3/30/12

Bangkok, Thailand 2012 Part 4

Cerita untuk hari ke-2 kami di Bangkok masih lagi tak habis. Sebabnya, kami conquer the whole Bangkok city dari pukul 9 pagi sampai 11 malam. Jadi banyaklah tempat yang aku nak cerita dekat korang semua. wahahah



Selepas puas kami naik tuk-tuk sampai nak kematu kami di buat nya. Kami jalan kaki selama 5 minit ke Station N8 Tha Tien Pier untuk patah semula ke Station Central Pier. Station N8 tu simple je, nampak macam bukan jeti boat . Tapi ramai orang tunggu kat situ,jadi kita orang pun tunggu sekali. Harga ticket di bayar dalam boat.
Sebelum berjalan pekena air kelapa pandan RM2 je

Seperti yang di rancang , kami nak pergi ke Mah Boon Krong a.k.a MBK Mall untuk solat dan bershopping. Sampai di Station Central Pier, kami naik semula BTS Station Saphan Taksin dan turun di Station National Stadium. Dari, Station National Stadium , ada jejantas untuk terus masuk ke MBK Mall. 

Halal
Tiba di MBK Mall, kami terus ke food court level 5 dan mencari makanan halal. Ada satu gerai halal menjual mee dan nasi ayam di sini. Kami yang dah kebulor, makan dahulu. Kemudian , kami naik ke level 6 untuk ke surau. Surau terletak di exit carpark 6A /6B berdekatan dengan orang menjual Pashmina dan Kain sutera Thailand. Kami solat jamak asar dan zohor di surau. Sementara nak tunggu waktu maghrib, kami sempat sopping di Level 6 sebab banyak menjual baju t-shirt dan barang-barang cenderamata. Jadi dekat sini kita boleh bargain sampai penat. Hahaha. Standard harga t-shirt 100Baht/ RM10 . Jadi kalau dia letak lebih pandai-pandailah bargain.
Surau
Operasi Pulut Mangga


Dari MBK mall , kami ke Station National Stadium dan turun ke Station Siam untuk ke Madam Tussauds Muzium di Siam Discovery Mall. Jarak antara National Stadium ke Siam cuma 1 station je, memandangkan kami dah beli ticket one-day pass jadi sangat rugi kalau kami tak gunakan sebaik mungkin. Dari Station Siam, jalan kaki selama 5 minit untuk sampai ke Siam Discovery Mall. Madam Tussauds Muzium terletak level 6th floor

Patung -Photo by Kak Syahidah
"Madam Tussauds is the world's favorite wax attraction with over 80 wax figures and brimming with interactive experiences this is so much more than just a wax museum. Every figure can be photographed an you will be able to step into the Royal Room, mingle with the A-list on the red carpet, challenge your sporting heroes as well as get on stage with your favorite pop stars. Copy paste dari map ."

Sampai di Madam Tussauds terus kami ke kaunter ticket, sekali tengok harga. Mahu terbeliak mata, harga untuk rakyat Thailand sahaja 600Baht/RM60 , untuk foreigner tak silap aku dekat RM120++. Apa lagi seperti biasa, kami ambil gambar di depan Madam Tussauds Museum, sama macam di Royal Palace. Hahahah.. Walaupun, tak masuk janji dah sampai dekat situ. hehe

Malam di Siam Center agak meriah dengan night market di tepi jalan. Ada gak dekat 2/3 km panjang night market disini. Seperti biasa aku cuci-cuci mata tengok baju cute korean yang di jual kat facebook dengan harga lebih murah. Tapi bila orang tengah ramai ni, rasa macam malas nak beli. Bila dah sampai Malaysia baru lah rasa rugi. Tak sampai 1 km kita orang jalan dah rasa penat, kami pun naik balik Station Siam.

Night Market
Sewaktu kami di Saphan Thaksin Station , kami sempat singgah di Tourist Information Centre, untuk tanya tempat yang boleh beli cenderamata dan t-shirt. Pekerja tu suggest kami ke kawasan MBK mall, Siam Center tapi dia sempat bagi cadangan untuk kami ke Siam Paradise Night Bazar di Punnawithi. Dari Station Siam, kami pun straight ke Station Punnawithi untuk ke Siam Paradise Night Bazar, waktu tu pukul 8 malam
.
Tiba di Station Punnawithi, kami jangakakan Siam Paradise Night Bazar tu terus boleh nampak. Tapi tengok sunyi sahaja, orang pun tak ramai nak turun dekat situ. Dalam hati rasa macam dah pelik, tak kan orang tourist information tu nak menipu. Kami pun pergilah tanya pak guard dekat Station Punnawithi. Tapi dia tak berapa reti sangat nak cakap English, tiba-tiba muncul hamba Allah yang boleh berbahasa English untuk membantu kami. Waktu tu, memang rasa happylah.

Untuk ke Siam Paradise Night Bazar, dari Station Punnawithi masa berjalan selama 20minit. Waktu tu, kaki kami  dah penat sebenarnya, jadi masing-masing dah tak larat. Tapi terpaksa teruskan juga perjalanan, dalam hati rasa nak patah balik. Bila dah sampai separuh jalan tak kan nak patah balik, jadi kami teruskan juga sehingga sampai di pintu gerbang Siam Paradise Night Bazar. Sampai je, agak terkejut sebab kawasan tu tak meriah langsung, dan tak ramai pun manusia, anjing dekat sini pun pemalas..

Sebenarnya, kawasan jualan disitu agak tersusun, mungkin faktor jauh menyebabkan orang tak ramai nak pergi.Bila dah masuk rasa simpati pula kalau tak beli,  kami yang suka bargain tetap bargain sampai murah barang kat sini. Banyak je cenderamata , key chain , t-shirt dijual di sini. Tapi kesianlah, mungkin kurang promosi menyebabkan tempat ni "Hidup segan, mati tak mahu".

 Habis kami round di night market, waktu tu lebih kurang pukul 10 lebih, kami dah penat nak jalan . Nampak je teksi, terus tahan untuk bawa kami ke Hotel Regent Ramkhamhaeng. Dari Punnaiwithi ke Ramkhamhaeng, harga teksi meter 89Baht/RM8.90. Waktu sampai, badan memang dah kepenatan tapi kami sempat lagi makan di gerai muslim depan hotel sampai aku tambah nasi 2 kali. wahahhaha


To be continued- Day 3.

3/28/12

Bangkok,Thailand 2012 Part 3

 Kali ni, aku tak nak tulis panjang-panjang macam aku buat dekat post Cambodia. Mati orang nak baca. So, aku decide, kalau dah  agak macam panjang. Aku stop and continue part yang seterusnya. Tu sebab untuk trip kali ni akan ada banyak series. Jadi harap bersabar . Ngeh2...

Selepas puas mengambil gambar di Jim Thompson House. Kami bercadang untuk ke Royal Palace. Memandangkan kami akan menggunakan perkhidmatan BTS Skytrain sepanjang hari, jadi kami beli kad perjalanan satu hari berharga 120Baht/RM12 untuk jimat cost. Kiranya, kita boleh turun naik BTS Skytrain sebanyak 120 kali, sebab mereka akan tolak 1Baht setiap kali  keluar masuk station. Sangat jimat bila guna kad ni berbanding kita kena bayar 35Baht untuk setiap perjalanan. Kad ini hanya boleh di gunakan untuk laluan BTS Skytrain warna hijau dan hijau tua dan sah sehingga pukul 12malam sahaja. Refer back to map.

Daripada  BTS Skytrain Station National Stadium kami turun di Station Saphan Taksin untuk interchange with Chao Phraya Express Boat untuk ke Royal Palace, harga ticket 30Baht/RM3(single trip)  . Mula-mula aku macam tak percaya, biar betul ada interchange dengan boat. Tapi rakyat disini masih lagi menggunakan perkhidmatan boat sebagai pengangkutan utama. Teringat balik waktu belajar Geografi, Sungai Chao Phraya nadi masyarakat Thailand.


Chao Phraya Express Boat
Turun di Station Saphan Taksin, kita akan terus nampak Station Central Pier untuk menaiki Boat. Perkhidmatan boat disini sangat efficient dan cepat. Selain itu, mereka turut menyediakan tourist guide yang boleh berbahasa Inggeris dan Thailand. Sepanjang perjalanan, tourist guide akan menunjukkan bangunan bersejarah dan  tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di sepanjang Sungai Chao Phraya.


Arun Temple
Dari Station Central Pier ke Royal Palace turun di Station 9 Maharaj Pier. Sampai di Maharaj Pier kami  keluar dari kawasan parking dan belok kanan. Dari situ, kami jalan straight sehingga nampak tembok berwarna putih Royal Palace kemudian belok kiri straight sampai nampak pintu gerbang Royal Palace. Sepanjang jalan, banyak gerai yang mejual barang-barang antik dan duit syiling lama. Perjalanan berjalan kaki mengambil masa selama 10/15minit.  Kita orang sebenarnya tak tahu jalan sangat, main ikut je orang berjalan ramai-ramai. huhuhu. Tapi waktu dekat sini memang sangat panas, jangan lupa bawa payung!

Pesananan untuk mereka yang mahu melawat Royal Palace. Sila pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Bagi rakyat Thailand, Royal Palace ni macam tempat suci. Jadi kalau nak masuk, umpama masuk tempat ibadat. Bagi yang lelaki kalau boleh pakai seluar panjang. Wanita, jangan pakai skirt pendek dan baju yang menampakkan lengan. Tapi bagi mereka yang tak tahu peraturan, ada perkhidmatan rent cloth. Harga rent cloth aku tak tahu, sebabnya kami semua dalam kategori menutup aurat. Alhamdulillah, indahnya bila Allah menyuruh umat islam menutup aurat. Di mudahkan dalam pelbagai urusan.


Rules and Regulations

Kami sampai di Royal Palace 1pm waktu Thailand, waktu tu kami dah kelaparan, kepenatan dan kehausan.  3 daripada 4 botol air yang kami bawa dah habis. Jadi kami berniat nak makan di taman hadapan Royal Palace. Kami nampak satu spot yang best. Bawah pokok rendang dan redup. Mula-mula tak berani juga nak makan di situ, tapi nampak ada pekerja Royal Palace makan di area situ, terus kami berpicnic. Kami cover-cover dengan payung takut kena marah dengan pekerja Royal Palace, tapi mereka buat tak kisah aje. Sepanjang kami berpicnic, ada gak dua tiga mat salleh datang dekat bagi makanan dekat anak, orang Taiwan datang berehat. Mungkin ramai takut nak makan disitu, tapi dah nampak kami terus datang dekat kami dan berpicnic depan taman istana. wahahha.
Selamba berpicnic



Royal Palace

Sebenarnya, tak ramai orang Melayu atau Islam nak datang ke Bangkok, kalau yang ada mungkin orang Islam dari Selatan Thailand yang tahu berbahasa Thai. Jadi, apabila mereka melihat kami yang memakai tudung dan beragama Islam. Timbul rasa pelik , kerana kebanyakan tourist yang datang ke Bangkok dari Eropah. Bila mereka datang dekat dan datang dari mana, mesti mereka fikir kami dari Indonesia. Cepat-cepat cakap, kami dari Malaysia.


Di bawah pokok kami berpicnic
Habis makanan yang kami tapau dari hotel. Kami berkemas dan bersiap-siap untuk masuk ke Royal Palace. FYI, taman di hadapan Royal Palace ni free je masuk, kalau nak ambil gambar. Tetapi, kawasan dalam Royal Palace harus bayar sebanyak 400Baht/RM40. Pergi je dekat kaunter dan tengok harga sampai 400Baht terus kami tak jadi nak masuk dalam Royal Palace. Kami ambil gambar di hadapan Royal Palace dan duduk ditepi kedai dan rancang semula plan trip kami.
You are FOREIGNER


View at Royal Palace
Lepas tengok peta,kami bercadang untuk melihat Sleeping Buddha Temple di belakang Royal Palace. Kami berjalanlah dengan keadaan panas terik dan membahang. Mujur diantara pintu- pintu Royal Palace kami berjumpa dengan guard (tak tahu guard atau apa, tapi dia pekerja Royal Palace) yang boleh berbahasa Inggeris. Guard tu kata sebenarnya, pukul 1-2 lebih adalah waktu mereka beribadat, jadi kawasan temple ditutup buat sementara waktu. Wajah kami yang dah penat dan kepanasan mesti lah berasa hampa, penat jalan jauh tapi tutup pula. Jadi guard tu lintaskan kami jalan dan bagitahu kami tempat menarik yang kami boleh lawati. Map train yang kami ambil banyak-banyak tadi sangat membantu.


Pakai tie tu guard yang terangkan kami mengenai servis tuk-tuk
Guard tu bagitahu kami boleh naik tuk-tuk dan round sekitar bandar lama Bangkok. Kami cuma di charge sebanyak 100Baht/RM10. Sangat worth it, sebab kami round sekitar bandar lama Bangkok selama 1 jam. Jauh juga tuk-tuk ni bawa kami pusing ada jugalah dari KLCC sampai ke Pudu/ Bukit Bintang. Sepanjang perjalanan, kita boleh lihat bandar Bangkok yang lama dengan lebih dekat. Kami sangat puas hati, sampai lenguh dalam tuk-tuk.

Pemandu tuk-tuk ni boleh communicate in English kiranya faham jugalah dia cakap apa.Selama 1 jam, kami di bawa ke tempat-tempat menarik  dan kedai-kedai menjual dan memproses permata, jade, dan barang-barang cenderamata. Konsep tuk-tuk disini, apabila mereka bawa tourist ke kedai-kedai , mereka akan menerima coupon mengisi minyak. Cukup 5 coupon mereka boleh isi 5 liter minyak. Bila dah tiba di kedai 3, kami dah mula bosan,tapi pemandu tuk-tuk meminta kerjasama kami agar dia boleh dapat lagi dua coupon.


Inside tuk-tuk

Dalam hati, takut gak kalau kena tipu ke apa. Tapi bila dia cakap "You help me, just look-look , you don't have to buy anything , just look-look i will get the coupon (sambil membuat mata terbuka dengan menggunakan jari) You understand me right? " - pemandu tuk-tuk yang cakap tu bahasa tungang-langgang Jadi kami pun bersetuju, tak pa lah guna concept. You help me , i help you. Abang aku yang lawaknya, fikir dia kena minta dekat kedai tu coupon. Sampai 2/3 kali pula orang kena terangkan, "bukan kita ambil coupon tu,pemandu yang dapat coupon tu". hahahha. Sepanjang menaiki tuk-tuk , driver tunggu kami sewaktu berada di dalam kedai. Habis kdai yang ke-5 pemandu tuk-tuk bawa kami semula di tempat mula-mula kami naik tuk-tuk dan baru kami bayar 100Baht/RM10. Pemandu tuk-tuk ni tak ada sangat nak menipu pelancong.


Driver Tuk-tuk
p/s: Tuk-tuk dekat Thailand kecik berbanding di Cambodia lagi besar. :P..To be CONTINUED.




3/27/12

Bangkok, Thailand 2012 Part 2

22/3/2012

Cuaca yang cerah menyambut kami pada hari ke dua di Bangkok, Thailand. Sebenarnya, kalau nak pergi Thailand ni elok pada musim panas. Kalau musim hujan, teruk keadaan di Bangkok sebab banjir. Panas Thailand ni sama macam di Cambodia kawasan tropika, korang boleh cepat dehydrated. Jadi sediakan air sebelum berjalan. Pepatah baru tu. wakakak

Pukul 8pagi waktu Thailand lewat 1 jam waktu Malaysia, kami bersiap-siap untuk turun breakfast. Hotel Regent ada menyediakan breakfast untuk penginap hotel.Turun je kami ke dewan makan, penuh dengan rombongan budak sekolah makan yang turut tinggal di Hotel Regent. Memang lah bilik dekat Hotel Regent punyalah besar mesti cikgu dia orang sumbat 1 bilik 8 orang. huhuhu. Kekenyangan kami makan breakfast yang sedap, sempat lagi kami tapau buat bekal untuk makan tengah hari. Tapi, waktu tapau tu hati-hati la jangan sampai pekerja dia orang nampak pula. hehhe.

Click for large image.
Semalam, Muhammad sempat terangkan mengenai system Train di Thailand. Memandangkan kami tinggal di Ramkhamhaeng, station train yang terdekat hanyalah  Station Ramkhamhaeng Airport Rail Link dan kami harus bertukar di Phaya Thai untuk melalui kawasan BTS Station Sukhumvit line - Harga total 120 baht untuk 4 orang. Jadi, kami decide naik train ke Phra Khanong kerana lebih murah, teksi meter di  sini senang dapat , banyak dan 24 jam.Daripada Hotel Regent kami naik teksi untuk ke Station Phra Khanong (Refer map di atas) Dari Ramkhamhaeng ke Station Phra Khanong teksi charge 89baht /RM8.90, jaraknya agak jauh termasuk dengan jam yang terpaksa kami tempuhi. Jam dekat sini standard KL, kereta masih boleh berjalan ,dan  tidak terlalu sesak seperti di Jakarta

Give seat to Monk -Photo: Kak Syahidah

Map untuk BTS Skytrain boleh dapat secara percuma di semua Station. Jangan lupa ambil map, kerana kebenyakan rakyat di sana kurang reti membaca tulisan rumi. Jadi di dalam map ini ada di sertakan sekali dengan tulisan Thailand bagi memudahkan kita bertanya orang Thai. Selain itu, ada tourist information center di setiap interchange station bagi memudahkan tourist mendapat information. Tourist information center di sini sangat membantu pelancong. Maaf ya, kalau nak di bandingkan dengan kebanyakan tourist information center di Malaysia yang tidak banyak membantu pelancong.

Sebenarnya tujuan kami nak naik BTS Station Phra Khanong sebab mudah untuk tukar di Station Siam sebutan saiyam dan turun ke BTS Station National Stadium . Reason??? Kami nak pergi melawat Jim Thompson House. Dari BTS Station National Stadium turun Exit 1, bila dah turun eskelator pergi ke arah belakang untuk ke Jalan Soi Kasem San 2. Ada papan tanda menuju ke arah Jim Thompson House.  Jalan kaki mengambil masa lebih kurang 6/10 min.

Jim Thompson House dibuka dari pukul 9pagi - 6petang. Ada satu kisah, waktu kami nak ke Jim Thompson House kami disapa oleh pembawa tuk-tuk. Dia kata , Jim Thompson House di buka pukul 10. Waktu tu ada lagi setengah jam nak ke pukul 10 waktu Thailand. Nasib baik kami nie hati keras, menolak pelawaan pakcik tuk-tuk. Bila sampai je di Jim Thompson House kami lihat papan tanda bahawa sudah di buka terus kami cakap "Penipu pak cik tuktuk". hahah.

Harga ticket untuk masuk ke Jim Thompson house bagi mereka yang berumur 25tahun ke bawah ialah 50Baht/RM5. Manakala, mereka yang berumur 25 tahun ke atas 100Baht/RM10. Di kaunter,kita hanya perlu serahkan passport sebagai bukti berumur bawah 25 tahun. Bangga lah tu.hehehe. 

Ticket Prices- Photo: Kak Syahidah

Jim Thompson House merupakan10 tempat wajib di lawati di Bangkok Thailand. Siapakah Jim Thompson ?Beliau merupakan peniaga yang mempopularkan Thai Silk di mata dunia. Tetapi telah hilang di Cameron Highland, Malaysia sewaktu berusia 61tahun . Ada rumors mengatakan dia CIA, ada gak kata sebab kepercayaan orang Thailand sesiapa yang lahir pada tahun Kuda harus berhati-hati pada umur 61 tahun. Nak tahu lebih lanjut cik wikipedia sedia membantu anda.  Rumah Jim Thompson ni memang cantik kerana berunsur Thailand dan menghadap sungai. Beliau telah membeli beberapa rumah di sekitarnya untuk di jadikan 1 rumah yang besar.





 Jim Thompson House -Photo: Kak Syahidah

Sepanjang lawatan di Jim Thompson House kita akan di sediakan dengan Tourist Guide untuk menceritakan mengenai sejarah Jim Thompson House. Dalam group tourist , kami je Malaysia yang lain semua mat salleh. Mat Salleh yang tak pernah tahu sejarah Jim Thompson House bersemangat tengok tembikar dalam rumah tu. Kita orang pula rasa , Asia tetap asia jadi budaya mereka dengan kita sama sahaja. Jadi bila tengok tembikar rasanya, tembikar tu pun ada dekat Jonker Street di Melaka. Apa-apa pun tak rugi bila datang ke sini. Sekurang-kurangnya , kita dah pergi ke 10 tempat wajib di lawati di Bangkok Thailand. hehehe.

Kak Syahidah with Tourist Guide Photo- Kak Syahidah

The only picture four of us 

To be continued.

3/26/12

Bangkok, Thailand 2012 Part 1

Minta maaf last post mengenai Fraser Hill, Malaysia aku terpublish. Padahal tak habis buat pun review pasal tempat tu. Nanti aku continue ye. Buat masa sekarang , enjoy dgn travel trip aku yang the latest. wahahahha. Gedik.

21/3/2012

Trip kali ini bersama Along ( partner in crime travel),Kak Syahidah  (my cousin), and Aiman (my big brother). Asalnya, 6 orang untuk trip kali ini. Tapi jadi 4 orang sebab lagi dua orang tu nak kahwin. Hehehe. 
Perjalanan bermula pada pukul 12 tengah hari menaiki bus dari KL Central  ke LCCT. Price for Ticket flight RM 100 kami beli waktu zero fairs setahun  yang lalu.. Flight pukul 3 petang kenalah sampai 2 jam awal.Kami sampai lebih kurang pukul 1 , terus baggage drop dekat counter sebab dah check-in online last night. Habis urusan baggage drop, kami makan di Marry Brown dan baru masuk dekat tempat kastam. Siap solat jamak zohor asar dan solat sunat musafir . Lebih kurang pukul 3 dah calling for FD 3524 flight to Bangkok , Thailand. Perasaan? Tak sabar!!!.

Kalau anda teringin ke Thailand, dengan menaiki kereta api.. Boleh baca dekat blog cousin aku ni. Dia pernah pergi sana, naik train.

Lebih kurang pukul 5.30p.m waktu Thailand kami sampai di Airport Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand (sebutan sebenar ialah Suvarnabhum tiada "I"). Airport ni design dia macam KLIA sikit. Tapi lagi besar daripada KLIA. Lepas daripada kastam dan ambil beg.Kemudian,kami beli simcard bagi memudahkan urusan call orang Malaysia. Kami memilih DTAC, harga simcard bersama topup 100Baht = RM10. Tapi sebenarnya, untuk orang yang suka travel dan harga murah lebih sesuai pilih TRUE.Sebab limit expired date dia 1 year tanpa anda perlu topup, jadi kalau nak datang lagi boleh guna simcard yang sama. Tapi line TRUE hanya sesuai dekat dalam bandar, tak berapa sesuai digunakan luar bandar di Thailand.

Information: Waktu Solat di Bagkok, Thailand boleh kita ambil di Muslim Prayer Times
Agak kegemukan di situ. Airport Suvarnabhumi

Settle beli simcard, kami menaiki Airport Rail Link iaitu Suvarnabhumi Airport City Line (SA CITY LINE) dan turun ke Ramkhamhaeng Station. Harga ticket 30Baht = RM3. Kami turun di Ramkhamhaeng Station kerana hotel kami di kawasan Ramkhamhaeng.  Hotel Regent Ramkhamhaeng  merupakan hotel muslim dan menyediakan makanan halal. 

SA CITY LINE .Photographer :Kak Syahidah

Turun daripada Ramkhamhaeng Station kami menunggu Muhammad suami kawan Kak Syahidah , untuk menghantar kami ke Hotel Regent Ramkhamhaeng . Tapi Muhammad lambat sikit sebab traffic jam dari tempat kerja. Lebih kurang pukul 7.30pm Muhammad sampai , dari Ramkhamhaeng Station straight sahaja sampai ke Jalan Ramkhamhaeng 22 untuk ke Hotel Regent Ramkhamhaeng . Bilik di Hotel ini sangat besar dan boleh menempatkan 5-6 orang untuk double bed room . Harga untuk double bed room ialah 1100baht/night = RM110/night .Manakala, abang aku tinggal di single room dan di beri king size bed, harga untuk single room ialah 800baht/night = RM80/night.  


Hotel Regent Ramkhamhaeng Photographer : Kak Syahidah

Kalau nak makan di gerai luar pun boleh. Biasanya, makanan halal boleh di dapati dengan ada sign bulan bintang depan gerai dan mempunyai tanda halal. Kalau di food court, mesti ada 1 gerai makanan halal yang mempunyai sijil halal Thailand. FYI, kakak aku cerita sewaktu dia belajar mengenai halal food, sijil halal Thailand di sahkan di dunia sebab mereka mempunyai makmal yang canggih. Lagipun majoriti di sini tak ramai orang islam berbanging selatan thai, jadi kalau gerai tersebut halal mereka tak akan menipu orang ramai.

Depan hotel, ada 1 gerai yang menjual makanan goreng bermula pukul 6 petang- 12 malam. Ada satu kejadian lawak dekat gerai ni. Waktu nak order makanan, kami yang tak reti baca tulisan thailand ni cakap sahaja dalam Bahasa English. Memang susah sebab, makcik dengan abang ni tak reti sangat communicate in English. Dah macam ayam dengan itik je kami cakap, tapi entah macam mana kita boleh faham.hahaha .
Tapi mereka masih boleh faham setakat cakap Fried Rice Seafood, Mee. Mujur kami nie selalu makan makanan Thailand, pakai sebut aje la Phad Thai (kueh teaw goreng ala thai), Mee Ladna, Pakapau, Tomyam. Orang Thailand punya masakan memang SEDAP GILER. Tak pernah aku makan dengan penuh selera. hahhehe. Ke aku tengah lapar??
Nasi Goreng Seafood 

Gerai depan hotel


Kami gelarkan abang di gerai ini - abang sopan-santun sebab sangat sopan bila berjalan depan pelanggan . Mak cik tukang masak pula kami panggil mak cik racist, sebab dia buat untuk rakyat Thailand dulu, baru untuk kami. Tapi memang ramai orang islam beli dekat sini tu sebab lambat. BTW, dekat Thailand ni kita tak boleh cepat marah sebab rakyat mereka ni sangat lembut. Jadi kalau lambat sikit korang relaks jelah. Tak boleh marah-marah sangat sebab rakyat mereka bukan pemarah.

Dah kenyang kami berjalan-jalan di sekitar jalan Ramkhamhaeng, setiap malam ada night market di sini. Cuma mereka tutup awal lebih kurang pukul 11 malam. Sekadar windows shopping tengok-tengok apa yang menarik di night market. Tapi aku suka dengan night market di sini sebab banyak sangat jual baju korean cute yang korang tengok ada jual dekat Facebook tu.. Pukul 12 waktu Thailand  mata kami dah mula mengantuk dan memerlukan rehat untuk jelajah Bandar Bangkok!

Night Market food.

Yosh.. To be continued.

3/12/12

Port Dickson , Malaysia Part 2

Cantikkan Pantai yang aku tunjuk. Seriously, kalau pergi Port Dickson mesti orang kata. Laut dia kotor, dah tercemar, dan orang ramai. Memang hakikatnya begitu, kalau pergi Teluk Kemang tu. Punyalah ramai manusia.
Tapi kalau korang teringin nak menikmati pantai yang tak tercemar, apa salahnya  daki bukit di Tanjung Tuan tu. Hilang semua lemak2, dapat menikmati pemandangan yang tak tercemar dan indah :)

Lepas kami sekeluarga daki Tanjung Tuan, kami balik semula ke apartment Marina Crescent. Petang tu, kami buat BBQ di Marina Crescent yeah! Seronok bila buat BBQ, dekat rumah tu mana lah nak cari laman buat BBQ. huhuh

Preparation for BBQ

Matahari Terbenam Infront of Marina Crescent


Esok nya, kami ke Pantai Batu 4, kalau dari Teluk Kemang straight je menghala ke Bandar Port Dickson. Pantai Batu 4 nie taraf air laut tak lah macam Pantai Pulau Intan yang cantik tu. Taraf aku boleh bagi JUST OK. Taraf dan mentaliti rakyat Malaysia dalam menjaga kebersihan pantai belum lagi menepati piawaian kebersihan aku. wakakaka. Ayat aku tak boleh belah. Tapi kalau setakat saja-saja nak mandi tu ok je. 

 Pantai Batu 4 ni ramai juga orang berkhemah di sini pada waktu malam , mungkin sebab kawasan pantai yang agak luas. Kami mandi di kawasan depan camp askar . Ada tempat mandi air bersih dan juga kawasan parking kereta. Tak adalah risau saman , kalau parking tepi-tepi jalan kan.

Mandi Laut



Dekyam Potrait (My Cousin)

Dah tahu mana nak pergi di Port Dickson? Enjoy your holiday 

3/10/12

Port Dickson, Malaysia

 Cuti-cuti Malaysia aku kali ini bersama keluarga aku ke Port Dickson. Tujuan pergi ke sini sebab nak sambut birthday adik aku -Harith. Dia ni memang suka mandi laut. Manalah nak cari laut yang terdekat dengan KL. Memandangkan akak aku boleh sewa apartment di Port Dickson. Jadi birthday Harith tahun ni disambut di Port Dickson.

"Anak terakhir memang macam tu manja." .hahaha. Ayat jealous dari kakak dan abang dia.

Kami menyewa apartment di Marina Crescent, bukan Hotel Marina ya sebabnya ramai sangat ingat kami sekeluarga menyewa di Hotel Marina. Istimewanya di Marina Crescent sesuai untuk keluarga dan mengutamakan privasi . Jadi tak ramai orang dekat sini.. Kami sekeluarga , sampai waktu petang. Jadi aktiviti kami hanya melepak di dalam apartment..Consider aktiviti juga kan? Tapi aku kena tolong adik lelaki bertuah aku buat assignment seni dia . Sampai pukul dua pagi kerja aku menampal kolaj. Rupanya masih ada lagi art side kat diri aku ni.
View from apartment

Esok pagi nya, lepas tolong mak masak untuk breakfast. Kami sekeluarga bersiap-siap untuk panjat Tanjung Tuan. Dari Marina Crescent ke Tanjung Tuan lebih kurang 5/7 km .Sebenarnya saje je nak panjat Tanjung Tuan, sebab kalau sampai Port Dickson mesti tak ada aktiviti nak buat mandi laut atau swimming pool. Kalau dah hiking masing-masing bersemangatlah sebab boleh hilangkan lemak-lemak dalam badan.

Rumah Api Tanjung Tuan

Lereng Tepi Rumah Api- Belakang tu laut
Menariknya Tanjung Tuan atau lebih dikenali dengan nama Cape Racardo merupakan Rumah Api yang telah wujud sejak 16th century dan masih lagi digunakan hingga sekarang. Kalau korang perasan, waktu nak tengok anak bulan Hari Raya Aidilfitri , Rumah Api Tanjung Tuan digunakan sebagai pusat cerapan anak bulan.

Semangat bila dah naik Tanjung Tuan

Bila dah sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan, kami ingat nak turun guna jalan lain. Satu family fikir, turun jalan sebelah Rumah Api ni akan tembus ke Jalan laluan  ke "Tapak Kaki Hang Tuah". Tapi sebenarnya track tu menghala ke Pulau Intan. *Pengajaran :Tengok peta dulu kat tepi.hehe *

Ingat track tu biasa sahaja, sekali memang mencabar tahap fit aku.Lebih kurang 2/3km jugalah jauhnya. Kena turun tangga 80 darjah. Risau juga kalau mak sakit kaki. Tapi mak kata dia ok je. OTW, kami jumpa chineese family. Mak sempat tanya one of the family "Jauh lagi ke turun ke bawah?" Aunty umur 60+ jawab, "Tak jauh, dekat sahaja." Terima kasih aunty bagi semangat dekat kami semua, walaupun sebenarnya jauh lagi. hahaha.


Track Tangga


Tapi bila sampai , semua kepenatan waktu korang turun bukit tu akan HILANG. Apabila melihat keindahan ciptaan Allah. Laut tak tercemar, sampai boleh nampak rumpai laut. Cuma nak mandi dekat sini agak bahaya sebab banyak batu. 

Believe it - Its in Port Dickson
SubahanAllah Cantik!


Birthday boy with Kak Ala- look at the water!


Birthday boy memang macam tu.



Bila dah puas ambil gambar, kenalah naik baliklah kan. Track yang digunakan untuk turun ke Pulau Intan ni, track yang sama juga digunakan untuk naik,sebab tak ada jalan lain.Harap Maklum. Kalau turun aku rasa ok lagi, tapi bila naik tercungap-cungap juga lah aku. Pancit sikit. Tapi kali anak-anak dara lead. Biasalah waktu pergi memang rasa lama, bila balik sekejap je masa di ambil. 

Mak Abah still berstamina walaupun 50tahun lebih.
Birthday Boy hilang stamina padahal umur 10tahun
Yeah.. We did it!
to be continued..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...