12/28/11

Tips Mengempiskan Perut

BOOONCITTTTTT

Perut Buncit??? Semua orang tak mahu perut yang berlemak dan buncit itu.. Antara salah satu faktor perut buncit, ialah mandi lepas makan dan makan disulami dengan air. Aku rasa, makan supper pun boleh menyebabkan buncit sebab kita tidor lepas makan. So, mission sekarang adalah cuba untuk mengempiskan perut! Ramai kata aku berat tak naik, padahal masuk gombak je, berat aku naik kot...


Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam

Petua 4 DON'T SKIP BREAKFAST!!
- ini dari segi pemerhatian aku, kalau perut kita dah kenyang  pada waktu pagi. Kita boleh skip lunch dengan tea time, dan tunggu untuk dinner. Jadi kita akan ambil dinner lebih kurang pukul 7 /8 malam. Jadi kita dapat elakkan perut buncit.

Memandangkan aku nie tengah sibuk nak final exam. Perkara yang aku rasa paling praktikal dan mudah untuk student adalah Petua No 2 dengan No 4. Tadi singgah pasar malam sempat beli limau nipis.
Apa lagi jom esok kita buat Limau Nipis +Teh O NO SUGAR!

Limau Nipis 



p/s: Jom kurus !! :D Tetiba je terasa nak update pasal tips kurus-kurus nie. Hahaha

12/26/11

Good Luck For Your Final Exam!


Yeah.. it has been quiet some time i have’nt update my blog. How busy my life was for the past two weeks. It was a crazy week.. I had to finish up projects, assignments.. prepared presentations... increase marks by improving the assignments.. I cried.. I have been in stressed condition. but Alhamdullillah.. I managed to do it and rite now the only thing left i need to do for this semester ..is the FINAL EXAM. Yes, the FINAL EXAM!!

Wish me luck everyone.. I hope i can get dean list for this semester .Get a good result ... hope My lectures love my answer and give me good marks...  Amin.



p/s: I will update my activities last 2 week.  :) 

12/8/11

Receration 1 :Teratak Riverview Part 3

Sampai part 3 tu.. huhuuh

4/12/2011
Hari nie lepas solat, kami serahkan semua bahan masakan dengan peralatan memasak kat brothers. Huhuh. Suruh brothers masak. kejam?!! Tapi setakat masak sup campbell aje. hehehe. Sebab kesian tengok dia orang terkial-kial , finally kita orang bantu la sikit-sikit. hehe. Pagi tu, makan breakfast sup campbell dengan roti dan biskut, serta air teh . Hari ni aktiviti semua melibatkan air.

1st: River crossing with rope

- Air sungai sangat la deras. Maybe sekarang nie musim hujan, jadi paras air sungai naik dan deras. Nak seberang sungai pakai tali memang susah. Brothers yang ada kekuatan pun kata susah. Aku sampai separuh jalan je river crossing with rope. Then, tak berjaya melawan arus kuat. Aku patah balik. Sedih weiiiii.. Tapi sebab fikir balik lebih baik pentingkan nyawa, sebab aktiviti nie agak bahaya.

 
River Crossing with Rope



2nd: River crossing without rope
-Untuk cabaran yg kedua nie. Kawasan air paras rendah dan tak terlalu deras. Kami harus merentas sungai menggunakan sebatang kayu. Sepatutnya buat crossing individual dan crossing secara grouping. Tapi nak cepat kami cuma buat crossing individual aje.
Tips nak seberang sungai:
  1. Kawasan sungai yang tak lebar (sempit) bagi perjalanan menyeberang sungai cepat
  2. Kawasan air tak terlalu deras
  3. Kawasan air yang cetek.
  4. Kayu yang digunakan keras, dan boleh menampung badan kita. Kiranya kayu kalau boleh, mesti lebih tinggi dari ketinggian kita.
  5. Kalau secara berkumpulan, yang paling rendah dihadapan. dan paling tinggi di belakang.

 
Crossing River without Rope (Individual)
  Source

Crossing River without Rope (Grouping)

3rd: Tubing
Yang nie PALING BEST!!! Tak perlu menggunakan banyak tenaga dan biarkan je badan kita mengikut arus sungai. Heheh. Tapi bila dah sampai hujung kena paksa turun. Kita orang sampai tanya dua tiga kali. Turun ke?? Sebab nak buat lagi.

Tubing
4th: First aid 
Seperti biasa yang nie cuma belajar first aid sahaja. One of group member disuruh berlakon sakit, dan kami kena bagitahu apa kena buat bagi membantu mangsa . Huhuh. 
Biasanya kalau orang kena gigit ular apa korang buat?? Mesti sedut kan? Sebab tengok dalam tv sedut bisa tu.JANGAN YA sebab sebelum mangsa yang kena gigit mati, kita yang sedut tu mati dulu. Then, kakak jurulatih first aid kata seboleh nya jangan ikat sebab merbahayakan kawasan salur darah dan silap haribulan kena potong tangan mangsa.

 First Aid Activities

Lepas dah habis aktiviti first aid. Aktiviti kami adalah bermandi-manda di sungai. Badan kami yang dah habis basah sebab aktiviti sebelumnya... Sukalah  dapat main sungai. sebab dah lama aku tak pergi keluar jalan-jalan dan beriadah. Lepas mandi sungai, pukul 2 kami harus kemas camping site dan kemas khemah.. Mujur untuk lunch , kami tak perlu masak dan pihak Teratak Riverview sediakan lunch kami.
Dah siap untuk pulang! Yeah.. Tengah panas waktu ni


Lepas lunch, kami ada sedikit taklimat dari En.Rudhi then lebih kurang pukul 3 lebih berjalan pulang.Seperti biasa, kami kena jalan kaki sampai ke jalan besar. Mujur tak perlu bawa beg besar tu. Budak UPSI pun balik  juga waktu yang sama. Dia orang tak perlu jalan kaki, naik motor dan basikal je. Oh so jealous. Tapi sampai separuh jalan tiba-tiba hujan lebat. Mujur bawa baju hujan. Tak adalah aku basah lencun, cuma basah dekat seluar belah bawa je. huhu. Mujur kami jalan kaki sekejap je. Terkejut gak, "eh dah sampai??"
OTW, dari Tanjung Malim ke UIA hujan lebat sepanjang jalan, memang buat aku terlena la dalam bus.Kami tiba di UIA pukul 6 lebih, badan dah keletihan dan ngantuk.Tapi dapat new experience yang best .

p/s: aku suka jalan-jalan free... weeeeeeee..Nak buat aktiviti tubing lagi!!


12/7/11

Recreation 1: Teratak Riverview - Part 2

3/12/2011

Aktiviti untuk hari sabtu nie relaks je, dan tak perlukan banyak tenaga. Cuma ada sedikit mengantuk sebab tak cukup tidor .hahaha.. Pagi-pagi lepas breakfast , kami disuruh untuk pasang khemah . Group kita orang paling lambat pasang tapi, paling cepat siap.Sebab nya, sebelum pergi camping sir yang ajar kami En.Zabidi suruh semua orang cuba pasang khemah waktu dalam kelas.. hahah. Haritu, waktu try dalam kelas dah nak dekat balik, jadi macam orang nak berperang je kita orang pasang khemah.

Yeah, khemah kami siap dipasang
Dari kiri : Ain-nul, Kak Aishah, Nina (Me)


Lebih kurang pukul 12 baru selesai aktiviti menyediakan campsite .Lambat! Mana tak lambat, ada satu group sister yang duk simpan flying sheet macam hak milik sendirian berhad. Then, tersengih2 waktu serahkan flysheet dekat group yg incharge memasak. Kesian, aku tgk group tu dua tiga kali minta flysheet.
Lebih kurang pukul 1, kami selesai masak untuk tengah hari. Lauk kami, kentang goreng, sardin, papadom, ayam (beli yg drummet), sup sayur dengan telur, - kenyang lah kami untuk hari itu..
Lunch kami- My group member (yg tengah masak tu pun sekali)

Makan nasi beramai-ramai dengan group 8

Petang tu, kami cuma adakan aktiviti compas-orienteering , lukis peta dan amek arah bearing. Nasib dah belajar dalam kelas en.zabidi. Tak adalah kami terpingaa-pinga amek arah bearing. wkakaka..Aktiviti start pukul 2 lebih habis lebih kurang pukul 4.
Orienteering

                                                                           Source
 Kemudian, group 5 dan 6 di minta untuk ajar semua group cara membuat stove menggunakan beverage can. Kiranya, tak perlu cari kayu api untuk memasak. cuma cara nak buat agak susah sket.. tp membantu wkt nak memasak nanti.Mudah dan cepat..



Then, masak pula untuk dinner. Malam lauk lebih kurang sama macam tengah-hari. wahahaha. Sardin, Papadom, Kentang goreng dengan telur, telur dadar. Nasib group member aku jenis tak cerewet, makan je apa yang terhidang. Suka tengok dia orang makan dengan penuh selera.

Malam tu sebenarnya dah ngantuk lepas makan dinner, tapi kami kena ada aktiviti malam lagi. Assitant trainer, suruh kami buat performance. "Buat sketsa tentang majlis perkahwinan".Malam tu dibahagikan kepada dua kumpulan- kumpulan( 9 hingga 16) satu group dan (kumpulan1 hingga 8) dalam satu group . Bergelak ketawa lihat gelagat mereka.! Hilang la sikit ngantuk aku malam tu.

Malam tu , seperti biasa ada sentri. Entah macam mana patutnya, pukul 2 group kami berjaga. Tapi terlena dibuai mimpi coz rasa macam hujan je malam tu. Sedap kami tidor.. Mujur ada brothers yang volunteer tak tidor, join orang sentri sekali. Kesian dekat Brothers, coz dia orang tak leh nak tidor, khemah mereka sempit. Patutnya khemah boleh muat 4orang je tapi kena sumbat sampai 5 orang.


12/5/11

Recreation 1: Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak

Selama tiga hari aku menghilangkan diri dari dunia internet, dunia kesibukan dan dunia assignment. Hehehe.  Sebenarnya aku pergi camping di Teratak Riverview Tanjung Malim. Agak lama aku tak pergi camping, last skali tahun lepas mendaki Gunung Rajah. Nasib baik la tak teruk sangat camping nie, coz aktiviti tak banyak

 Kalau tak ambil skill Recreation ni tak mungkin aku nak pergi camping waktu tengah sibuk nak siapkan project dan assignment. Tetapi, memandangkan practical Recreation ni consist of 40% mark, memang wajiblah aku pergi. Nasib baik 100% ,UIA bayar untuk cost camping dan pengangkutan. Hehehe.. Tu sebab aku ambil Recreation sebab nak pergi berjalan. (ish..ish.. kalau dah nama kaki jalan..mcm nie lah.)

2/12/2011

Tepat pukul 9.30 malam kami semua berkumpul di main stairs UIA,menanti untuk briefing sebelum bertolak ke Teratak Riverview. Malam tu memang hujan lebat, agak risau juga kerana bas tidak akan masuk sampai dalam, dan kami kena berajalan selama 1jam untuk sampai ke dalam camp. Tepat pukul 12.30 malam baru bertolak dari UIA bas sampai lambat..sabar je lah.. Lebih kurang pukul 1.30 kami sampai di jalan besar Teratak Riverview.Camp ni sangat dekat dengan UPSI. Jadi waktu kami disini, ada gak budak UPSI tengah camping sekali.

Kami berjalan selama 1jam lebih  untuk sampai ke Teratak Riverview, sejuk, penat dan ngantuk. Nasib baik aku dapat group yang best,sporting, funny dan saling bekerjasama. Tak ada lah rasa penat dan mengantuk sangat waktu berjalan, sebab dengar group member asyik kacau orang , becerita sana-sini.
Brothers- Huzaifah (ketua),Syauqi-en.Ahmad, Hussin (dia nie ada kembar), Shaikh (aka mamu), Afif (selalu kena bahan dgn Hussin) .. Sisters- Ain-nul (assistan leader ),Saya, Kak Aishah, Kak Ila, Izzati.  Waktu tengah jalan kaki, tiba-tiba kita orang tersuluh tepi, nampak pula ada tanah perkuburan dekat situ. Masing-masing senyap tiba-tiba. Cuak juga. Tapi sebab jalan ramai-ramai tak terasa sangat. huhu

Sampai Teratak RiverView lebih kurang pukul 3. kami disambut dengan Welcoming Drinks. Tengok air sungai yang mengalir deras dan laju buat hati rasa happy sangat. Malam tu, kami tak tidur khemah , sebab dah tak sempat nak bina khemah, jadi kami tidur di dewan. Tidur je di atas sleeping beg, dan beg-beg kami menjadi penghadang antara brothers dan sisters. hhahaha. Tak dapat nak tidur lena sangat, bersahutan bunyi dengkuran malam tu. Waktu nak dekat subuh pukul 5pagi, sejuk mengigil sampai mencengkam tulang.

Pukul 6pagi, kami solat jemaah. Memandangkan pukul 8 pagi akan start program, jadi kami decide pagi breakfast, roti letak sardin dengan bawang. Masing-masing makan macam orang kebulur je. hahaha..



Kawasan chalet di teratak Riverview


Source:  red-dream83.blogspot.com

To be continued ...... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...