1/31/12

Sujud Syukur.




Alhamdulillah :) 

1/26/12

About Me


Assalamualaikum,

The Time Traveler's Girl bermula pada tahun 2008. Pada asalnya blog ini (menggunakan nama lain ) diwujudkan untuk assignment Information Literacy dan berkisar mengenai kehidupan, serta pendapat. Lama-lama aku fokuskan untuk buat mengenai Travel Trip aku ke dalam dan luar negara. Apabila aku menulis mengenai pengalaman dan perasaan aku sepanjang Travel Trip akan membuat aku rasa happy. Paling tidak, ia nya merupakan diari untuk diri aku mengenang semula apa yang aku lalui sepanjang Travel Trip.

The Time Traveler's Girl lebih berkonsepkan Travel Trip Gaya Sendiri dan bukan Backpacking Trip. 

  1. Ianya agak berbeza, sebab aku lagi prefer trip ke satu tempat berbanding bergerak ke banyak tempat. 
  2. Backpacking Trip harus membawa bag pack, tapi aku jenis malas bawa, jadi datang la idea Travel Trip. 
  3. Aku tidak suka menggunakan Travel Agency, sebab nya travel agency suka charge lebih-lebih. Jadi lebih baik kita gerak sendiri, buat tempahan ticket sendiri, semuanya sendiri hehehe. 
The Time Traveler's Girl akan memberi tips yang dapat membantu anda sepanjang bercuti, tempat menarik untuk bershopping, mengenali tempat yang wajib di kunjungi dan cara mendapatkan makanan halal.

Tapi aku juga ada selitkan cerita-cerita kehidupan seharian, aktiviti yang aku lakukan dan juga Cooking Skill iaitu resepi masakan yang pernah aku pelajari dan masak. Huhuhu..
 Motto dalam hidup aku: Travel, Learn and Understand. Jauh merantau luas pemandangan, menambah pengetahuan dan pengalaman dalam hidup

 Enjoy everyone!

My Travel Trip :

You may contact me through my e-mail : misznina17@gmail.com


Sincerely,
Nina


Note : Aku akan cuba reply, tapi sebelum tanya ..please..please..baca dulu apa yang aku tulis. Jangan jadi pemalas nak baca. Penat aku tulis panjang berjela. 

1/24/12

Penang Trip 2012 ~ My cousin's wedding

We had a short trip to Penang Island , a day before  akad nikah. Last minute plan, but enjoyable. Let the picture tell the stories. 

Sawah - Depan rumah 
Batu Feringgi  Pulau Pinang
Laut
Hard Rock Cafe
MJ 
Yeah i got a chance to meet my best friends. Dah dekat setahun tak jumpa. Memang tak jangka nak jumpa mas. Selama ni, aku just berangan nak naik bas and jumpa dia kat Penang. Kiranya dah termakbul dapat berjumpa dengan Mas 
 
Mas and Me
Me with Mas Family
Malam tu sempat lagi kami layan Nasi Dalca. hehe.Sampai ke malam kami berjalan di pulau.

Layan Nasi Dalca
 On the wedding day, dah nak balik KL baru kami sempat bergambar dengan pengantin.Tu sebab aku pakai jeans sahaja coz dah tukar baju..

Cousin' Solemnization


 Credit to Izyan and Seth for the beautiful picture :)


Photographer :Izyan
Photographer: My brother -Seth

1/18/12

Kebakaran Berhampiran KL Central

Hari ni memang sejarah la buat aku. Sebab tak pernah lagi tengok kejadian kebakaran secara live. Malam tadi lebih kurang pukul 12 lebih aku ada terbau hangit . Fikirkan bapa aku panaskan lauk sampai hangit. Tapi bila turun, clean aje dekat dapur. Jadi aku dengan akak aku tidor aje lah. Tak ambil kisah dengan bau tu.

Pukul 4 pagi , adik aku Najlaa yang tidor katil atas kejutkan aku. Kak nina bunyi apa tu, aku fikir dia nak kejutkan aku subuh. Sekali tengok jam handphone pukul 4.20 pagi. Aku suruh dia tidor balik. Ada juga dengar bunyi siren polis, aku fikir polis nak tangkap penjenayah lah. Sebab kawasan Brickfields nie memang la ada orang main real street fighter.Jadi buat tak kisah lah, continue tidor.

Sebelum azan subuh, abah kejutkan kami adik-beradik , suruh tengok kebakaran yang still under construction . Dah lah dekat dengan rumah kami lebih kurang 2km. Aku ingat sikit aje lah kebakaran tu. Sekali tengok atas langit. Terus terkeluar di mulut aku "SubahanAllah!"





Lepas azan subuh, baru api tu reda. Kalau tak sebelum ni, api semakin mara. Risau juga kalau api merebak ke kondominium sebelah.Lebih kurang pukul 7 pagi, separuh dari kawasan kebakaran dah terpadam. Tapi dari pukul 7 sampai pukul 9 masih lagi ada gegaran, sampai bergegar rumah . Kejadian di laporkan tiada mangsa terlibat.


Sekian , berita dari Nina Hamdan :)

1/16/12

Nafsu Makan Ketika Exam.

Aku dah buat post nie lama juga, waktu awal-awal exam tu. Tapi terhenti kejap sebab tak dapat nak post picture . Akhirnya, aku biarkan post nie terbengkalai. Mula-mula nak cerita pasal Tastebuds sahaja, tapi terfikir sejak exam aku banyak nak try makan sedap aje. Apa kata aku focus "Nafsu Makan ketika Exam". . hehehe.

1.MEATBALL IKEA
Punca teringin makan meatball ikea akibat stress dengan decentralized exam untuk subject CAAL. Apa lagi, terus aku ajak Ahmad, Kak nis and Dekwin. Pecut kereta pergi Ikea. Ngeh2.. Happy gila lah dapat makan Meatball Ikea, Chicken Wing, Daim Choclate Cake, sempat lagi tambah fries .hahahha

Me with Dekwin (Ahmad's Sister)

Kak nis and Ahmad 

Sampai tambah fries! 
UPDATED ON 10/3/2012- Last month aku pergi ikea nak beli meatball untuk kawan akak aku yang sakit. Fries ikea sangat menghampakan aku. Dah tak macam fries dekat atas ni, then dia guna fries yang dijual di pasar raya. Jem pun letak sikit je. Seciput. Mana nak rasa kenikmatan meat ball ikea. :(

2. TASTE BUDS
Tastebuds nie sebenarnya restaurant yang baru di buka di UIA. Dia ambil tapak, lama Bank Islam dan dijadikan cafe and restaurant . Sesiapa lalu, Tastebuds nie mesti fikir.."Foreigner je ramai dalam nie, mesti mahal macam Mamamia" betol ke ejaan kedai tu?  "Nampak exclusive sangat, takut aku nak masuk".

Tapi , aku tersempak dengan cousin aku  Yam . Entah macam mana tertimbul cerita pasal Tastebuds nie. Dia kata dia dah jadi pelanggan tetap dekat kedai tu. Aku macam.. "Errr... biar betol Yam, makan kat kedai tu??" Disebabkan influence dari cousin aku  bahawa harga untuk menu berpatutan dengan kualiti serta service yang disediakan, aku pun cuba keesokan harinya.

Memandangkan dari pagi sampai ke petang aku study pmit. Malam tu memang lapar mengganas lah kan, aku pun suggest makan dekat Tastebuds. Jom tengok menu apa yang kami order malam tu.
Chicken Chop -RM9.90 

Lamb Chop- RM12.90

Ice Blanded -Horlicks RM4.50

Nasi Goreng Ayam - RM4.50

Lemon Asam Boy- I can't remember the price

Air Bandung- I can't remember the price


Tastebuds nie berapa  kali gak aku pergi waktu exam sebab services dia yang cepat. Lepas exam mesti la lapar.. Then, banyak lak exam hari sabtu, ahad mana cafe nak buka banyak. Kalau hs cafe tu penuh, per kata try makanan di sini :)


3.PAKAPAU AWE
Pakapau pun boleh masuk list makanan terbaik. Disebabkan aku non-stop study untuk subject IT Security. Aku sampai terskip makan lunch. Bila dah petang lapar macam orang puasa la... Apa lagi, ajak Dekwin and Ahmad makan dekat Awe. Dekat je dengan UIA , depan sekolah teknik. Pakapau Awe memang terbaik la.
Muka orang kebulor yang dapat makan pakapau. Then, order air laicikang dari Aisyah. Memang terbaik harga RM2.00++ minta tanpa ice sebab kena sakit tekak sebelum ni.

Pakapau -RM 5.50

Laicikang- kenapa harga air je aku lupa?

Makanan Mampu Menghilangkan Stress Exam! :p
p/s: Sorry banyak picture! enjoyyyy

1/1/12

Mission 2012 . Not Mission Impossible!

Tahun Baru Masihi 2012. Patutnya update untuk Tahun Baru Hijrah hari tu. Tapi tidak ada kesempatan, aku update untuk Tahun Baru Masihi. Percaya atau tak. Aku tak pernah buat azam tahun baru.. Patut la mendatar je kehidupan nie.... No achievement! Hahaha.. Masuk 2012 nie kena buat azam tahun baru...Aku tengah cuba senaraikan mission 2012.

Ya. gaya hidup yang lebih sihat. Pagi-pagi jogging. Esok kena jogging der! Jangan harap nak tidor lepas subuh..Kalau tak jogging pagi, petang kena pergi squash and jogging satu Tasik Maryam tu... Makan kena jaga, ambil breakfast, ambil lunch . Makan kena cukup khasiat, protein, vitamin, carbohidrat. Minum susu. Yer.. apa lagi??

NO 2: STUDY SMART!
Lepas nie jangan gedik-gedik study last minute. Kena study selalu, kalau tak faham terus study and refer dekat lecture. Study before datang kelas.. Hurmm.. bila difikir balik, aku cuma buat mission every sem.. Hahaha. Fuh, nasib baik next sem tak ada kelas pukul 8 pagi! Tak ada la asyik kena perli dgn classmate bila hujung sem baru aku rajin nak datang kelas.. wakakakka..


NO3: TRAVEL MORE!!
Cambodia in Memories (2011)
Yeah.. travel more and more.. Plan more ... Sekarang dalam mission mengumpul duit untuk travel.. Setiap hari, kalau ada duit syiling baki daripada beli makanan WAJIB masuk dalam tabung.. Sedang cuba menahan nafsu dari bershopping, agar dapat bershopping di kemudian hari. Yeah! Harap planning travel this year termakbul.. Amin


NO4: BE A GOOD MUSLIM!!
Be a good muslim, solat mesti cukup, mengaji mesti selalu, sentiasa berzikir dan berselawat. Sentiasa dengar bacaan Al-Quraan.. Meningkatkan amalan, kena rajin buat solat sunat dan puasa sunat. Rajin bersedekah dan beri salam.. Be a good child to my parents... Rajin doakan kebaikan untuk ibu bapa.. Jangan malas call abah and mak. Eventhough, UIA dengan Bangsar tu cuma 45min naik train sahaja. Heheheh.. Be a good sister to my siblings.. Be a good friend!


Rasanya tak perlu banyak-banyak.. Harap  Mission 2012 . Not Mission Impossible! InsyaAllah.. amin.. By the way, list number not following on my priorities. Hehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...