mereka ada kaitan dengan semangat kesukanan, tapi sebenarnya maksud Gelora ialah "Gelanggang Olahraga" . Ha?? Tak sangka?? Betul la, aku tak tipu. huhuhu
HydroCoco Event.
Gelora Bung Karno, Jakarta 2013

Tak adalah jauh sangat dari rumah Om untuk ke sana dalam 25 minit.. Cuma jadi lambat  nak masuk ke kawasan Gelora Bung Karno kerana ada 3 big event ketika kami sampai. 
Hydorcoco( program berbasikal tajaan air Hydrococo) , ada wisuda (graduation university), perjumpaan muslimat (yang ni memang gempak dan ramai kot).
Jadi aktiviti kami bukanlah jogging, sebalik nyer kami makan depan Gelora Bung Karno.. hahahha.. Pengalaman wei, kat Malaysia pun aku tak pernah buat .


Icha and Me ..Brekfast at Gelora Bung Karno , Jakarta

Nasi Uduk dan nasi ambel.
Sorry. nasi lemak lagi sedap ikut tekak aku la..

Berdekatan dengan Gelora Bung Karno, keliatan Istora Senayan.. Try to guess, maksud Istora?? Sebut istora macam-macam keluar dari mulut kami, rupanya maksud Istora ialah Istana Olahraga. Istora ni kawasan penginapan atlet. Jadi kalau ada acara mereka stay sini, tapi katanya dah tak pakai sangat, sebab atlet lagi prefer duduk dekat hotel.


Habis makan, kami langsung pulang ke rumah.. Lepas ni kemana ya?? Tunggu
Perjumpaan muslimat, lebih dari 100 bus
Gelora Bung Karno, Jakarta


Small note: Alhamdulillah, aku dah habis practical! Officially graduated from IIUM. Tengah bercuti and dapat sambung bekerja ditempat aku practical.... Alhamdulillah, sujud syukur ya Allah..
Maaflah, nak habiskan satu entry dekat tiga minggu.. tengah cuti ni akan aku habiskan ya. fighting!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...