12/26/12

Wordless Wednesday :FYP

Aku tak tahu sama ada aku mampu atau tidak habiskan FYP? Mampu ke system aku ni function semua nya? Mampu ke aku habiskan report? Mampu ke dalam masa yang sama aku habiskan exam? Doakan aku ..Rabbi ya asir wala tu asir.. Semoga aku dipermudahkan segalanya. Amin

Tazkirah: Selalu percaya dengan janji Allah kepada kita. Senjata paling kuat untuk kita adalah doa. Jangan pernah berhenti berharap pada Allah :)

Tazkirah 2: Sebelum lakukan sesuatu , memberi ucapan sesuatu. Kaji terlebih dahulu perbuatan kita. Adakah ianya dibenarkan di sisi islam? Tepuk dada, tanya iman.

Note: Jangan pelik dengan post kali ini, dalam otak ada macam -macam . Alhamdulillah, tengah busy FYP aku balik juga untuk sambut anniversary parents aku (25/12/2012). Happy anniversary mak and abah yang ke 30 . Semoga Allah merahmati keluarga kita dengan sakinah. mawardah warahmah. 

12/17/12

Hari Ini Dalam Sejarah- 17 Disember

Seperti dalam tajuk.. Apa yang berlaku pada Hari Ini?

17 Disember 1989 - Demonstrasi besar di jalanan dan rusuhan di Timisoara mengakibatkan terjadinya Revolusi Rumania demi menumbangkan rejim komunis.
17 Disember 1942- Tarikh lahirnya Soe Hok Gie seorang activitis di Indonesia.

Mungkin kerana itu nama ku mempunyai kaitan dengan perjuangan. Sering kali lecture berbangsa arab bangga menyebut "Amanina". Fi Amanina 


Apa ada pada 17 Disember? My birthday actually.. hahaha..


Alhamdulillah dipanjangkan umur.. Masih berkesempatan mengembara.. Melihat keindahan ciptaan Ilahi... Memahami dunia yang penuh dengan ilmu.. Menjadikan diriku lebih matang melakukan sesuatu...


Terima kasih Allah :)



Thank you ! 

Aku bukan tak nak continue pasal Cameron Highlands story.. tapi, sangat busy dengan Final Year Project.. Sambut birthday bersama, FYP tidak seronok. Tapi dah dapat bear besar.. eheheeh senyum sampai telinga.. boleh la continue buat kerja.. hoho

Bebear. hehe Mahu bagi nama apa?
Dress from #AwesomeJubah by #AwesomePeople

Note: Nak dapatkan jubah seperti yang aku pakai diatas. Suka dengan jubah tu corak simple and cute.. Suka dengan jubah dari Indonesia yang mempunyai corak yang pelbagai. ?Ada motif flora dan fauna. bunga-bunga? 
Dapatkan di #AwesomeJubah from #AwesomePeople . Anda boleh click disini untuk melihat jubah-jubah yang cute. hehe



12/12/12

Big Bad Wolf Book

Aku tengok semua update pasal Big Bad Wolf. teringin gak nak update bersama.Ibarat menari bersama-sama..eh? Merepek sudah.. hehehe


Last week ,on friday night aku berkesempatan menyerbu Big Bad Wolf Book di The Mines Convention Center . Event ni memang aku tunggu selama setahun. Nasib baik page dekat Big Bad Wolf Book di Facebook selalu update, alert la juga aku time and venue dia.. Alhamdulillah, memandangkan 1st- 3rd day mereka buka selama 24jam untuk tiga hari. Jadi  adik beradik aku, with ahmad and kawan along (cik D) decide pergi waktu malam pukul 10pm.
Big Bad Wolf Book Car

Kami jangkakan kalau dah pergi pukul 10malam tak ramai orang, tapi punyalah ramai manusia sampai jam dekat laluan ke The Mines. Packed! Kami parking di The Mines dan jalan kaki ke The Mines Convention Centre tak jauh pun cuma 5 minit walking distance.

Pukul 3 pagi pada hari pertama. Big Bad Wolf Book

Kebanyakan buku hard cover around RM20-RM25 ada juga harga RM10-RM15. Kalau kaki novel semua buku lebih kurang harga RM8! Apa lagi, macam orang gila bila aku jumpa buku Cecelia Ahern hard cover RM8!!!

Love dalam RM15-RM20 tak silap aku.
Big Bad Wolf 


Tapi sayang, tak banyak buku famous author dijual. Macam cari harta karun juga la, dekat 10 kali aku pusing. Nasib baik ternampak buku The Gift ni.. hahaha.. Kalau kaki manga/comics.. Memang heaven sangat sebab banyak buku Marvel dijual dalam harga RM18-RM20. Mana nak dapat harga macam tu kan??

Manga fans.
Big Bad Wolf
Banyak juga buku recepi masakan Jamie Oliver.tapi aku ni kaki google, jadi ada benda boleh google aku tak beli. wahahah. Teruk betul ! Selain itu, kita yang kaki travel ni banyak buku travel disini. Cuma aku tak jumpa pula Loonely Planet.. sigh :(Dah penat pilih buku, pukul 2 beratur around pukul 3 lebih baru kami bayar. Sampai rumah dekat pukul 4 pagi masing-masing rasa nak pengsan. heheh.. Tunggu subuh baru lah tidor..

Sewaktu beratur sempat lagi belek buku Ripley's Believe it or not.
Time ni masing-masing dah mamai sikit. hahah
Sementara akak aku cari buku lain, lepak dulu kat tepi-tepi. hahah
Kalau anda sukakan buku. Love the book. Nak harga murah! Apa lagi singgah la ke Big Bad Wolf Book at The Mines Convention Center. From 7-23 December 2012. 

Hasil buku yang berjaya dibeli di Big Bad Wolf Book
32 Book =RM371.
Ada lagi sebuah not in the picture.

12/10/12

Kellie's Castle, Perak , Malaysia

Asalnya aku nak update cerita pasal Cameron Highlands, tapi gambar Kellie's Castle pula dah upload. Jadi dengan perasaan bersemangat dan berkobar-kobar aku nak update pasal istana ni dulu barulah update pasal Cameron Highlands ye. 

Selepas turun dari Cameron Highlands, kami ke majlis perkahwinan anak kawan parents aku di .....Tak ingat , yang aku ingat lalu kawasan Mambang Di Awan :D Jadi otw balik ke KL kami singgah ke Kellie's Castle. Istana ini terletak di Batu Gajah,Perak dan menjadi lambang kemegahan untuk warga Perak. waa. ayat aku 


Kellie's Castle 2012

Photographer: Seth Akmal

Edit By: Seth Akmal


Banyak perubahan aku dapat lihat di Kellie's Castle. Mereka tambah museum dan facilities untuk kemudahan pelancong. Selain itu, banyak usaha dari pihak museum untuk memelihara kawasan istana. 

Sejarah Kellie's Castle.

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.


Source: Wikipedia

Kellie's Castle 2012
Photographer: Seth Akmal
Edit By: Seth Akmal
Disebabkan nak cari info pasal Istana ni sampai aku jumpa Kellie's Castle Documentary at Discovery Channel. Hebat bangunan ni, sebenarnya kalau Jepun tak bom kawasan ni aku rasa kita masih boleh lihat kawasan rumah belah belakang. Dari segi batu-bata dan kayu sebiji sama macam Government Quarters ..Rumah zaman dahulu tahan lama sebab bahan yang digunakan berkualiti.. 



A Documentary about Kellie's Castle

Note 1:Nanti aku update pasal Cameron Highlands free time
Note 2: Tengah siapkan Final Year Project. Alhamdulillah dapat practical company :)

12/5/12

Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Kali terakhir aku pergi Cameron Highlands waktu aku umur 10 tahun! Yer , bayangkan 13 tahun yang lalu dengan sekarang mestilah berbeza! Sangat lah berbeza. 

Apa yang pasti perbezaan yang sangat ketara ialah suhu Cameron Highlands sekarang  tidak sesejuk dengan dahulu. Tapi masih lagi sejuk di sesetengah tempat. Kalau dulu Brinchang lebih sejuk berbanding Tanah Rata, tapi aku dapati Brinchang kurang sejuk berbanding dahulu. Reason of this matter sebab banyak pokok ditebang dan hotel dibina ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Oh Skema. Dah jadi terbalik la Tanah Rata sejuk pula.

Macam mana nak ke Cameron Highlands?Terdapat 4 laluan utama ke Cameron Highlands
  1. Tapah Perak – Cameron Highlands
  2. Simpang Pulai Ipoh Perak – Cameron Highlands
  3. Gua Musang Kelantan – Cameron Highlands
  4.  Simpang Masuk(Sungai Koyan) ke Cameron Highlands


Kalau dari KL aku cadangkan guna laluan Tapah- Cameron Highlands, kerana kita dapat kurangkan 4 jam perjalanan berbanding melalui jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands. Walaupun jalan melalui Tapah lebih mencabar kerana jalan yang bengkang-bengkok mengakibatkan ramai yang mabuk tetapi masa yang diambil adalah lebih cepat. Family aku ambil laluan Tapah sebab nak cepat sampai, lagipun kami semua kental dan kaki jalan. Kalau muntah dalam kereta memang lawak wei.. Naik Berastagi di Medan lagi mencabar berbanding Cameron. hehehe

Kita cerita yang nie dulu la ye. Next entry, baru update aku ke mana. lalala.

12/4/12

Bandar Warisan Dunia (World Heritage) , Melaka

Aku memang suka pergi tempat bersejarah, terutama sekali Melaka. Dari kecil lagi , kalau ke Melaka ni aku rasa mcm di alam lain. eh? bukan zaman silam. kuat berangan sangat. Kembali semula  kepada topic asal kita. Bandar Warisan Dunia (World Heritage), Melaka.

Melaka and George Town, historic cities of the Straits of Malacca have developed over 500 years of trading and cultural exchanges between East and West in the Straits of Malacca. The influences of Asia and Europe have endowed the towns with a specific multicultural heritage that is both tangible and intangible. With its government buildings, churches, squares and fortifications, Melaka demonstrates the early stages of this history originating in the 15th-century Malay sultanate and the Portuguese and Dutch periods beginning in the early 16th century. Featuring residential and commercial buildings, George Town represents the British era from the end of the 18th century. The two towns constitute a unique architectural and cultural townscape without parallel anywhere in East and Southeast Asia.
Source: Unesco

Kalau balik kampung Johor, patutnya boleh sahaja singgah di Melaka. Tapi bapa aku jenis tak suka berhenti, dia kata lambat sampai.  Aku cuba ingat semula ,aku hanya ke Melaka bila kena bawa tourist sahaja .sadis kan?. Tak Percaya??

  1. 2009:  Bawa Jeffry dari Indonesia berjalan-jalan di Melaka lepas wedding pakcu aku. Dimana dia menjadi pengapit secara tiba-tiba. entah..Sekarang dia pun dah jadi doctor, lama tak contact mamat ni. Motif aku cerita? hahaa
  2. 2010: Temankan along dgn boss dia bawa Mamat dari India yang bekerja di Malaysia sekejap. Nama dia aku lupa. Tapi tidak berbau busuk serta handsome macam hero hindustan. Dia ni software engineer, siap cerita Amir Khan tu lecture arts dekat university dia. Motif ada Amir Khan?
  3. 2012 : Bawa Pau dari Barcelona, Spain. Dia ni kira anak angkat kepada parents aku a.k.a abang angkat kami la. tapi aku dah anggap macam abang kandung. Memandangkan kami kurang berjalan dengan dia, dia buat Malaysia ni macam persinggahan untuk dia berjalan satu Asia. Jadi , sementara lalu Melaka bawa jelah mamat ni singgah ke Melaka
See.. sejak Melaka jadi Bandar Unesco ni , aku pergi dengan tourist sahaja.. hahaha. 

Apa yang kita boleh lakukan di Bandar Melaka dalam satu hari?!!

Bandar Melaka ni senang je, kau cari tempat parking dan jalan kaki untuk round .. Antara satu tempat yang aku tulis di bawah ni kita perlu jalan kaki sahaja. BTW, Masjid Tengkera sahaja kedudukan agak jauh sedikit . Jangan pelik,  aku tak tulis Menara Taming Sari sebab aku tak pernah naik. Jadi tak boleh buat review.h ahaha... 

Melaka River Cruise

Aku sarankan naik river cruise pada waktu malam sebab sejuk, dan juga pemandangan lebih cantik pada waktu malam. Tips untuk mengelak beratur panjang, datang bukan pada hari cuti sekolah dan cuti umum. Hujung minggu okay, tapi depends la dengan nasib. Aku cuma dapat naik waktu bawa Jeff je.

River Cruise Melaka 2009

Melaka River Cruise -2009

Kincir angin di Melaka- 2009

Kota A-Famosa

Masuk tahun 2012 baru aku mendaki A-Famosa, selama ni tak pernah. 2009 tak dapat daki sebab kami pergi waktu malam. 2010 along dengan boss dia tak mau. Akhirnya, datang mamat dari Spain baru lah aku dapat daki A-Famosa. Walaupun ada terasa macam pelik, "apsal aku naik??" tapi setidak-tidaknya, dapat juga aku naik. hahaha . Tapi Pau kata, kat Spain lagi banyak. Kau datang la Spain, sampai Alhambra aku bawa. erk? Duit??


Its Near to A-Famosa . 2012

A-Famosa 2012
Photographer: Seth Akmal

Melawat kesemua museum di Bandar Melaka

Melaka memang banyak museum, kalau jalan kaki lebih dari 5 museum. Sampai SETEM pun ada gak museum. Tapi,aku suggest pergi dua museum ni: Museum Flor De Lamar dan Museum Istana Melaka.  Kedua-dua museum mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Selain kita dapat menghargai sejarah, dapat menambahkan ilmu. Skema ayat aku. Kalau nak dapat harga murah, sila gunakan student card bagi dapat diskaun . Walaupun, sikit kira diskaun juga le.. hahaha.

Istana Melaka 2010

Kapal Flor De Lamar 2009

Menyusuri bangunan Belanda dan Rumah Kedai zaman dahulu

Aku ni memang jenis suka dengan benda klasik.waa.. tu suka tempat klasik macam bangunan Belanda. Sekadar jalan-jalan ambil gambar memang best.


Deretan Kedai ketika jajahan Belanda -2010


Jonker Street

Kalau anda penggemar barang antik, sepanjang Jonker Street banyak kedai antik menjual barang antik. Kalau suruh ambil gambar boleh la, beli memang bukan aku orangnya.. huhu
Jonker Street- 2010

Masjid Tengkera
Last but not least, jangan lupa datang ke Masjid Tengkera. Sejak aku berjalan ke Cambodia,melihat betapa kuatnya mereka mempertahankan agama ketika zaman pol pot. Membuatkan aku sedar betapa kuatnya nenek moyang kita mempertahankan agama Islam pada zaman penjajahan Portugal dan Spain. 

Mungkin mereka semua kuat iman tu agama islam masih dapat dipertahankan. Kalau tak, aku tak tahu la kebanyakkan kita masih beragama islam atau tidak.


Masjid Tengkera 2012
Photographer: Seth Akmal
Masjid Tengkera 2012
Photographer: Seth Akmal
Note: Combination Picture 2009,2010,2012. Aku sebenarnya nak focus 2012 je. Tapi nanti korang kata. Ni je kau pergi? Tak seronok langsung.wahah.
Gambar mamat hero hindustan tu tak ada la pula.. sorry yer :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...