9/28/12

Surabaya,Indonesia-Part 4: Museum Kapal Selam Surabaya dan Tugu Surabaya

Pengumuman: Ramai yang pening lalat dengan aku punya travel trip.Expecially yang dekat Western Australia .panjang yang amat! .Jangan risau, lepas aku habis Surabaya trip ni aku akan buat new post untuk setiap negara yang aku pergi iaitu : my travel itinerary. So korang boleh follow and lebih faham... Ok. Have a nice trip everyone. 

Selepas rehat dan solat di Narita Hotel, perut dah berkeroncong tinggal tak nyanyi lagu je. Maka kami singgah ke Depot Anda fit -Kapal Api. Pak Tri cakap restaurant ni selalu masuk rancangan macam "Jalan-Jalan Cari Makan"

Restaurant Depot Anda at Surabaya
Photographer: Syahidah Adnan

Waktu tu aku tak rasa lapar sangat, jadi aku bantai makan pecal itu pun tak habis sebab ada Daun Cekur.Sangat tak suka. Kalau refer kembali dalam post Bandung 2011-Part 4, aku sebenarnya masih lagi fobia dengan Indonesian Food. Jadi kali ini , aku sangat alert dalam pemilihan makanan kali ini. Hehehe

Bersama pak tri
Photographer: Kak Meng
Perut kenyang hati senang, maka kami minta Pak Tri bawa kami ke Museum Kapal Selam a.k.a Monkasel.Ticket bayaran untuk masuk ialan RP5K/person. Mula-mula masuk kami diminta ke Bilik Tayangan. aku tak sure betul ke nama bilik ni. untuk tayangan video dan dokumentari mengenai sub-marine dan navy di Indonesia. Tayangan dalam bahasa Indonesia,nasib baik aku faham kalau tak tertidor dalam bilik tu. bahasa jiwa bangsa,sangat memartabatkan bahasa mereka.
Monkasel .MuseumKapal Selam
Photographer: Syahidah Adnan

Habis sahaja tayangan, kami ke Kapal Selam yang dahulunya digunakan oleh Tentera Laut Indonesia. Kapal Selam ini dijadikan museum demi menghargai jasa dan pengorbanan tentera mereka pada zaman awal kemerdekaan. Selama ini tak ada peluang nak masuk kapal selam, dekat negara orang baru la tahu. hehehe Jom, layan picture-picture kami di Monkasel.

Tempat torpedo
Photographer: Nina Hamdan
Along, Kak Syahidah, Kak Meng, Me
Photographer: Syahidah Adnan+ Nina Hamdan(Me)
Ruangan tidur krew
Photographer: Syahidah Adnan

Kompas
Photographer: Syahidah Adnan
Sudah menjadi kewajipan kalau pergi negara orang mesti ambil gambar dengan mercu tanda atau tugu. Sebagai bahan bukti kami dah sampai ke Surabaya, mesti lah kami bergambar dengan Tugu Surabaya iaitu ikan yu dan buaya. Sebenarnya ada dua tugu yang sama dibina, satu berhampiran dengan Monkasel dan lagi satu berhadapan dengan Kebun Haiwan(zoo).

Memandangkan kami memang berada di Monkasel, selesai menerokai kapal selam kami terus ke Tugu Surabaya .walking distance. Dari Monkasel ke Tugu Surabaya lebih kurang 4/5min sahaja, kalau lari dalam 2 min pun boleh. huhu.


Nama ibu kota wilayah Jawa Timur itu sebenarnya diambil daripada perkataan Suro(Ikan Yu) dan baya(Buaya) yang merupakan dua binatang yang paling berkuasa di kawasan itu pada masa dahulu.. Pendapat lain mengatakan, bahwa nama Surabaya juga diambil dari istilah Sura Ing Baya, yang berarti "berani menghadapi bahaya".Selain itu, ianya  melambangkan sifat keberanian putra-putri Surabaya yang tidak gentar menghadapi sesuatu bahaya.

Ada juga kisah lagenda mengenai Patung Sura dan Baya ni. Rajin-rajin baca lah di sini



Note1: Malaysia ada "kapal selam" ke? hehehe 
Note2: Hehehe. Tetiba update pasal tugu tu .. ngee. pemalas sugguh!

9/27/12

Surabaya,Indonesia- Part3 :Pencarian Hotel di Surabaya

Selama ni tak ada lah aku beria-ria sangat nak cerita pasal hotel yang aku tinggal dekat mana-mana negara.Tapi aku mengalami kesukaran ketika nak mencari Hotel di Surabaya.Kebanyakan review tentang hotel  taraf 4/5 bintang.Over budget der,aku bukan melancong macam orang kaya.hahaha. Setakat ni, aku tak jumpa lagi Guest House di Surabaya, berbanding Bandung yang memang banyak guest house.So here the list of hotel yang aku buat sebelum bertolak ke Surabaya. (mana aku tak bagi link tu,google sendiri yer)

  1. Hotel Ibis Surabaya Rajawali
  2. Hotel Tanjung Group
  3. Hotel Pasah Asi
  4. Favehotel MEX Surabaya
  5. Narita Hotel Surabaya
  6. Garden Palace Hotel

Pada asalnya, along ada tempah one of the hotel tapi mahal sangat. So, we cancel the reservation and   kami decide dah sampai Surabaya, baru cari mana-mana hotel. Malas nak fikir kami cakap je nak ke Narita Hotel. Seriously, aku fikir Narita Hotel tu dekat la dengan Korban Lapindo,Sidoarjo tu. Bila aku tengok balik maps, pak supir aku rupanya dah berpatah balik tu perjalanan jadi lama .



Tips travel:
Plan betul-betul perjalanan anda di Surabaya. Antara satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Sebenarnya kalau kita lihat jalan dia macam dekat, tapi dengan sistem jalan mereka yang berpusing-pusing menyebabkan kita lambat nak sampai. Belum lagi dengan macet. Memang anda kena plan betul-betul. Jangan terpadaya istana kaca dengan google maps punya estimation time. hehehe.

Sampai sahaja Narita Hotel, kami berehat sebentar dan menunaikan solat zohor. Landskap dan juga konsep architecture Narita Hotel tak dapat la aku nak describe dengan details sebab bukan student architecture. Tapi ada style macam cerita "Pontianak Harum Sundal Malam" sebab banyak bunga tu, dan main gamelan. Boleh terima ke?hehe.  layan je la picture yer.

Gamelan.memories of gamelan.
Photographer: Syahidah Adnan
Lobby Narita Hotel.
Don't ask me why i wear glasses.
Photographer: Syahidah Adnan
Toilet.Siap ada bath tub.
Photographer: Syahidah Adnan
Perkhidmatan yang ditawarkan Narita Hotel

  • Massage di bilik. Bayaran RP80K .Murah beb
  • Sarapan pagi FREE untuk dua orang. RP28K/person untuk tambahan sarapan pagi. Kira standard  juga lah makanan kat restaurant luar.
  • FREE wifi. Sila minta dekat kaunter for password or call receptionist. ngeh2
Memandangkan kami cuma 4 orang sahaja, jadi pilih Deluxe Room. Hotel pun cuma tempat nak letak barang dengan tidor je. Harga untuk bilik agak berbeza mengikut waktu, jadi datang dahulu untuk menempah.

Kalau korang ada supir, duduk hotel jauh-jauh pun tak apa. Cuma yang tak ada supir agak payah, mostly Malaysian yang pernah datang sini aku tengok stay dekat Hotel Ibis sebab dekat dengan Jambatan Merah Plaza(JMP) ,walking distance.

Jadi banyakkan survey for Hotel,budge hotel or backpackers hotel sebelum sampai. Kadangkala dalam forum or group ada tulis review mengenai hotel tu.. Make a wise decision, sebab korang stay dekat hotel cuma untuk tidor je.. Hehehe.

note 1:Mak cik aku dengar Narita Hotel, fikir aku dah kat Jepun.haha
note 2: Aku bukan promoter Narita Hotel. 

9/25/12

Surabaya, Indonesia- Part 2: Korban Lapindo, Sidoarjo

Korban Lapindo,Porong, Sidoarjo.


Seperti yang dijanjikan untuk last post. Kami ke Korban Lapindo, Porong, Sidoarjo. Dari Juanda International Airport ke Korban Lapindo mengambil masa selama 1 jam. Tetapi di tambah dengan macet (jam) dan juga keadaan jalan yang kurang baik ,perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1jam 30 min.

Sampai sahaja disini, mangsa Korban Lapindo meminta agar pengunjung membayar RP10k seorang dan RP5k untuk parking. Aku tak berapa pasti kalau semua orang dikenakan charge atau tak, depends le.Tapi pak supir tolong bayarkan untuk kami. Tak mengapalah cuma RM3 sahaja, kira sedekah dan amal jariah, kerana kebanyakan mereka sudah hilang pekerjaan dan pendapatan akibat kejadian banjir lumpur ini. 



Harus mendaki tangga terlebih dahulu
Photographer: Syahidah Adnan
Kawasan disini agak berhabuk dan juga kering, kerana asap banjir lumpur. Based on search, aku dapati ramai yang sakit akibat daripada menghirup gas beracun dari lumpur Lapindo.
Please click here, for more information.
Kelihatan seperti laut, tetapi sebenarnya adalah lumpur
Photographer: Syahidah Adnan
Bagaimana Korban Lapindo mendapat nama?

 Korban Lapindo mendapat nama dari syarikat  PT Lapindo Brantas  yang melakukan cari gali gas dan petroleum di kawasan tersebut. Pada asalnya, mereka mendapati ada gas dikawasan tersebut tetapi bukan gas yang keluar sebaliknya banjir lumpur yang keluar. PT Lapindo menegaskan bahawa kejadian tersebut merupakan bencara alam. Namun mengikut kajian yang dilakukan oleh pihak geologi mereka mendapati bahawa ianya berpunca daripada kesilapan manusia. 


Korban Lapindo
Photographer: Syahidah Adnan

Banjir lumpur Lapindo telah menenggelamkan lebih kurang 1000hektar tanah iaitu 16 buah kampung dari 3 kecamatan di sekitarnya.Ketika kami berada disini, kami sendiri menyaksikan asap lumpur keluar dari kawasan banjir lumpur. Bayangkan dari  26hb Mei 2006 sehingga kini letusan lumpur masih keluar tanpa henti.  Mereka harus sentiasa menambak tanah bagi mengelakkan banjir lumpur merebak ke kawasan seberang. 


Letusan Asap
Photographer: Syahidah Adnan


Demonstrasi Lumpur Lapind


Kebanyakan kedai-kedai yang berada disini, terpaksa tutup. Ramai juga penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksa berpindah, kerana mereka sendiri tidak pasti akan nasib mereka. 
Kini pekan tersebut sudah menjadi pekan mati. Namun,masih ada saki baki penduduk  yang tinggal disini. Harapan mereka agar wang pampasan dilunaskan dan mereka dapat hidup bahagia seperti orang lain. Ada mangsa korban Lapindo yang berjalan kaki untuk bertemu presiden mereka. Sila klik disini, for more information.


Kesan Korban Lapindo
Photographer: Syahidah Adnan
Sebenarnya bila aku kena update mengenai cerita duka sesuatu tempat amat payah . Seriously, bila melihat kawasan yang berdekatan dengan letusan lumpur ini membuatkan aku rasa sedih. Mereka hilang segala-galanya hanya kerana MAN MADE DISASTER. Teringat kembali sewaktu aku berada di Cambodia ketika melawat ST12 dan Killing Fields. Perasaan yang sama datang kembali .Dalam Al-Quran ada menyebut 


Surah Al-Qasas ayat 59;


Maksudnya; "Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim".
          
Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa kita sentiasa dalam pemerhatian Tuhan yang mencipta kita.  Jika kita benar-benar beriman dan bersyukur, maka tiada sebab Allah mahu menyiksa kita.  Sebaliknya, apa sahaja musibah yang menimpa manusia, pasti ada sebabnya. Mungkin ia diketahui atau disedari.  Mungkin juga ia belum dikenal pasti dan difahami puncanya.  Namun, tiada kebinasaan yang ditimpakan selain kerana kezaliman manusia.

Source :JAIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...