8/28/11

Merdeka Raya

Bermula hari esok aku dah start busy balik Rawang untuk preparation raya. Then, hari raya pertama waktu petang aku dah balik Johor. Jadi sebelum balik ke kampung dan tak dapat online disana. Aku nak ucapkan dekat semua orang:-

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
  1. Maaf kalau ada termakan atau terminum, mohon halalkan.
  2. Ayat-ayat dalam blog selalu menyakitkan hati dan straight to the ampang point.
  3. Kalau ada termengumpat, terkutuk.
  4. Kalau ada menyebabkan anda cemburu atau marah.
  5. Menyebabkan korang rasa tidak selesa untuk berkawan dengan aku.
Harap maaf . Kerana saya hanyalah insan biasa dan sering melakukan kesilapan. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri saya ini sendiri. InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki diri ini. :)


Before balik kampung layan dulu video from Matluthfi90 ni 



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54
Calling for true freedom to all Malaysian :)

p/s: pakcik aku yg duk Perth kenal Matluthfi rupa nye. hehehe :p

8/25/11

Tersentuh Hati

I was looking for advertisement clips that give inspiration to me. It might be simple but touch my heart.



By the way the Indian girls say "I'm sorry  for being a snob. Let me buy you a teh tarik" . That place is near to my house in Bangsar, Little India.


So guys? What's your favorite hari raya advertisement that will touch your heart?


p/s: I am sorry :)

8/23/11

Cornflakes Honey My Mum Recipe

My mum bukanlah orang yang suka buat kuih. Maybe sebab mak kerja tak sempat nak buat kuih macam-macam like others mother. Tapi setiap tahun sudah menjadi kewajipan mak buat kuih cornflakes honey because cornflakes honey mak paling sedap di bumi ini. Perfecto! hyperbola pula aku 
Cornflakes honey kalau buat awal, mesti habis cepat lari macam pisang goreng.Meh aku bagi Cornflakes Honey My Mum Recipe


Ingredients
Cornflakes (2 Kotak)
Butter (1 1/2buttercup size sederhana)
Sugar 150gm (1 cawan besar)
Honey( kalau boleh kasi honey banyak sikit ) kalau guna madu tualang pun boleh


Preparations
  1. In a saucepan, melt butter, sugar and honey until thicken or until it mix together. Jangan biar terlalu lama takut nanti jadi caramel pula .hehehe
  2. Stir in cornflakes and mix well. Kalau macam terlalu basah tambah cornflakes.
  3. Arranged mixture into small paper cups and place on baking trays.
  4. Bake in preheated oven at 160 degree for 10-15minutes or until golden brown. If my mum , dia tengok macam dah berbuih sikit.
  5. Remove form oven and let stand for 20 minutes.
Cornflakes honey rahsia dia mesti kena banyak Honey baru mixture dia boleh melekat and bila dah sejuk dia akan mengeras. Easy rite. Tak perlu tepung atau apa-apa. Then, kuih nie cornfirm laris sebelum raya. Jadi buat lambat-lambat sikit. heheheh



Teringat pula waktu dekat Australia dulu. Kami bawa sikit je cornflakes honey nie coz pakcu memang minat kuih ni. Bila dah tiba sana kawan pakcu dok bantai makan kuih nie macam kenduri. Jadi tak nak buat dia orang kempunan, mak aku buat lagi sekali cornflakes honey. Tapi tak best sikit sebab paper cup yang paling kecik tak ada kat sana, yang ada cup cakes sahaja. Jadi kena pakai jelah cup cakes yang besar. Then, honey dah habis, kami pakai susu pekat manis, lawak nye susu pekat manis dia ada punya packaging macam colgate.  Hahahha .Kalau tak ada gula and honey boleh juga ganti dengan susu pekat manis. .


Aku gelak-gelak waktu tengok condensed milk nie. hahahah. More stories berhari raya di Australia anda boleh baca di sini..

p/s:selamat mencuba!

8/22/11

Berbuka Puasa Bersama Miss Azimah

Sebenarnye last week saya , Awyn, Hafiz, Zaid (senior ) & Hussaini (junior) berbuka puasa bersama lecture (Miss Azimah) programming kesayangan  di Rasamas ,MidValley.. Hehehe. 5 min aje dari rumah ke mid valley, nasib baik tak jammed cepat aje la aku sampai.

Miss Azimah, adalah lecture yang ajar kami di CFS IIUM. 


Saya (makin tembam pipi) , Miss Azimah, and Awyn.




 Bila jumpa miss macam-macam cerita keluar, hehehe. Selain tu, dapat juga lah dengar macam-macam cerita dari senior mengenai practical training, share stories pasal subject computer science dan macam-macam lagi.. Opss tak ramai join coz semua tengah cuti dan  balik kampung. Jadi budak lembah klang jelah join, yang lain kerja dan ada hal. Apa-apa pun miss terima kasih ajar kami semua programming ,dan sudi berbuka puasa  bersama kami.

More stories dari miss azimah blog.

p/s: miss nanti kita makan lagi ya :) Sorry lambat update :P

Saya Budak KL.

Tujuan aku kali ni dah bagitahu dekat orang luar masih ramai yang tidak tahu, perangai budak KL yang sebenar. Setengah orang fikir , budak KL (macam gambar bawah ni) . Tapi ramai tak tahu true fact mengenai budak KL.

CLUBBING
Tak semua budak KL pergi clubbing. Aku teringat akak aku cerita, waktu mula-mula masuk matrik UIA dulu. Roommate dia siap-sedia memikir alasan-alasan yang perlu diberikan, kalau akak aku ajak pergi clubbing. After 1 or 2 month, room mate akak aku semua pelik kenapa akak aku sekali pun tak pernah ajak pergi clubbing ?Elok je solat and mengaji . Dia orang tertunggu-tunggu tu.. Dah lama tu, room mate akak aku cakap dekat akak aku

Room mate :"Ida, kita orang fikir kalau budak KL mesti pergi clubbing, tapi ko lain la".
Akak aku terus gelak besar: "Mana korang dapat idea macam tu?"
 Room mate :"Dekat TV selalu tunjuk budak KL pergi clubbing, ada masalah sosial teruk".
 Akak aku terus jawab sambil gelak: "Yang korang percaya TV kenapa, TV kan suka buat cerita.hahaha ".

Yeah,kami budak KL walaupun duduk di tengah bandar KL dekat dengan club-club malam, disko atau pub tapi kami masih tahu hukum agama bahawa pergi Clubbing adalah berdosa dan mendekatkan diri kepada maksiat adalah berdosa. 
PAKAIAN 

Dah kalau mereka fikir kami pergi clubbing, pakaian mesti SO-SIAL tak ada lah yang menutup aurat. Mesti terdedah sana-sini , tak pun kalau kami mesti jenis yang ikut fashion terkini. Ni true story yang terjadi dekat aku, waktu 1st week dekat CFS (matrik juga.hahaha)

Nina : Aku nak balik rumah la, maybe kejap lagi minta bapa aku ambil.
Kawan: Ko orang mana nina?
Nina: Aku budak KL la. 
Kawan: Cara dan pakaian ko tak menampakkan budak KL.

Mungkin waktu tu aku pakai simple je baju kurung dan tudung, atau dia lihat aku jari tak ber-nail polish 
warna -warni. hehehe. Mungkin selama ni persepsi budak luar mengenai kami macam tu kot. Ada gak kalau sesetengah fikir , budak KL mesti beli baju mahal-mahal. Hahahah. Nak tergelak aku dengar statement macam tu. Aku beli juga la baju RM10 buat pakai tidor. huhuhu.

TUDUNG

Kalau budak KL je mesti tak pakai tudung, mesti WAJIB mereka fikir kami nie free-hair. Tak tahu lah nie mana idea dapat. Yeah, aku tahu ramai yang tak tahu kewajipan memakai tudung. Tapi aku pelik, waktu aku balik kampung . Aik.sapa yang budak KL nie? hahaha. siap dye rambut lagi tu.  Makin aku pelik. 

Aku teringat kisah yang adik aku cerita mengenai rakan dia yang belajar di satu negeri.Waktu 1st day dia dalam kelas, dia terkejut. Apabila satu statement diberikan oleh rakan sekelas.

"Awak budak KL kan? Kenapa pakai tudung?!!" 
 Dia tercengang!

Sampai lecture di situ pun kata, "Saya fikir budak KL tak pakai tudung." Lagi la dia terkejut , apa teruk sangat ke taraf aku kalau berasal dari negeri yang berangka 14 di ic. 


SAYA BUDAK KL.
Aku tahu kalau bagi statement macam ni pun, tak ramai akan percaya budak KL ada yang baik dan tahu hukum agama. Tapi kami budak KL ramai yang pergi sekolah agama, waktu sekolah rendah kalau pagi pergi sekolah kebangsaan petang pergi sekolah agama. Kami masih lagi mendapat pendidikan agama. Kami tahu hukum-hakam.

Kadangkala , ramai yang salah anggap dengan budak KL. Mereka menyangka budak KL buat macam nie, so kita follow. Tapi pada hakikat nya kami tak buat pun perkara-perkara seperti yang orang luar gambarkan.Saya tahu kadang-kala ideologi yang budak KL nie jahat datang dari media juga. Mana tak nye, TV suka tunjuk macam-macam cerita. Kadangkala anggapan mereka yang salah ni buat kami budak KL rasa nak tergelak. 

"Aku yang duduk KL pun tak buat perangai teruk macam ni. Culture shock ke mereka nie?"

Aku tak boleh nafikan juga , KL memang tempat sosial. Tapi itu terpulang pada hati dan diri.

" Tepuk dada tanya iman sama ada kita nak ikut orang atau punyai pendirian sendiri."


8/19/11

11 Amalan di Bulan Ramadhan

Tinggal lagi 10 hari Ramadhan bakal meninggalkan kita pergi. Aku pun tidak tahu adakah sudah cukup amalan aku pada Ramadhan kali ini. Adakah Ramadhan yang akan datang akan aku temui? Adakah aku berjaya mengecapi lailataul qadar? Hanya Allah sahaja yang tahu, yang penting saki baki 10 malam terakhir ini akan aku guna sebaiknya agar Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan sebelum ini.

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Japanese Drama -JIN


JIN - bukan aku nak cerita mengenai jin. Tapi nak cerita Japan Drama yang aku baru habis tengok, dari season 1 to season 2 habis tengok. Marathon! Hehehe. Tak ada la marathon sebenar nye, coz aku dah start tengok sebelum puasa lagi. Tapi yang menarik cerita ni tak  menghampakan aku coz semangat kedoktoran yang ada dalam diri Minakata Jin. Rasanya, kalau dulu aku dapat tengok cerita Jin ni awal2 mesti aku lagi semangat belajar biologi. ahaha.

Minakata Jin merupakan seorang doktor pakar kepala telah melalui "time slip" dan kembali kepada zaman Edo, iaitu zaman sebelum zaman Meiji. Kalau belajar sejarah , zaman Meiji ni Jepun bersemangat nak menjajah luar negara. 

Tapi sebenarnye,aku lebih tertarik dengan kehadiran rakan yang dikenali oleh Minakata Jin iaitu Sakamoto Ryoma. Entah kenapa, aku ni cepat tertarik dengan cerita sejarah. Rupanya, Sakamoto Ryoma merupakan samurai yang mengubah zaman Edo. Beliau telah melakukan perubahan dengan "8 Point Plan for Imperial Restoration and Governance". Ini semua google and info dapat dari SamuraiWiki. Tetiba datang semangat samurai dalam diri. Hahahha


Sakamoto Ryoma yang sebenar.


Minakata Jin dengan Sakamoto Ryoma dalam JIN. Hhehehe by the way ni fake je.

Satu yang aku perasan dalam cerita jepun. Walaupun JIN hanyalah drama, bukan filem. Tapi mereka berjaya menghasilkan sebuah drama yang berkualiti dan berjaya membawa penonton kembali kepada zaman Edo dari segi senematografi, baju dan cara penceritaan. JIN memang buat aku rasa nak jadi doktor bedah. Dah Terlambat Hahaha. Apa-apa pun aku bagi 5 star untuk cerita ni! 

"The story follows a brain surgeon named, Minakata Jin, who has spent the last two years in anguish, as his fiancee lies in a vegetative state after an operation he performed. One day, he faints at the hospital and awakens to find himself transported back in time to the Edo period. He is soon attacked by a samurai, but he escapes with the help of a man named Kyotaro. Kyotaro suffers a serious injury to the head while trying to protect him, but Jin manages to save his life despite a lack of proper medical equipment. Because of that, Kyotaro's sister Saki begins taking an interest in Jin and becomes his assistant. Meanwhile, Jin is determined to find a way back to the present. --Tokyograph"

p/s: Nasib cerita jepun punya drama ada 9-10episode je. Jepun mana dah masuk nie? hahahah

8/17/11

Cinderella dan Dua Orang Kakak Tiri Part 2


Ini lah yang terjadi apabila kakak tiri kandung Najlaa menukarkan Birthday Cake kepada result PMR. 
Kalau cake aku tukar kepada result universiti boleh stress ooooo...
Red valvet yang sangat sedap dan halal ini along tempah di :-
Rupa nya ambition bakers ni budak uia . Kira kita tolong memajukan perniagaan budak uia la nie. heheheh 

8/15/11

Halal Recipe Okonomiyaki



Pelik aku,tetiba je akak aku nak buat masakan jepun. Maybe, sebab dia sakit gastrik tu terasa nak makan makanan Jepun. Terus akak aku suruh search resepi OKONOMIYAKI. Aku punya lah pelik. Apa ke benda nyer tu? Rupanya okonomiyaki nie macam omelet style jepun. Nak cari halal recipe , aku terjumpa dekat My Resipi.


Ingredients

  • 100g tepung okonomiyaki/ tepung biasa
  • 1 biji telur
  • 150g kubis-potong halus
  • 150g bawang besar,udang kering, sosej
  • sos okonomiyaki
  • mayonis
  • sedikit minyak
  • 100cc air

Cara-cara
  1. Potong halus kubis dan mayang bawang besar
  2. Bancuhkan tepung. Masukkan telur, tepung dan air. Kacau biar sebati
  3. Masukkan kubis dan semua bahan-bahan lain. Kacau sebati
  4. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali. Masukkan 1/2 atau 1/3 adunan tadi. Ulang sampai habis.
  5. Bila nak makan, letak sos okonomiyaki dan mayonis
  6. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Tapi waktu kita orang masak tadi, tak ada lah letak sos okonomiyaki ni sebab takut tak halal dan dah tak sempat nak cari sos tu. Jadi pakai je mayonis. Rasa boleh tahan dan sedap di makan! Yummy...


Inilah rupa Okonomiyaki 

p/s:En.Ahmad siap tapau bawa balik :)

8/14/11

Cinderella dan Dua Orang Kakak Tiri


Cinderella mempunyai dua orang kakak tiri kandung . Mereka tinggal di sebuah quarters kerajaan di Little Cottage India. Satu Malaysia sungguh rumah baru mereka ini.  Hari-hari cinderella di paksa oleh kakak tiri nya baca buku untuk PMR,kena paksa hafal sejarah dan geografi, dengar lecture yang panjang.



 Walaupun dua orang kakaknya selalu paksa Cinderella melakukan kerja. Tetapi Cinderella tidak melawan, kerana sejak dari kecil dia tidak tahu cara nak melawan dua orang kakak tiri nya yang kejam baik. Tetapi dia tahu, dua orang kakaknya tetap sayang kepada dia . Sentiasa membeli ole-ole setiap kali 
mereka pergi berjalan-jalan.Rajin bawa diri nya pergi berjalan ke mana-mana.


Hari ini genap umur Cinderella 15 tahun. Dua orang kakak dan seluruh ahli keluarga berharap agar dirinya sentiasa sihat dan mendapat keputusan peperiksaan yang membanggakan.
"Selamat Hari Jadi Najlaa Semoga Umur Panjang dan Murah Rezeki dan Cemerlang Dunia dan Akhirat."

  

p/s: Bila tarikh Jepun datang ke Malaysia? Kalau ko tak belajar rajin-rajin masuk sekolah vivekenanda je :P

Putus Saf Solat?

Malam semalam aku balik kejap berbuka puasa di Rawang (kampung belah mak aku) . Sekejap je dari Bangsar ke Rawang dalam 30min. Jadi aku tunaikan solat terawikh di masjid kampung aku. Tapi ada perkara yang tak menyenangkan hati aku. Lepas solat isyak, tetiba sahaja ada mak cik entah dari mana tegur adik sepupu aku  (darjah 5) ke belakang coz dia kata PUTUS SAF?. Mungkin faktor badan adik sepupu aku tu kecil, mak cik nie ingat dia kanak-kanak tadika yang tak reti solat gamak nyer. Mak aku terus cakap, tak pe "Aishah duduk je solat sini". Dari 1st ramadhan lagi tak ada sapa kecoh adik sepupu aku solat disitu, hari semalam tiba-tiba ada pula nak tegur dengan faktor alasan budak belum akil baligh mengakibatkan Putus saf solat. Henti-hentikan lah menyebarkan fahaman yang salah ini kerana :

Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi 
baginda. Kata Ibn ‘Abbas: 


فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ"..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas:

فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا
“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.
Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!


Source :DrMAZA.com


p/s: Dulu kecik-kecik pernah gak kena tegur, tapi arwah mak cik aku kata biar je, bukan nyer kamu tak solat. Kamu reti solat . 

8/11/11

My Dream~

Everyone know that my dream is to travel around the world. Right now, i only travel 2% of the countries in the world. Another 98% to go! Want to see my travel maps? Click here


I can't wait for next,next and next trip. Opss~ where? hehehe.

Jangan Selalu Tidur Lambat


Cuti- cuti nie aku tahu semua orang mesti tidor lambat. Then , bangun lambat. Aku pun sama. hahahaa.  So, tengah malam nie aku cari la, kesan-kesan kalau selalu tidor lambat. Memang banyak kesan nyer. Aku perasan , cara yang terbaik untuk mengelak tidor lambat dan bangun lewat nie satu je DISIPLIN. Memang kena berdisiplin, kena set in mind bangun awal. 
Teruk dah nie~

JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!

Me: Nak tidor lah nie.Tapi jangan terlebih tidor, pun x elok. hehehhe

8/8/11

Bread Pudding Recipe and Bread Pudding Sauce

Dua hari yang lepas punyalah aku semangat tengok orang lain masak puding roti. Aku pun nak try juga. Hahaha. Biasa nya, mak aku je yang masak puding roti, tapi nak cuba pula resepi puding roti di bakar. Aku ambil dari blog nie  Resepi Puding Roti dia agak simple tapi aku ada ubah2 sikit2 resepi coz nak masak untuk orang ramai. 


Bread pudding recipe!
Ingredients
2 cups whole milk (or 2 cups half & half)
1/4 cup butter
2/3 cup sugar (light or dark, depending on taste preference)
3 eggs

1 teaspoon vanilla extract
8 pieces of bread or more (depends on the size of your casserole)
1/2 cup raisins (optional)


Directions 
  1.  In medium saucepan, over medium heat, heat milk (or half & half) just until film forms over top. Combine butter and milk, stirring until butter is melted. Cool to lukewarm.
  2. Place bread in a lightly greased 1 1/2 quart casserole.
  3. Combine sugar, eggs,and vanilla. Beat with an electric mixer at medium speed for 1 minute. Slowly add milk mixture.
  4. Sprinkle with raisins if desired. Pour batter on top of bread.
  5. Bake at 350 degrees F for 20-30 minutes or until set. Serve warm
Tetiba je abang aku cadang nak buat bread pudding sauce untuk dimakan sekali dengan bread pudding. 
Ingredients lebih kurang sama,boleh pakai lebihan buat bread pudding tadi. heheh.

Bread Pudding Sauce
Ingredients:

1 cup whole milk
2 Tablespoons butter
1/3 cup granulated white sugar (light brown sugar can be substituted)
1 teaspoon vanilla
1 Tablespoon flour
Directions:
Mix everything together and bring to a boil for 3 - 4 minutes, stirring constantly. Set aside for 5 minutes, then pour on warm bread pudding.
p/s:Gambar akan diupload nanti.hehehe :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...