9/28/11

Wordless Wednesday


Perkara yang bakal terjadi kepada mereka yang pakai desktop. 
I feel annoyed when hear loud sounds from cooling fan!

9/26/11

Bandung 2011- Part 4 :Tragic Day


16/9/2011

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Bandung, sepatutnya aku gembira kerana nak balik Malaysia pada pukul 8 pagi. Tapi pada pukul 12.45malam waktu Indonesia ,aku terbangun sebab rasa mual dan muntah sampai 2 kali. Sebelum tidur, aku dah minta adik aku picit kepala, sebab rasa pening. Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga lagi, kali ini muntah ,sakit perut dan rasa perut bagi dicucuk-cucuk memang tragik . Sebab selama ni aku tak pernah kena sakit perut dan muntah-muntah apabila makan di luar negara. Aku ambil air panas di dapur, rupa nya pak cik zam pun tengah berjaga sebab anak dia 2 orang kena muntah-muntah dan sakit perut.

Pada asalnya, waktu pukul 11malam kakak aku dah kena sakit perut dan muntah-muntah, waktu tu aku dengan 2 orang anak pak zam (hafie dan izza sihat lagi) . Kita orang semua kata along nie sakit perut mesti sebab makan sambal yg pedas dekat kampung daun. Tapi bila aku, hafie dan izza dah kena sakit perut kami assumed bukan sebab sambal di kampung daun mesti sebab lain.

Antara makanan yang aku makan sebelum tidor

  1. Maggie sup 
  2. Strawberry setakat rasa sikit 
  3. Blueberry masam rasa sikit
  4. Bakso Malang 
Bila lihat antara 4 makanan nie, maggie sup kakak aku tak makan , jadi tinggal lagi 3 sebab . Bakso Malang aku sorang je makan, along, hafie dengan izza tak makan. Jadi kami semua kata mungkin sebab strawberry yang masih lagi ada racun penyembur. Memang sakit bila kena Food Poisoning, sebelum bertolak ke Bandara(Airport) aku muntah lagi. Then , atas flight setiap kali nak ke tandas je aku kena tahan sebab kena pakai seatbelt ada ganguan cuaca waktu tu. huhuh. 

Finally, bila singgah  R&R di MEX highway aku dah tak leh tahan sampai tak larat nak keluar dari tandas. Mujur tak ramai orang.Bila dah sampai rumah, aku qada tidur coz keletihan dan ngantuk. Hari tu aku memang tak makan apa, sampai parents beli KFC pun aku cuit sikit je. Makan cuma eppal sebijik. huhu.
Alhamdulillah , hari ahad aku dah fully recovery. Sikit-sikit aku makan. Aku anggap sakit sebagai kafarah dosa-dosa aku. InsyaAllah, dan aku tahu Allah masih sayangkan aku. Amin :)

Korang jangan la cuak pula bila baca aku kena food poisoning nie. Yang penting sebelum pergi mana-mana bawa la ubat dan berdoa agar tak ada kejadian buruk berlaku setiap kali travel. :)

Good Bye Bandung
Ni lah aku waktu dekat Bandara(Airport) tengah tahan sakit mata sampai bengkak , yang dua orang budak laki tak sakit tu Akmal(kiri -adik), Muzakir(kanan-sepupu), bawah (Izza) tengah tahan sakit, dah kurus bertambah kurus lagi izza.

p/s: Aku still lagi nak pergi Bandung. hahahah :P

Bandung 2011- Part 3

Selepas Bandung 2011- Part 2 , aku tak continue buat new post sebab sakit tekak yang agak teruk dan busy dengan program di UIA. Jadi baru sekarang aku ada masa , tp kejap lagi memang kena study coz esok ada quiz PMIT and AI. Dush!

Back to Bandung 2011- Part 3

15/9/2011

Hari ini kami 2 keluarga ke Luar Kota. Seperti yang dirancang oleh aku dan along , kami decide untuk tidak ke ke Tangkuban Perahu  kerana tahun lepas dah pergi. Jadi kali ini kami ke SariAter Hot Spring yang mengambil masa selama 1jam /1jam 30minit dari HomeStay kami.

Sepanjang Perjalanan ke SariAter
Sepanjang perjalanan ke SariAter Hot Spring kita akan dapat menikmati keindahan ladang-ladang teh , dan udara yang segar. Memang sedap mata memandang keindahan ciptaan Allah. Kami menghabiskan masa berehat dan menikmati air panas di SariAter Hot Spring. Sebenarnya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya flying fox, jungle tracking dan banyak lagi.

SariAter HotSpring
SariAter 
Kalau korang boleh nampak ada aku letak gambar nenek dengan atok tu sebenarnya mereka adik beradik. Then, yang menarik masih lagi ada life dan pergi bercuti bersama keluarga,atok dengan nenek nie buat kita orang tersenyum coz dia orang jerit-jerit sebab air panas then ada one of them sampai pitam sebab tak tahan panas. Nasib baik SariAter ada sediakan facility seperti paramedik .


Sari Ater
Lepas dah merehatkan badan , dan menyegarkan badan di SarAter Hot Spring, kami ke Kampung Daun. Favourite place tempat makan kami di Bandung Part 2  tahun lalu. Kampung Daun memang terkenal dengan tempat makan yang mempunyai tempat hiasan yang menarik dan esklusif untuk pengunjung.
Kampung Daun
-Gadis penyambut tetamu yang cantik (adik aku yg pegang camera)
Pic Bawah:
Pak supir kami
Satu famly makan penuh meja

p/s: air hot choclate :)
Kampung Daun

Balik dari Kampung Daun, singgah sebentar ke FO Grande untuk beli sedikit barang yang terlupa pesanan. Huhuhu.

9/23/11

Bandung 2011- Part 2

13/9/2011

Hari ke-2 kami di Bandung. Kami 2 keluarga, breakfast di rumah, memandangkan di Home Stay rumah tawa boleh masak ,cuma tambah sedikit RP10K untuk guna dapur, lebih kurang RM30+ /sehari.Hari ini mengikut plan , kami teroka semua Factory Outlet (FO) di Jalan Dago, Jalan Riau, dan Jalan Setiabudhi.

Factory Outlet

Tapi shopping kali nie agak sedikit berbanding last year. Then, aku macam tak ada mood nak bershopping . Aku perasan harga dah semakin naik dekat FO, dan fashion baju untuk orang lelaki banyak dah tak cantik berbanding tahun lepas aku rasa guys punya baju sangat cantik. Walaupun, harga dah naik still kalau kita compare dengan harga malaysia, harga bandung masih murah.Memandangkan kali ni pergi 14 orang, jadi tak semua factory outlet aku masuk. Hahaha. Jadi lebih releks untuk kali nie. :D

Guys yang di tinggalkan di Grande -boleh ajak berborak dengan penjual.

Pergi ke Bandung, wajib singgah ke Toko 3 beli seluar jeans.hehehe. Kali nie dekorasi dalam lagi cantik dan menarik. Yelah, masih lagi ada dekorasi untuk hari raya. hehehe

Toko Tiga

Waktu tengah hari , kami singgah makan di Restaurant yang menyediakan makanan Sunda di Jalan Sultan Tirtayasa. Aku lupa pula nama restaurant tu apa. huhuhu. Tapi yang best, mana-mana restaurant disini akan menyediakan tandas yang bersih dan surau untuk solat. 

Lepas dah kenyang makan kami ke Jalan Setiabudhi ke Rumah Mode, Jalan Setiabudhi. Rumah Mode nie memang jadi pilihan orang Malaysia ke sini. Mungkin sebab dekorasi FO yang cantik . Tapi harga baju di Rumah Mode agak mahal berbanding di FO Jalan Dago dan Jalan Riau. Tapi yang tak best, dah tak ada lagi FO Natural di Jalan Setiabudhi.  Selepas puas bershopping untuk hari ini, kami pulang ke rumah untuk berehat.

Rumah Mode

14/9/2011

Hari ke-3 kami di Bandung. Plan untuk hari ke-3 adalah bershopping di Pasar Baru. Memandangkan Pasar Baru nie tak sesuai untuk pergi ramai-ramai. Jadi yang pergi cuma 6 orang sahaja. Kanak-kanak kami tinggal dengan bapa aku, yang pergi cuma orang dewasa sahaja. Sebenarnya, hanya orang dewasa sahaja pergi sebab nak jaga safety dan keadaan di Pasar Baru yang sesak tak sesuai untuk anak kecil. 

Seperti yang aku pernah cerita dulu pada Bandung Part 3. Shopping kain di Pasar Baru memang best kalau pandai tawar harga. Selain itu, survey dulu harga baru beli, takut nanti kena tipu harga . Memandangkan tiap kali aku tengok orang selalu tanya " Tempat nak beli door gift dekat mana, kain , kad kahwin" . Aku nak bagi tips sikit :-
  1. Aku selalu beli kain baju dekat SirCinta .Kedai nie ada dua, satu kecik satu besar. Pergi dekat yang besar sikit dan minta harga murah waktu ada boss cina dia. Kalau nak beli kain yang ada corak manik ,kedai ni ada jual.Tapi kalau korang dapat harga lebih murah, beli je lah dekat kedai lain. hehehe
  2. Nak beli door gift pergi dekat lantai D2 - (level D2) dekat sini ada orang jual banyak door gift 100 pieces dan boleh dapat 1 pieces lebih kurang 30sen atau 20sen.
  3. Beli kad kahwin , pergi tandas level 3 sebelum masuk tandas ada kedai kad kahwin. Dia orang ada sediakan penghantaran kad kahwin sampai ke Malaysia. Kalau kad keras di Malaysia mahal, dekat sini boleh dapat dalam harga 60sen.
  4.  Nak beli baju muslimah ada dekat lantai 5 (level 5) kat sini banyak dan boleh minta murah.
  5. Jangan lupa bargain !!!
Banyak dah aku bagi tips ni. Selamat membeli untuk anda yang ke Pasar Baru. hehehe. Kali nie aku balik awal dari Pasar Baru, then ambil budak-budak yang kami tinggalkan di rumah untuk bawa makan tengah hari di Jalan Chihampelas atau lebih dikenali dengan ChiWalk.
Kami makan di Platinum,mungkin kedai makan ni dari luar nampak harga makanan dia mahal. Tapi, sebenarnya murah dan portion makanan agak banyak di kedai nie.

Lepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar ChiWalk dan beli sedikit makanan untuk di masak breakfast esok hari.Seperti biasa, kalau ke Indonesia . Family aku mesti beli FruitTea yang jadi kegemaran. Harga di pasar raya Yogya lagi murah berbanding Carrefour di PVJ. hehehe  sempat aku tengok price tag

ChiWalk
OTW pulang ke home stay kami singgah ke kedai Batagor Riri , di mana Pak Supir kami kata sedap. Memang sedap dan boleh tahan juga rasa nya. Batagor bermaksud - Bakso + Tauhu = Digoreng bersama, cuma kuah dia agak pedas sedikit. Dua hari bershopping badan aku semakin exhausted . huhuh. Esok adalah hari untuk menyegarkan tubuh badan di Luar Kota.

Bandung 2011-Part 1

Bandung 2011-part 1. Sebenarnye, aku pernah dah pergi ke Bandung pada tahun lepas, waktu bulan 4. Jadi ni , second time aku ke Bandung. Hehehe.Percutian ke Bandung kali ini disertai oleh 2 keluarga besar - Keluarga aku (complete, biasanya jalan mesti ada kurang 2 orang), dan keluara Pak Zam (adik bapa aku). Kiranya , trip kali ini agak ramai 14 orang! wooo.
Percutian selama 5 hari dari 12/9/2011 -16/9/2011

Cost sepanjang berada di sana:
  1. Ticket flight: 6 orang = RM360 /pergi balik .Akak aku beli waktu zero fairs . BTW, sekarang tengah zero fairs , jadi belilah ticket pergi melancong .
  2. Air port tax: RP75 000/person . Bayar waktu balik
  3. Home stay Rumah Tawa: Memandangkan ahli keluarga agak ramai, jadi kami pilih home stay untuk tinggal. Sebenarnya, home stay nie baru lagi, jadi condition dia biasa-biasa sahaja. Namun, harga dia kira berpatutan kerana nak tinggal ramai.Berbanding kami ambil bilik hotel.
  4. Transportation : Memandangkan kami ada dua keluarga, jadi naik coaster (mini van) untuk pergi ke mana-mana.Seperti biasa, harga yang dibayar cuma kereta , minyak dan parking akan di bayar oleh driver. Pak Supir kami kali nie nama dia Pak U'us tapi kerja sekali dengan Miftah supir kami tahun lepas. Pak U'us nie rekod dia bersih - solat cukup, TAK MEROKOK! , yang penting dia baik. 
12/9/2011

Sepatutnya hari ini aku ada dekat dalam kelas dan start new sem. Waktu semua orang tengah kecoh-kecoh pasal add and drop session. Aku tengah sibuk check-in beg. Waktu semua orang tengah sibuk nak add subject SQA dan tanya aku nak add ke tak, aku tengah sibuk ada dekat boarding hall. Hehehe. Maaf ye, aku memang tak suka kecoh bagitahu nak pergi mana, lepas pergi baru boleh kecoh-kecoh. :P

2 Big Family

Flight sampai ke Bandung pukul 3.30 pm waktu Indonesia. Lepas kami sampai, terus pergi ke homestay dan letak-letak beg. Kemudian, kami makan ke Restaurant Sangkuriang. Restaurant Sangkuriang menyediakan makanan Sunda dan restaurant dia luar nampak macam biasa, tapi dalam macam kondo (mewah). Dekorasi ala Sunda dan kolam ikan di restaurant nie memang cantik. Tapi biasa la, mana kedai yang ada orang Malaysia masuk mesti kat depan penuh dengan orang jual barang (seperti biasa aku buat muka selamba , kalau tak nak beli.)

Restaurant Sangkuriang


Aunty Gee(kiri ) dan Mama (kanan) di Restauratn Sangkuriang


Selepas ke Restaurant Sangkuriang kami ke Paris Van Java (PVJ), untuk beli sikit barang di Carrefour PVJ. Tapi carrefour PVJ sebenarnya harga dia agak mahal sedikit berbanding pasaraya dia yang lain.Mungkin PVJ nie agak esklusif . Seperti biasa kalau ke PVJ mesti beli ice-cream JCo. Kalau dekat Malaysia nak beli rasa terlampau mahal, tapi kat sini gagah aje aku beli . Hahahah. Gambar tak ambil pula, boleh refer Bandung Part 1 .

Sekarang tengah musim bakar jerami, sampai dekat tengah PVJ pun letak jerami betul
Selepas ke PVJ, kami pulang ke homestay dan merehatkan diri untuk  shopping di Factory Outlet esok. 

p/s:Inilah sebab aku hilang seminggu. huhuhu

9/19/11

Menghilang?

Banyak cerita yang ingin ku tulis.Kenapakah diri ini menghilang, sampai tak tinggalkan jejak. Huhuhu.
List up coming post.
  1. Peristiwa sepanjang aku menghilangkan diri selama seminggu,  dari kembali ke universiti (Ayat macam menakutkan je)
  2. Kejadian yang aku anggap sebagai kafarah kepada dosa-dasa aku. 
Guess tempat nie dekat mana. Kalau bijak korang memang hebat!



9/6/11

Arabian Night 2.0

Sejak tahun 2007 kalau beraya di Rawang, Selangor. Keluarga Haji Daud akan mengadakan tema untuk malam raya. Jadi lepas isyak , kami bersiap-siap untuk bergambar. Idea asal waktu tahun 2007 saya dan cousin berpakat nak pakai jubah yang di belikan oleh wan (nenek) pada malam raya. Tapi, pak cik dan mak cik pun nak join sekali , maka semua orang pakai baju jubah pada malam raya 2007.


Sekitar malam raya 2007 , banyak lagi picture

 Pada tahun 2009 pula, kami buat theme Batik Night , jadi malam tu semua pakai baju batik. Ada yang pakai baju batik sekolah asrama, baju batik taaruf week. Macam-macam baju batik ada.
Cucu-cucu lelaki bersama Wan tercinta (yang duduk depan semua tak ikut tema)


Cucu-cucu perempuan

Terselit seorang anak teruna di belakang


Tahun ni pula kami tak ada idea nak pakai baju apa, jadi kami cadang Arabian Night 2.0, cuma yang bezanya kali ni kena ada gaya-gaya mengancam dan tiru gaya pak arab.Ada yang macam firaun, gaya pejuang , macam-macam gaya ada. Memang seronok kerana setiap kali beraya di Rawang kami nantikan pada malam raya untuk bergambar. :)


Kami memang begini

We are cousins (Najlaa, Maryam, Nurul)

Menantu dan Anak 

Anak dara En.Hamdan (aku saje nak tunjuk bling-bling)


p/s: Memang banyak gambar, ni pun sikit je aku upload .Hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...