3/16/13

Tips Menyimpan Duit Untuk Melancong ketika Belajar: Travel? Study? Money?


Haritu ada sorang kawan aku tanya, macam mana aku boleh travel padahal tengah belajar, tak ada pendapatan tetap. Hurm.. Waktu tu aku bagi jawapan basic-basic je, tapi bila difikirkan semula. Aku rasa aku buat banyak benda untuk achieve target melancong.

Tips yang aku bagi dibawah ni turut sesuai untuk mereka mereka yang sudah bekerja dan  untuk tujuan-tujuan lain.

Tips Menyimpan Duit Untuk Melancong.

Maksud keperluan dan kehendak

No 1: Asingkan duit mengikut keperluan dan kehendak!

Ini paling penting sekali, mula-mula duit scholar masuk, atau parents bagi duit. Anda kena kenal pasti perkara apa yang paling wajib untuk anda guna duit..Biasanya, awal-awal sem tolong asingkan duit untuk segala jenis yuran atau hutang yang anda wajib bayar. Dah asingkan terus bayar, jangan pula simpan sampai hujung sem takut nanti duit tu terpakai pula. Dah susah. Ramai yang gagal melakukan perkara ni, dah nampak duit ribu-riban dalam account bank terus nak berjoli sampai lupa diri.

No2: Beli barang makanan harian yang boleh dimasak.
Rajin-rajin memasak.

Awal-awal sem juga aku selalu beli makanan seperti Milo(Pack 3 in 1), Maggie (Pack Banyak), Biskut (1 tin), Roti macam-macam jenis. Tujuan aku beli sebab nak berjimat makan breakfast. Aku faham jadi student ni memang kita rasa susah nak panaskan air waktu pagi. Tapi silalah tinggalkan perangai tu kalau korang nak achieve target melancong tu.wahahah

Kalau yang rajin masak tu, lagi sangat beruntung sebab dah boleh jimat duit makan. Aku tahu lauk dekat cafe bukannya sedap. wahahha.

No 3: Limitkan penggunaan wang

Limitkan penggunaan wang untuk keperluan harian/ bulanan. Contoh
  • Duit Makan: Sehari limitkan kepada RM10 termasuk dengan air. Aku tahu susah, dengan keadaan sekarang yang semua dah naik harga mana nak dapat. Tapi tak pe bawah-bawah nanti aku bagi tips lagi.
  • Duit Transport/Minyak : Kalau kita ada option untuk naik transportation awam sila gunakan kemudahan yang ada.Bercakap tentang minyak tak perlu lah aku jawab lebih-lebih semua faham harga minyak melonjak beberapa bulan sekali. Mana yang kita boleh berjima kita jimatkan.
  • Duit Topup: Kalau boleh limitkan terus untuk 1 minggu=RM10. Jadi satu bulan bersamaan RM40. Kalau nak lebih jimat lagi, terus beli topup RM30.

Lagi satu, aku selalu praktik perkara ni waktu pergi pasar malam:
Aku mesti tak bawa dompet. Cuma bawa RM10 sahaja, supaya aku tak berbelanja berlebihan. Selain tu, ianya dapat mengurangkan nafsu aku nak beli makanan yang bermacam jenis tu. heheh

No4 : Asingkan duit untuk melancong.
Duit untuk melancong

Kalau boleh lepas dah beli duit ticket, sila la asingkan duit untuk melancong. Calculate terlebih dahulu, budget anda untuk melancong 
  • Airport Tax .Sesetengah negara airport tax perlu dibayar, ada yang sudah termasuk dalam flight ticket.
  • Hotel
  • Transportation
  • Food
  • Shopping.
Lepas dah calculate sila simpan duit yang nak digunakan itu lebih dari anggaran. Contoh : Kalau kita budget dalam RM300 simpan dalam RM500. Biar berlebih jangan terkurang sebab kita tak tahu sama ada duit yang kita budget cukup atau tidak. Ini badget aku buat untuk ke Thailand. 

No 5: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Cara mudah, tak perlu beli tabung. Pakai apa yang ada.

Pasti kita biasa dengar pepatah "Menabung Amalan Mulia. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Mungkin aku ni jenis suka menabung, asal nampak duit syiling pasti masuk ke dalam tabung. Tak perlu pun sehari wajib RM20 anda simpan dalam tabung, 50sen sehari pun dah cukup.

  • 1 Minggu : RM0.50 X 7 hari = RM3.50
  • 1 Bulan: RM3.50 X 4 Minggu = RM14.
  • 1 Tahun : RM14 X 12 Bulan = RM168.
Calculation kat atas tu sebagai contoh la. Kalau rajin lagi,tambah je lah dari 50 sen jadi RM1 ke. Tak kisah yang penting kita kena rajin menyimpan..Yang dah kerja pun boleh lakukan benda yang sama. Ada duit syiling je masuk dalam tabung. :) 

Untuk mereka yang mempunyai pendapatan tetap. Aku cadangkan awal-awal dapat gaji masukkan terus duit yang nak disimpan ke dalam account bank lain. Takut-takut nanti terpakai. 

No 6: Berniaga.

Sejak sem lepas, aku baru berjinak-jinak meniaga kerepek. Kalau aku tahu dari 1st year lagi aku meniaga ni. Tak perlu target sampai ribu-riban .. Ratus-ratus cukuplah, dapat duit lebih dan dapat kita gunakan untuk melancong nanti :)

No 7: Nak "berfoya" boleh, tapi jangan selalu.
Susah nak tinggalkan habit bershopping?

Sila lah simpan sedikit sahaja duit untuk berfoya-foya. Maksud berfoya disini janganlah korang salah anggap ya. Berfoya untuk aku adalah seperti menghabiskan duit dengan

  •  Makan di tempat yang mahal
  • Membeli handphone yang mahal padahal handphone tak rosak pun.
  • Bershopping baju dan kasut mengikut nafsu tanpa control.
  • Menonton wayang. Tapi ni aku jarang buat, sebab selalu aku suruh orang download.wahahha. Jimat.
Aku tahu nafsu perempuan ada 9 tapi kenalah pandai control. Kalau tak pandai, buat-buat pandai. Nanti bila dah sampai dekat negara yang korang singgah tu. Shopping lah hari-hari sampai puas. Macam aku selalu buat.

Itu sebab nye ada sorang kawan aku buat statement " Aku perhati baju kau nina kebanyakan lain dari orang lain, macam tak ada dijual di Malaysia". wahaha. Ini bukan riak atau kasi korang jeles, tapi ini caranya aku buat untuk dapat kepuasan berganda.

Note: Tips yang aku berikan mungkin tak mengiku turutan

3/11/13

Comiat Pau!

7tahun dahulu : Sekitar tahun 2006

Abah dan Pau melangkah  masuk ke Pasar Borong HRC .Sekarang Pasar Borong ni pun dah tak wujud lagi.. Semua memandang ke arah mereka dengan wajah yang pelik .Seorang pemuda melayu dan seorang matsalleh yang dua kali pandang ada rupa arab. Ok memang pelik

Ada yang tersenyum, ada yang memandang dengan penuh rakus  sepanjang dua beranak itu bershopping beli groceries.  eh hyperbola pula pandang dengan rakus..Tiba di kaunter HRC

Cashier: Pak cik ini anak pak cik ke?
Pau : Ini abah saya . Sila baca dengan nada pelat mat salleh.
Abah: Ya, anak pak cik . Dengan muka selamba bapa aku menjawab .
Cashier .... Confuseddddd
********
Family Picture 2006

Pau Farewell 2006
muka masih suci dan bersih oiii.
Kehadiran Pau banyak mengubah kami sekeluarga. Mengubah perspektif kami melihat sesuatu perkara, mengubah kami berfikir. Membuatkan kami banyak membaca, macam mana aku nak jawab bila dia tanya pasal islam. Yeah, berbelit kot nak menjawab dia bukan nya ada agama. Jadi nak terangkan sesuatu tu kena fikir dahulu, baru jawab.



Rawang : Ogos, 2012

Pau menghirup segelas air dan mengambil nafas sambil mengelap peluh di dahi. Cuaca di Malaysia sememangnya panas. Tetapi peluh di dahi itu bukan kerana panas, peluh gementar kerana sebentar lagi dia harus memberi ucapan dalam majlis perkahwinan abang angkatnya di Malaysia.

Dengan memakai Baju Melayu Hijau dengan samping budak MCKK.kaut baju Pakcu sebab tu size paling besar. Dia mencapai microfon. Kertas ucapan itu terlipat kemas, seboleh-bolehnya dia tak nak adik-beradik angkatnya tahu isu kandungan surat tersebut. Dia cuba membuat ucapan 100peratus dalam Bahasa Melayu. Bagi dirinya Bahasa Melayu adalah bahasa keduanya. Padahal cakap dah macam mat bangla kata adik-beradik angkatnya.

Argh.. teruskan baca ... rakyat Malaysia memang suka mendengar Mat Salleh cakap dalam bahasa mereka. Tiba-tiba adik-beradik angkatnya tersenyum ke arahnya, apabila dia berkata

"Saya berterima kasih kepada abah, mak , ida, aiman, nina, akmal, ala dan harith kerana mereka mengajar saya tentang islam"


Ucapan dari Pau


*******

Perghh.. terus lega aku.. Aku selalu terfikir, nanti dekat akhirat kalau Allah tanya kenapa aku tak ajar tentang islam..Tak tahu la aku nak jawab apa.. Tapi, bila dengar dia bagi statement macam ni . Sujud syukur aku. Tapi memang benar, Hidayah itu milik Allah. Semoga Allah makbulkan doa kami agar dia masuk islam.. Amin.


Pau and Family Visit from Spain to Malaysia 2007

Pau and Family Visit from Spain to  Malaysia 2007

Walaupun sudah hampir 7 tahun kami tidak berjumpa, namun rasa janggal kami tidak pernah ada. Aku sentiasa menggangap dia seperti abang, dan akak aku anggap dia seperti adik. Yeah, kadangkala aku lupa dia dah umur 25. Aku sentiasa ingat dia umur 18tahun sewaktu pertama kali dia menjejakkan kami ke rumah kami.

Rumah lama kami agak kecil, tapi mat salleh ni okay aje. Mak dan abah terima dia seperti anak sendiri, didik macam anak sendiri. Ada ke patut dia kata " Rasa macam baik dan suci sangat dekat sini sebab tak minum arak dan makan benda haram" Tahu pula makan benda haram.. apa daaaaa....


Setelah 2 bulan lebih dia di Malaysia. Tiba masa untuk pulang, imagine sebelum balik tu dia yang meleceh. Mandi slow-slow, pergi kedai dulu la.. Bla.. Bla.. Siap bukak tingkap kereta sebab nak rasakan kepanasan angin Malaysia..ooiii.. nape sayang sangat kau dekat Malaysia? hahaha...


KLIA: November 2012

Perasaan sayu itu hadir lagi. Ibarat melepaskan anak pergi belajar ke luar negara. Tapi entah bila dia bakal pulang ke Malaysia. Abah dan mama pula tidak ikut bersama kerana sedang kursus pencen di Pahang. 

Nasib baik ada mak wan dan abah wan menghantar Pau ke KLIA. Bukan aku tak tahu, dia kalau boleh nak tunggu final call baru turun kat kastam. Tapi sebab takutkan abah wan dan tak nak kena marah macam dulu cepat sahaja dia turun. Aku sempat serahkan DIY card yang dibuat semalam

Kelam kabut aku cari kedai printing dalam KLIA untuk print gambar . Alhamdulillah , nasib baik ada. Cepat-cepat aku print gambar yang sudah di edit.

Muka dia terkejut, tidak menyangka. Dia tahu semua dalam rumah agak busy bukan seperti 7 tahun dahulu masing-masing masih bersekolah. Semua duduk dalam rumah. Sekarang, semua tak ada dalam rumah tinggal dia sorang. wahahhaha..


Muka tak sangka terima kad
Pau Farewell 2012

Nasib sempat aku dan syauqi print dekat kedai KLIA
Pau Farewell 2012

Pau Farewell with abah wan and family -2012

To Mr Pau Fort Portella. May Allah bless you always.. amin..Insha Allah one day we will meet again in Spain! 



3/10/13

Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Entry tertunggak.. Maaf la sejak start practical ni macam nak pengsan balik rumah.. Sabtu ahad lak sebolehnya tak nak buat apa-apa..wahahah.. tu terbengkalai blog ni. :P

Kea Farm is one of most popular shopping destinations in Cameron Highlands, located 3km after Brinchang town. While mostly an agricultural district, the center of activity lies in a day market next to the main road, just before Equatorial Resort. Every morning till evening, traders and farmers sell their crops here to visitors and locals alike. Flowers, ornamental plants, souvenirs and handicrafts are other products sold in the market besides fruits and vegetables. On holiday weekends and national festivals, the road that leads past Kea Farm Market may be cluttered with cars parked (or parking) along the sides, causing a massive jam that stretches all the way to town.
Credit to :Cameron Highland

Pasar yang aku pergi bukanlah Kea Farm, tapi Pasar ni berhampiran dengan Kea Farm. Kalau dah singgah ke Cameron Highlands, tak sah kalau tak beli strawberry , sayur-sayuran yang dijual dengan harga lebih murah dan ianya segar dari ladang. Aku cadangkan lebih baik pergi area Kea Farm berbanding di Pasar Malam Bandar Brinchang kerana senang nak parking dan harga adalah lebih murah. Jadi layan gambar lah ye semua. 

Strawberry Pickles dan segala jenis bernama jeruk
 Setelah berborak dengan mak cik diatas ni, rupanya dia dari Sumatera. Terus tukar language ke bahasa Indonesia. Itu pun , susah dia nak bagi harga murah sebab dia bukannya owner.

Mat Bangla Jual Sayur.
 Mat bangla ni cuma jadi pembantu kedai sahaja. Owner dia berbangsa TiongHua, tapi cakap Melayu kelas A. Aku sendiri tergamam dengan bahasa dia yang hebat gile.. Go Green Organic! Murah juga la sayur yang dijual. 

Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Tak pula kami berbual dengan akak ni , sebab adik aku yang snap picture ni.wahahahah.. Tak ada benda nak cerita .. Itu aku merapu sampai bercerita tentang peniaga di Pasar. 

Note: Gigih dan tabah itu perlu untuk banyak travel. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...