5/11/13

Q&A: Supir di Surabaya, Indonesia.

Sebenarnya benda ni dah lama dah nak share. Tapi selalu lupa. Haritu, ada seorang readers tanya mengenai supir di Surabaya. Jadi, aku share la apa yang aku reply dekat dia. Sesi soal jawab boleh refer to this post: Travel Itinerary Surabaya 

Dear Bee,


First of all, thank you so much sudi baca blog saya. I will try to answer your question one by one based on your comment at my blog  hehehe ..

Q: uols pegi ritu sewa kereta aje ke?

A: Yup, memang pakai sewa kereta(supir).. tak guna travel agency. means everything sendiri for the whole trip.

Q:so tix nak masuk zoo semua kene bayo sendiri ke supir incharge semua?

A:  If you refer to this post : http://misznina17.blogspot.com/2012/10/surabaya-indonesia-day-2-part-1-taman.html I ada mention yang harga ticket memang kena bayar sendiri for Entrance Fee, harga akan lebih murah kalau naik kereta  Indonesia, compare naik tour bus, harga yang dikenakan agak mahal dua kali ganda. 
Refer to this website for entrance fee + car : http://www.eastjava.com/tourism/pasuruan/taman_safari/about.html
Banyak tempat yang menarik di Surabaya

Q:sorry, saya try email dgn setia-abadi tanya quotation harga sewa kereta dgn package Taman Safari.. nampak mcm harga dia mahal dr apa yg dia ckp kat website... so nak tau arrangement uols mcmane..

A: Last year, waktu saya pergi harga yang dikenakan Transportation (Kereta + Supir+Minyak+Tol) : RP1800 000 (RM600) for 3 days . Tapi tahun ni bila my family nak pergi, harga yang dikenakan memang berbeza mcm u cakap. So, kami change daripada guna Setia Abadi, and one of my blog travelling friend Zara AB suggest Pak Ashirin. My relative and my family pergi Surabaya this year guna perkhidmatan Pak Ashirin and highly recommend!

Supir Details 
Supir Name     :           Pak Asyirin / Pak Marji
Contact No      :           +628123247347 / +6281553295353
Car rental (Type: Toyota Innova)
Per day in town (Surabaya area): IDR 500,000
Per day in town (e.g: Batu/Malang /Bromo): IDR 600,000
Airport transfer: IDR 350,000
(*Including car rental, petrol, driver, parking and toll fees)

Pak Ashirin Offer
Supir  + Car  + Apartment (3 bilik) + Included (Madurah + Taman Safari ) 
for 4hari 3 Malam = RM 1500++

My itinerary tu boleh je tekan-tekan link yang saya bagi. so boleh baca full story for each place i go :)

Sincerely,
Nina

5/7/13

Solat Sunat Musafir

Terlampau excited nak travel, kita mungkin lupa nak tunaikan solat sunat musafir. Apa kelebihan menunaikan solat sunat musafir? 


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ

 وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” 
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)

Jom tonton 30 Minit Ustaz Don- Solat Musafir.


Moga-moga bermanfaat untuk semua, insyaAllah. Ingat sebelum pergi travel jom tunaikan solat sunat musafir :) Dapat pahala, insyaAllah perjalanan kita lebih tenang dan dipermudahkan. Amin

Note: Oh sempat dengar ceramah Ustaz Don kat Tower 1 tengah hari tadi. 

5/1/13

Menyepi

Banyak nak aku ceritakan untuk semua , tapi entah la. .Ada juga cerita yang nak dikongsikan dengan readers. Tapi setakat cuti-cuti Malaysia sahaja. Ada ke yang nak baca?

Bila cuba nak tulis, rasa terhenti tangan aku nak type. Puas aku fikir.. apa yang aku perlu tulis? Namun, hari ini aku rasa tergerak untuk berkata sesuatu. Apa tujuan aku Travel? Apa tujuan aku berjalan? Apa tujuan aku selama ini? 

Orang yang aku sayang, sudah tiada lagi dimuka bumi ini.. Telah pergi, menghadap Ilahi. Mood aku bagaikan hilang , jiwaku bagaikan direntap. Hilang tak bernyawa. Tapi hidup perlu diteruskan jua. 

Wan, semoga anda bahagia disana dan ditempatkan bersama orang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Wan (Atas wheelchair) bersama adik aku.
Trip terakhir kami bersama wan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...