5/13/12

Final Exam 2011/2012

If you want to dream about your next travel trip,
You must finish reading all notes and UNDERSTAND the notes,
Finish completing all projects,
Finish completing the assignments,
Finish studying for the last quiz.

p/s: Entah macam mana edit tetiba hilang yang aku buat semalam. maaf ye.
BTW, note di atas telah di tulis di notice board in front of my table and my wardrobe. tq.

SPECIAL NOTE: Happy Mothers' Day Mak! Thank you for your pray and always support me in everything.

5/4/12

What You Should Know About Bangkok,Thailand

Entry ni dah lama berada dalam DRAFT. Yer lama. sebab aku pergi Thailand hari tu waktu cuti mid term break. Ni dah nak dekat final, baru aku nak update. Padahal ada lagi project berlambak aku tak buat. wahahaha. Dengan perasaan tidak bersalah, selepas aku siap project recreation. Sambung entry yang dah nak jadi pekasam nie... Hehehe Ok straight to the point.

What You Should Know About Thailand (KHAS UNTUK BANGKOK SAHAJA)

Bahasa
  • Bagi pendapat aku kalau korang rasa susah nak berkomunikasi di tempat yang menggunakan bahasa selain yang korang tahu. Maka SUSAH lah jadinya. So, always think positive bila datang kat tempat orang. Prinsip aku senang aje. "Mat Salleh boleh tak kan kita tak boleh" .
  • Ramai dah rakyat Thailand tahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kalau dekat shopping mall, kedai-kedai dengan night market kebanyakan penjual tahu berbahasa Inggeris. Jadi tak susah untuk korang, tawar-menawar.Kalau dekat tourist information center, jangan risaulah sebab mereka memang fluent in English. :D .Pengalaman bershopping di Thailand? Read "this post" and "this post".
  • Night Market at Bangkok
  • Pemandu teksi mereka kurang tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Jadi kalau nak pergi sesuatu tempat, sila tunjuk dari peta yang mempunyai tulisan Thailand atau kalau nak ke Hotel sila ambil kad hotel, sebab nama jalan amat penting. 
  • Pekerja pejabat, rata-rata tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sebab kebanyakan yang bagi arah dan tolong kami, semua nyer orang bekerja.Sebab dia orang pakai tie. Boleh pakai ke ? Muka pun matured, jadi kalau rasa dah sesat sangat. Nampak muka yang macam dah bekerja tu tanyalah. Tapi kalau dia orang tak dapat jawab, jangan salahkan aku pula ye. hehehe
  • Pelajar sekolah.  kita orang try tanya budak sekolah sekali sahaja, dia orang macam lambat nak bagi responds. Nasihat aku budak sekolah ni kadang-kadang dia macam terkejut bila foreigner tanya, jadi kalau dia orang terkedu tu cari orang lain.. hahahha..

Pengangkutan Awam
  • First thing orang tanya aku waktu balik dari Thailand, senang tak nak jalan dekat sana? My answer, SENANG SANGAT!
  • Pengangkutan di Thailand mudah di fahami dan tak complicated. Pengangkutan awam di Bangkok ialah train, boat, teksi bas dan tuk-tuk.
  • Train- setiap station ada free map, jadi ambil lah map banyak-banyak sebab sangat berguna untuk berjalan di sekitar bangkok. Sign board di tulis dalam bahasa Inggeris , jadi korang tak akan sesat. More info, sila ke website ni- BTS. Sepanjang 4 hari aku kat sana, kami gunakan pengangkutan awam.
  • Train at Suvarnabhumi Aiport
  • Boat- sebab apa aku tulis boat? Kalau nak pergi kawasan bandar lama Bangkok seperti Royal Palace. Kita perlu interchange dari train kepada station boat. Keselamatan dalam boat adalah terjamin, setiap kerusi di sediakan pelampung. Tapi tak pakai pun. More info tentang pengalaman kami menaiki boat? Sila ke post ini Bangkok,Thailand Part 3
  • Boat Express
  • Teksi- teksi kat sini warna-warni sebabnya mereka kena pastikan imej teksi mereka dalam keadaan cantik, bersih dan kemas. Tak pernah aku tengok teksi dekat Bangkok ni macam kat KL. Memandangkan, teksi di sini banyak. Jadi saingan pun tinggi, sebab tu kot kena jaga imej. Perkhidmatan teksi adalah 24jam, tidak dikenakan sebarang charge selepas pukul 12malam. tiada charge for luggage, tiada charge kalau pandu laju, meter tak akan naik tetiba kalau jam. Pasal tol aku tak tahu, sebab tak lalu kawasa bertol. If, teksi tu ada rate sendiri aku minta maaf ya, sebab kebanyakan teksi aku naik standard rate.
  • Bas- ni je yang aku tak pernah try. Sebab apa? Dia orang tulis tempat dalam bahasa Thailand, jadi aku tak tahu arah mana dia pergi. Jadi kami naik ajelah train, boat, dan teksi sahaja. Kalau tahu baca tulisan Thailand dah lama kami naik bas. BTW, kami nampak Mat salleh naik bas, gila berani dia orang.
  • Tuk-tuk- kebanyakan tourist mesti nak cuba naik tuk-tuk. Tuk-tuk biasanya ada di kawasan tumpuan pelancong. Biasanya, ada di kawasan bandar lama Bangkok seperti di Royal Palace. Cara pemanduan tuk-tuk- sebijik macam rempit. Mak aihhh gugur jantung aku. FYI, tuk-tuk kat Thailand ni kecik sangat, nak duduk 4 orang pun sempit. Tapi kat Cambodia  besar gila, 4 orang matsalleh yang besar tu pun muat. Tuk-tuk ni bukanlah pengangkutan utama, just nak cuba-cuba boleh lah. Dulu-dulu before ada train, tuk-tuk ni kira macam pengangkutan utama tapi sekarang jadi macam tourist attraction. hehe Nak baca pengalaman kami naik tuk-tuk? Read this post.
Tuk-tuk discussion

Halal Food
  • Seperti yang anda semua tahu, Thailand bukanlah negara yang banyak menjual makanan halal. Tapi tak bermaksud tak ada langsung makanan halal di jual.
  • Kalau teringin makan, makanan di gerai atau kedai-kedai. Nak tahu gerai tersebut halal , mereka akan tulis HALAL dalam tulis rumi atau jawi, atau meletakkan sign BULAN dan BINTANG
  • BTW, hotel yang kami tinggal ialah Muslim Hotel iaitu Hotel Regent Ramkhamhaeng,Jalan Ramkhamhaeng 22. Refer to this post.
Tulisan HALAL dan SIGN BULAN BINTANG
  • Kalau nak beli makanan seperti maggie, junkfood, etc. Anda boleh check sign logo HALAL THAILAND. Logo halal Thailand ni diiktiraf sebab mempunyai makmal yang canggih dan terjamin kualiti- ni akak aku yang cakap sebab dia ambil Halal food subject waktu dekat UIA. Cara cakap macam aku bukan student uia ? hahah
LOGO HALAL THAILAND
  • Food Court- Kebanyakan food court di shopping mall  mesti ada satu kedai yang menjual makanan halal dan di iktiraf oleh  Halal Thailand. Jadi korang sebenarnya, tak akan kelaparan kat sana. Tinggal nak cari je gerai halal.
  • Mengenai air , janganlah korang ragu pula. Kalau dah dia orang tulis air mineral , air kelapa, air limau. CONFIRM HALAL, jadi kalau anda dahaga beli aje lah. Lain tulis jenama arak,Confirm HARAM.  Sebelum beli, aku tengok cara dia orang proses, tak kotor pun . Siap pakai glove lagi waktu perah. 
FRESH KOT AIR ABANG NI!
Lagi sekali di ingatkan, entry What You Should Know About Bangkok,Thailand hanya sesuai untuk BANGKOK, THAILAND SAHAJA. Kalau korang pergi selatan Thailand, atau luar bandar Thailand aku tak tahu lah ye. Sebab nye, aku baru pergi BANDAR Bangkok sahaja. Mungkin ada sesetengah perkara aku tulis ni boleh digunakan, tapi macam pengangkutan awam adalah berbeza. Sebab BTS tak ada kat luar bandar, ada kat dalam Bandar Bangkoksahaja, yang luar bandar ada jenis train yang lain.




P/S: Aku tulis tiga tips ni dulu. Will be continue.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...