6/29/12

Winter at Augusta, Australia 2012- Part 6

Trip kali ini memang lama, mana tidak nya boleh dikatakan hampir ke semua tempat di South Western Australia ni aku terjah. Kalau korang perasan juga, aku masih lagi pada hari kedua aku di Australia padahal dah sampai 4 post aku tulis. Dalam satu hari , macam-macam tempat aku lawati, dan dalam satu hari kami dua keluarga telah bergerak lebih dari 1000km! Dah macam dari KL ke Hatyai,Thailand pula dah kami...Itu sebabnya, cerita untuk hari kedua aku masih lagi belum habis... sabar....


Seperti yang anda dapat lihat, kami telah memilih laluan sebenarnya GPS yang pilih ..National Route 1-311km dan mengambil masa selama 4jam 5 minit. Bayangkan lagi sekali kami menempuh perjalanan 4/5jam dalam masa satu hari, pagi tadi dari Perth ke Albany, petang dari Albany ke Augusta. Sebenarnya, aku cuma tahu akan bermalam di Augusta (Me Gusta)  tapi tak sempat pula nak google dekat mana Augusta, jadi aku agak dekat lah dengan Albany.. Rupanya, macam berpatah balik je ke Perth. Rupanya, pak cu ada perancangan lain untuk kami, dari Augusta ke Perth kami akan singgah ke Margaret River itu sebabnya kalau anda dapat lihat, kami dah macam buat pusingan U untuk ke Perth semula.

Keadaan jalan di National Route 1
Aku cadangkan, kalau korang nak buat trip macam ni sila isi minyak penuh di kawasan bandar dan pekan-pekan yang anda lalui. Pukul 5 semua station minyak dah tutup di kawasan pekan kecil, memandangkan kami bergerak dari Denmark lebih kurang pukul 3/4 petang jadi kami sampai ke Augusta lebih kurang pukul 8.

Selain itu, trip macam ni tak berapa sesuai kalau ada orang tua , dan ada budak kecil. Disarankan, kalau nak bawa anda perlu lebih banyak berhenti. Tapi ,perjalanan dari Denmark ke Augusta ini akan melalui 3 National Park.  Jadi kawasan yang tak berapa sesuai berhenti, jadi kena rancang betul-betul perjalanan agar anda dapat sampai ke kawasan rehat/ rumah penginapan dengan lebih cepat bagi mengelakkan sebarang masalah. Jangan risau, jalan raya mereka bertar dan elok jadi anda boleh speed 100km/h.

National Route 

Pengalaman menarik lalu kawasan National Park ialah kami hampir langgar 2 ekor Kangaroo liar. Menarik ke menakutkan?Nasihat pakcu, kalau dah nampak Kangaroo langar je sebabnya ramai yang kemalangan akibat mengelak dari Kangaroo. Besar jugalah Kangaroo yang kami hampir langgar, nasib baik waktu tu abang aku pandu perlahan sebab kami sedang memandang belah kanan iaitu kawasan Kangaroo Liar. hahah. Tu yang tiba-tiba ada Kangaroo muncul dari belah kiri yang hampir nak terlanggar. 

Memandangkan aku selalu kena jadi co-pilot kepada abah/abang aku jadi aku kena duduk sebelah mereka dan  tak boleh tidur sebab kena pegang walkie- talkie. Kawasan National Park ni tak ada line telefon, jadi kalau anda bergerak secara berkonvoi digalakan berhubung mengunakan walkie-talkie bagi memudahkan perhubungan. 

Waktu nak sampai Pemberton... minyak dalam kereta kami dah tinggal 1 bar, waktu tu lebih kurang pukul 6.30 pm . Gelap gelita dan hanya ada dua kereta sahaja di sepanjang perjalanan, kereta kami sekeluarga dan kereta pakcu sekeluarga. Pemberton Town tak muncul-muncul lagi walaupun arah sign board tinggal beberapa kilometer. Dah tiba Pemberton Town , station minyak pula tutup. Nasib baik la 1 bar tu tak tinggal nyawa-nyawa ikan. 

Abang aku cuba untuk bawa laju pada malam tu, agar kami segera sampai ke Augusta tapi nak di jadikan cerita tengah perjalanan kami semua terpaksa tempuh kabus tebal. Alhamdulillah kabus tebal tu sekejap sahaja, kalau tak kami semua bayangkan lepas tempuh kabus tebal kami akan berada di alam lain. Mengarut betul. hahaha 

Setibanya kami di Augusta Town, station minyak kat sana pun tutup juga. Jadi kami semua decide untuk ke rumah penginapan kami. Nasib baik rumah penginapan tu tak berapa jauh dari Augusta Town. Nak mencari pun payah juga, memandangkan antara sebuah rumah ke sebuah rumah agak jauh. Akhirnya kami sampai juga ke :
"THE COPSE, AUGUSTA, WESTERN AUSTRALIA"

Sila lihat betul-betul, bukan CORPSE tapi COPSE tak ada "R". hahaha. Mula-mula sampai depan gate The Copse aku dah salah baca.  Aku pula confuse . hahah Biar betul pakcu sewa rumah mayat. Tapi baca lagi sekali, bukan Corpse rupanya The Copse. hehehe Masuk-masuk memang agak creepy, sebab dalam GPS kami nampak ada sungai, tak akan la nak masuk laluan sungai. Dari gate ke rumah kita akan lalu jalan tanah merah dan akhirnya baru dapat lihat rumah. Memandangkan kami sampai lebih kurang pukul 8malam. Jadi , tak nampak apa sangat. 

Takut tak kalau mula-mula masuk dah macam ni? @ The Copse
Rumah The Copse ni membenarkan untuk kita sewa 1 malam, berbanding rumah lain kita kena sewa 2 malam. Sewa untuk The Copse untuk satu malam adalah AUD200. Ianya boleh memuatkan lebih dari 15-20 orang. Mereka akan tinggalkan kunci di sekuriti box dan memberikan pin untuk kita, jadi rumah ni macam home stay la. Ada 4 buah bilik , 1- master bed room ada bilik air, 1-queen bed room, 1 -queen bed with single bed room  and 1 -3 double decker bedroom.

Dining Rooms @The Copse
Malam tu, walaupun sedikit penat kami tetap juga buat BBQ, sebab masing-masing dah lapar. Hehehe. . Rumah ni tak ada menyediakan pisau, kami semua buat kesimpulan mungkin faktor rumah ni yang agak ke dalam jadi tak ada pisau bagi mengelakkan sebarang jenayah . Dah macam dalam horror movie and scary movie aje malam tu, masing-masing duk fikir bukan sebab rumah ni sebiji dalam semua Hollywood movie . Ni lah akibat terlebih tengok Hollywood movie, keadaan pun dah lebih kurang sama macam dalam filem Shutter Island .

BBQ @ The Copse
-abah kebal dalam 10 degree celcius

Tiba-tiba waktu nak buat air, kami baru sedar terlupa nak bawa teh dan juga gula. Cuba juga cari gula dan teh, tapi mereka kunci almari tersebut mungkin sebab kami tak minta untuk bahan-bahan memasak. Jadi , pakcu dan abang aku pergi semula ke Augusta Town nak cari kedai yang masih buka. Cuba korang teka , hanya satu kedai sahaja buka malam tu.. Kedai apa yang masih buka?hahha . 

Nasib baik la kedai tu bermurah hati bagi daun teh secara percuma, malam tu kami minum teh panas tanpa gula. Tapi tak kisah sebab cuaca lebih kurang 2-4 degree celcius. Air akan cepat sejuk jadi kita tak akan terasa kepanasan kalau minum air panas. hehehe. Malam tu kami makan daging kambing BBQ dan ayam BBQ macam phirana kami makan, letak je habis. Kemudian, kami semua tengok rush hour.Tapi masing-masing dah ngantuk pe lagi tidor lah dulu.

Nak tidor pun satu hal, di sebabkan sejuk yang terlampau nak masuk dalam katil pun tak mampu. Masing-masing dah pakai 3 lapis baju dan stokin tapi masih tak dapat mengawal kesejukan. Nasib baik aku bawa sleeping beg, aku letak sleeping beg atas katil dan tidor dalam sleeping beg. Then, baru aku selimut dengan comforter. Hahaha. Padahal dalam bilik tu dah ada heater tetap juga rasa sejuk. zzz....

Habislah cerita untuk hari kedua aku yang panjang ni... 4 tempat dalam satu hari. More than 1000km . Next post aku tunjukkan keindahan rumah The Copse!

p/s: panjang nye post aku kali ni, sapa dapat jawab dari kedai apa kami dapat daun teh anda memang hebat!

6/27/12

Winter Australia 2012- Part 5

Memandangkan kami mengikut tentatif plan pakcu,  kami semua bergerak menuju ke Augusta untuk bermalam di sana.Peta menunjukkan jalan yang kami lalui dari Tondirrup National Park ke tempat yang sama negara seperti negara eropah (kalau korang rajin cuba la gerakkan peta tu, aku embed code dari google maps je .. sonang).Korang scroll ke bawah.. hehe
*

**

***

****

******


"DENMARK"
Memang betul pun ada tempat nama Denmark di Australia.


Sebenarnya , Denmark ni cuma small town di Western Australia. bukan smallville   Kami singgah di sini, hanya untuk lepaskan penat dan juga singgah toilet di park mereka. Walaupun, toilet mat salleh ni jenis yang tak menyediakan air dalam tandas mereka (sinki ada air) , tapi yang aku suka toilet mereka akan tetap bersih walaupun kawasan tu tak ramai orang datang. Kadangkala, aku keliru negara bukan islam ikut sunnah Rasullullah jaga kebersihan, tapi negara Islam tak jaga kebersihan. haish..


Denmark, Western Australia
Seperti yang anda dapat baca Denmark telah mendapat anugerah sebagai Australia's Tidiest Town in 1998 and Denmark is a world health organisation designated safe community. No pollution and clean for people.
Kalau nak rest sebentar sebelum meneruskan perjalanan aku cadangkan singgah lah ke sini.

Photographer @ Seth (my brother)

Photographer @ Seth (my brother)

Denmark is a charming town, located on the banks of the beautiful Denmark River. With its rugged coastline and towering forests, Denmark offers visitors unforgettable scenery, quality wineries and plenty of activities. The Valley of the Giants Tree Top Walk in the tingle forest near Denmark is a must. The picturesque and serene beauty of Denmark is a draw-card and inspiration for many artists who reside in the area. Browse through galleries of furniture, pottery, glass, sculptures, paintings and even jigsaws. The standard of fresh gourmet food and quality wine offered here is exceptional, with the surrounding wineries producing superb semillon sauvignon blanc and bold shiraz. Denmark's highly acclaimed wines have distinct characteristics and most can be tasted at the cellar door. The natural sweeping vistas and remote landscapes around Denmark make it a favourite getaway for those seeking a romantic interlude or a chance to appreciate nature. There are so many options when it comes to finding a place to stay in Denmark, with everything from luxurious retreats to budget style accommodation.Denmark, Western Australia...so much more than just a weekend

Kalau anda perasan, nama tempat di South Western Australia ni lebih kurang nama mat salleh berbanding nama di North West Australia dah nama macam orang Ebo mereka je. Mungkin sebab faktor Denmark yang berdekatan dengan Albany (pelabuhan) jadi orang Denmark yang membuka tempat ni. (Pendapat aku je ni). Jadi, kalau  tetiba rasa nak pergi Denmark. Datanglah, Denmark Western Australia . wahahah.

Updated: The name of Denmark has nothing to do with Denmark in Europe, although many workmen in the wood trade migrated from Scandinavia to the region when milling became a booming business. -Source: Wikipedia

6/26/12

Winter at Natural Bridge and The Gap, Albany,Australia 2012- Part 4

Seperti yang anda dapat lihat. Betapa panjang nya title untuk post kali ini.. wahaha.. Apa yang menarik pasal Natural Bridge and The Gap?

Dari Albany City ke Torndirrup National Park lebih kurang 18/20minit sahaja. Seperti yang anda dapat lihat dalam peta di bawah, kita akan lalui jalan tepi laut iaitu Princess Royal Harbour. Menariknya sepanjang laluan , kita dapat menikmati keindahan alam dan memandangkan winter, jadi selalu hujan renyai-renyai dan kita akan sentiasa dapat lihat pelangi! Sangat indah.

Pelangi! @ Albany

Tiba nya kami di Torndirrup National Park, kami makan lunch yang dibawa dari rumah di carpark yang berhampiran dengan Natural Bridge. Bayangkan kami terpaksa makan cepat-cepat dalam keadaan hujan, dan harus mengelak angin  yang kuat , serta percikan air laut . Tangan kami dah kesejukan, rasa nak terbuang air kecil,dan angin pula sentiasa mernerbangkan nasi dalam pinggan. hahaha. Bila dikenang semula nak tergelak juga la, masing-masing berteduh dalam kereta bagi mengelakkan angin kuat. Tak perlu tutup pintu, angin dah tutupkan . hehehe. 


Pokok Tondrup - with My Brother

Selepas kami makan, kami ke natural bridge. SubahanAllah, hebatnya ciptaan Allah sehingga terbentuknya jambatan kesan daripada hakisan ombak. Keadaan angin yang kuat, tidak mengizinkan kami untuk ke jambatan tersebut. Kawasan natural bridge, agak bahaya. Waktu kami datang ni pun cuaca tengah buruk. Memandangkan kami dah datang jauh-jauh, rugi la pula kalau tak dapat melihat ciptaan Allah.
Natural Bridge -Photographer (My Uncle)

The Natural Bridge is a granite formation caused by the gradual wearing away of the rock by the Great Southern Ocean.The natural bridge formation is a reminder of the power of the ocean. Over time, the ocean has carved a bridge into the rock face. It is clear to see exactly how as the waves came rolling across the sea and into the hole it has created. Splash!!!
Source: Rainbowcoast


Pakcu ada cerita, dulu dia pergi waktu summer, siap boleh solat lagi. Waktu winter ni, angin kuat sampai aku pun rasa nak melayang-layang.Aku terpaksa berpaut dengan pakcu, bagi mengelak jatuh. Badan kurus macam adik aku dengan cousin, rasa macam nak terbang sahaja. haha. Masing-masing gelak sebab badan dah tak seimbang, ada juga rasa takut terjatuh dalam laut. Kuat sangat memikir bukan-bukan.

Gap and Natural Bridge 
Selain melihat Natural Bridge, di kawasan yang sama kita akan dapat melihat The Gap. Setiap kali percikan air di The Gap kita akan dapat lihat pelangi. Memang mengagumkan. 

The Gap

The Gap is an impressive rugged granite channel carved by the waves of the Great Southern Ocean crashing against the granite coastline forming a spectacular sheer drop of almost twenty five metres. 
Source: Rainbowcoast

My Brother @ The Gap - angin kuat ooo.

Pengalaman ke sini , mungkin sekali dalam seumur hidup aku. Alhamdulillah,dapat melihat ciptaan Allah pada usia yang muda. Kalau ke Australia, aku sarankan datang ke sini! Dah puas bergambar aku akan ceritakan pengalaman kami ke Denmark ... macam mana ada Denmark di Australia? hehee.

My family menahan angin. hehe
 Opss... Kangaroooooooo!

6/22/12

Winter Albany, Australia 2012- Part 3

13/6/2012

Hari ini kami sekeluarga memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi kerana kami akan bergerak menuju ke Albany. Seperti yang anda dapat lihat di peta bawah, Perth ke Albany ibarat Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam , sebab nya perjalanan mengambil masa selama 4/5jam. Memandangkan kami dari Perth. Ada dua laluan  highway yang bnoleh kita pilih untuk ke Albany. Tetapi jalan yang senang dan straight adalah Albany Highway.

Suatu yang best tentang highway di sini, HIGHWAY=FREEWAY, jadi tak ada lah otak korang memikir nak bayar duit tol. Mereka panggil highway adalah freeway.. JadI, sediakan duit untuk minyak sahaja. Mula-mula kita akan lalui highway yang lebih kurang macam Malaysia, then dari Armadale untuk ke Albany kita akan lalui highway seperti jalan kampung . Tapi jangan risau, jalan mereka dalam keadaan bagus dan bertar.


Di sepanjang perjalanan kita boleh menikmati pemandangan ladang anggur, ladang lembu , kambing dan juga menikmati keindahan alam semulajadi. Penat juga lah sebab 5 jam perjalanan.Kami sempat singgah station minyak untuk mengisi minyak di pekan kecil yang berhampiran dengan Kojonup.

Information: Kalau boleh isi minyak penuh, dan bawa tong untuk mengisi minyak . Kebanyakan pekan-pekan kecil akan menjual minyak dengan lebih mahal berbanding harga di bandar. Kebiasaannya,station minyak akan ditutup pada pukul 5pm. Kalau minyak dah habis, mereka akan mengenakan charge sebanyak AUD60 just to open their station. Jadi be prepared !

Ladang Kambing- yang kecil-kecil tu kambing

Pokok dan Ladang
Ladang Kuda
Alhamdullillah, lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai di Albany. Kami menunaikan solat jama' zohor dan asar di Musolla (surau). Sebenarnya, surau dekat Albany tak adalah macam surau dekat Malaysia. Ianya merupakan sebuah rumah (cottage) yang diwakafkan untuk di jadikan surau. Berbanding bandar-bandar besar seperti Perth, Melbourne dan Sydney... community Muslim memang ramai, jadi kita mudah untuk jumpa surau dan masjid di City. 

Albany

Albany sangat cantik, rumah mereka di bina di pinggir bukit dan berhampiran dengan laut. Tenang, aman dan damai. Memandangkan kedudukan  Abany berada di selatan jadi cuaca di sana adalah lebih sejuk berbanding Perth City.
Albany

Musolla

Albany-Sebenarnya sejuk, tapi tak sempat ambil trench coat. 

The Albany region was first home to the Menang Noongar people, who made use of the area during the summer months for fishing and other activities. They called the area Kinjarling which means "the place of rain".[5] Many town names in South-Western Australia end in "up" or "ing", which means "place of" in the Noongar language. Early European explorers discovered evidence of fish traps located on Emu Point and on French, now Kalgan, River and a small "village" of bark dwellings that were, at the time, deserted.
Albany is also the oldest continuous European settlement in Western Australia, founded in 1826, three years before the state capital of Perth. The King George Sound settlement was a hastily dispatched British military outpost, intended to forestall any plans by France for settlements in Western Australia.
Source: Wikipedia

Laluan tepi laut

York Street in Albany

Heheh. Kenapa sampai ke Albany kami singgah? Ada tempat yang menarik untuk aku tunjuk selepas ini!

6/21/12

Winter Perth, Australia 2012 - Part 2

12/6/2012

Setibanya kami sekeluarga di rumah pakcu pada pukul 6pagi,kami menunaikan solat subuh dan breakfast. Memandangkan , kami jetlag dan kepenatan jadi kami tidur dahulu sebelum berjalan-jalan di Perth City. Info  : waktu solat di Australia  
  • Subuh: 5.50am
  • Sunrise: 7.16am
  • Zuhur: 12.19
  • Asar:3.03pm
  • Maghrib:5.21pm
  • Isha': 6.43 pm
Memandangkan , bulan Jun merupakan musim sejuk di Australia. Jadi waktu malam adalah lebih panjang berbanding siang. Bear in mind, tak ada salji di Perth jadi musim winter mereka adalah hujan dan angin yang lebih kuat dan sejuk. hehehe.FYI , ticket flight waktu winter lebih murah kerana tidak ramai nak bercuti sebab hujan. Tapi ramai je orang datang. hehe


Perth City

Selepas solat Zuhur, petang tu kami sekadar jalan-jalan di Perth City. Kami singgah di kedai ice cream dan merentasi Swan River menaiki boat. Bayaran yang dikenakan AUD3 untuk dewasa.

Boat Station
Ice Cream with PanCake
Tahukah anda, makan ice cream ketika sejuk. Adalah nikmat! Tak percaya? Cubalah sekali

Swan Bell Tower
Adli Ilyas
My little cousin yang sangat cute. Rasa nak gigit je.
My Cousin
Perth City
Memandangkan petang tu hujan, jadi kami stranded di hadapan swan bell tower.Hari semakin gelap, jadi kami semua decide pulang ke rumah sebabnya esok nak jalan jauh. Nak tahu ke mana?? Tunggu. hehehe.

Info: kebanyakan kedai di Perth tutup pukul 5pm, tetapi ada sesetengah kedai sahaja yang buka sampai pukul 9 seperti BigW , WoolWorths and IGA. Sila datang awal untuk bershopping. 

Winter Perth, Australia 2012 - Part 1

Bismillah. Dah lama tak type di blog ni..  ada juga rasa nak update and tambah information yang boleh membantu others travellers. Tapi nanti ya, sekarang tengah mood nak update the latest trip at Western Australia. ngee...

Information
  1. Flight ticket (pergi-balik) : RM300+ . Beli waktu promotion Air Asia. Dah tempah ticket selama setahun.Jadi perancangan ke sana selama setahun.Ngee
  2. Penginapan: Rumah PakCu. 
  3. Transportation : Kereta Sewa and Kereta Pak Cu . aku akan terangkan mengenai cara sewa kereta, cara pemanduan, dan peraturan di sana. Please read this post :click "here"
  4. Visa: 1 week sebelum pergi, kami sekeluarga beli di Boustead Travel Agency   The Curve .Murah juga berbanding travel agency lain , cuma RM30/person.
Hari Isnin lepas isyak , kami bergerak ke LCCT. Tepat pukul 11.50 malam , kami berlepas dari lapangan terbang LCCT menuju ke International Airport, Perth , Western Australia. Penerbangan mengambil masa selama 5 jam (lenguh juga). Tapi sebab flight malam, semua bantai tidor. Ada la juga sesekali terbangun sebab tak leh tidor sangat. Alhamdulillah, tepat pukul 5 pagi, kami sampai di Perth, Australia. 

Tips berguna sewaktu mengisi borang declaration form


  1. Kalau anda ada bawa makanan dan tidak pasti sama ada makanan tersebut boleh lepas kastam jadi tick sahaja yes.
  2. Sila tulis ingredient makanan yang anda bawa di dalam bahasa Inggeris. Make sure ingredient dapat dilihat dan dibaca dengan jelas.
  3. Australia memang strict sikit tentang  makanan. Jadi kalau rajin,google terlebih dahulu sama ada makanan yang ingin dibawa itu lepas atau tida.
  4. More info dari kakak fatt - Prohibited foods to Australia
  5. Declare ubat-ubatan yang anda bawa, eg: Nenek aku ada arthritis so ubat-ubatan biasanya akan lepas. Kebiasaanya ubat-ubat memang lepas.
  6. Kalau ada bawa rokok (yang anda beli di Duti Free, Malaysia), kalau boleh declare. Tapi biasanya, kalau less than 250cigarettes, tak perlulah anda declare. 
  7. Diperingatkan, kalau mereka mendapati anda menipu denda yang dikenakan agak tinggi .


Depan

Belakang

Source  (Click for large picture)

Tapi kadang-kala kastam Australia ni ketat sangat, dua tahun lepas banyak juga makanan kami kena rampas . Mereka, tak benarkan rempah ratus jenama dari Malaysia dan Thailand. Alhamdullillah, tahun ni kami lepas. Berkat doa, dan solat hajat agar ikan keli yang kami bawa lepas dan boleh di beri kepada orang yang mengidam kat sana tu. :D

Lepas sahaja , immigration dan kastam. Angin dan hujan-hujan renyai menyambut kami. Huhu. Pakcu dan Ecun (adik ipar) ambil kami di airport dan pulang ke rumah pakcu! Holidays begin. 

6/19/12

Coming Up Next!

Photographer: Seth (my brother)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...