7/30/11

Malaysian Army Ration Food Pack

Mesti semua orang pelik apa nina buat dengan Ration Pack food army nie. hehehe. Sebenarnye, one of my friend (Mira) yang study di UPNM aka ATMA , ada banyak ration pack nie . So, yesterday dia nak bagi laptop to En.Ahmad and past to us her ration food.


 Nina and Mira (Yes, she is an army)

Mula-mula sampai 4 pack je En.Ahmad bagi aku, pelik gak coz Mira kata dia bagi banyak. Then, En.Ahmad kata beg laptop Mira berat. Sekali buka beg laptop tu, ada dekat 20 pack ration food. Hahahha.
Mira bagi ayam masak merah, bubur kacang hijau, ikan sepat dhal (pelik menu nie), daging kurma. Macam-macam juga menu yang diberi dan boleh tahan selama 1-2 tahun. hehehe.

Mira sempat pesan lagi, kalau tak tahu nak masak pakai ration food tanya En.Ahmad . Cara dia senang je tambah sikit air dan panaskan makanan tersebut sekejap sahaja. Selain tu, ration food boleh gak makan begitu sahaja. Cuma ingat pesanan dekat pack "Jangan Buka Sebelum Makan".Then, kalau dapat biskut dia rasa sedap sampai boleh buat macam cake. Huh? sedap sangat ke?

All food ration pack 
Kalau tengok betul-betul food menu dia : Bubur Kacang Hijau
 Blue pack( tak tahu garam/gula), pineapple jam, tea pack.

At first, aku agak ragu-ragu dengan rasa ration food nie. Tapi setelah diyakinkan bahawa benda nie sedap. Mesti la sedap kan? Hahaha. Tetiba teringat dulu cerekarama Hari Raya, yg Shiela Rusli berlakon jadi askar then kena masak untuk mak mertua dia. Dia masak pakai semua packet2 ration food yang ada waktu masak, lawak je cerita tu. hehehe.


"The Royal Malaysian Army (Tentera Diraja Malaysia - TDM) issues a substantial 24-hour ration pack to its soldiers. Each pack consists of a large plastic bag with several silver or green plastic-foil retort pouches inside. Most items in the ration are locally procured and are designed to cater to local tastes. Comes in 4 menus (A - D) and conforms to Muslim Halal dietary guidelines.
Source :Forum "

p/s:banyak betul menu askar dalam hutan ni.

7/29/11

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramdhan.

Ramadhan datang lagi membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada semuat umat islam di muka bumi ini.
Untuk diri ini, agar dapat mengUPGRADEkan semua system-system ketahanan diri dalam badan, agar dapat menDELETEkan semua VIRUS, dan mengUPDATEkan ANTI-VIRUS agar dapat menahan diri daripada nafsu-nafsu syaitan.AMIN.



Bahasa computer aku pakai. hehehe. Tak sabar nak sambut Ramadhan. :)

7/27/11

Wordless Wednesday


Click for large image.
Hahaha. i laugh at this picture, maybe some of the reader might be not understand. As for my friends that learn bout computer, I'm sure you will be like this websites.
http://xkcd.com/806/

7/26/11

Macaroni Cream Cheese Sauce

Student get busy with their life and don't have time to cook. So they need a fast way too cook with simple ingredients to make a delicious dish like macaroni cheese. So , yesterday i and kak anis decide to cook macaroni cheese.

Here comes the ingredients:
1.Chicken- make it dices.
2.Cooking Oil.
3.Salt
3.Little bit of black paper.
4.Water
5.Cream Cheese /white cream. But we preferred more on cream cheese. So cheezyyyyy

Note: You can add some of the vegetables too. Huhuhu.

Directions
1. Bring a large pot of lightly salted water to a boil. Add macaroni and cook for 8 to 10 minutes or until drain. For me , i don't put salted but only some cooking oil and macaroni.
2. Heat the pan for a while , then cooked the chicken until half cooked.
3.Then put all the cream cheese into the pan before. If you want lots of cheese sauce add more cream cheese.
4. Add some salt and black paper.
5.Add some water.
6. Wait for a while until you can smell the cheezzyyy cream.

Then done! Easy rite.. hehehe.
*Oppss.. I don't have any picture because i and kak anis was too hungry until i forget to snap our macaroni cheese. Heheheh.*
Rupa dia lebih kurang macam nie la. :)


Source:Google

Seronok kalau masak hari-hari. hehe

7/25/11

Twitter Trending- #blamethemuslim

Astaughfirullahalazim. the top trending currently in twitter.com is #blamethemuslim. Its totally racist and try to make Islam looks as terrorist as for me. It wasn't funny at all. Please! Stop the trading and the twitter.com should stop it NOW!

7/23/11

Squash




I never play squash. So yesterday is my FIRST training for squash :)
Well i am totally excited because i never get serious to any sport game. Hope i can focused to it, because i tend to loss focused when i found others stuff much more interesting. hahahah.
Would like to say domo arigato to my trainer because being patient when teach me. heheheh.

What did you feel on your first training?

Super excited.
Hot- panas dalam squash court le.
Sakit dekat bahu. hahaha.
Try hard to focused on the ball.
Nicol David hebat!

*Majulah sukan untuk negara* hahah

p/s: aku baru perasan lately nie aku suka letak quote. huhuh

7/21/11

3P- Program Pentauliahan Professional


Tebal nyer. Nasib baik free.

Hei, where have you been? i am not seeing you for two days. hehehe. Aku agak busy untuk dua minggu nie coz attend program 3p - Program Pentauliahan Professional. Ramai budak ICT ambil course ASP.NET, tapi dah penuh jadi aku ambil je course Network + . Setakat nie, clas network+ memang mengingaktkan aku kembali kepada subject Networking - Dr.Teddy. heheheh.
Sementara masih belajar dan ada peluang untuk menmbahkan ilmu dan certificate aku join program nie.Sekurang-kurang nya cuti aku terisi dengan ilmu .Waaa~ ayat macam budak nerd je. hahahah

Course-course yang di tawarkan pihak 3p nie agak mahal kalau kita ambil dekat luar. Jadi kalau ambil dekat uia nie free, cuma tak best 3p nie tak provided food. Compared to "toon boom animation program" ada provide food. Cettt~ makanan je aku fikir. hehehe.

Dua hari kami didedahkan dengan soft skill . Cara-cara nak menghadapi interview, tips-tips yang berguna untuk dapatkan interview. How to improve our communication skills. Selain itu, kami buat personaliti test dan belajar cara untuk membaca mata seseorang. hehehe. Untuk personaliti skill aku under categories dominannce. Secara ringkas seseorang yang dominance:-

This person's tendencies incluude
  1. Getting immediate result
  2. Causing action
  3. Accepting challenge
  4. Taking authority
  5. Solving problems
hehehe. pasangan orang dominance mesti orang yang steadiness. Susah pula nak terangkan panjang-panjang.Korang kena attained sendiri personality test.


Untuk ubat nie pula. Dua hari aku kena selesema and batuk, sekarang pun ada juga. Nasib baik ubat tak payah bayar, sebab tiap-tiap sem dah bayar medical fees. Hehehe. Tu sebab nyer tiap sem aku akan pergi jumpa doctor. Cettt~~

Apa-apa pun aku paling suka ayat dekat packet ubat.

"WHEN I'M ILL, IT IS HE WHO CURES ME "

Membuatkan aku teringat bahawa, hanya Allah dapat menyembuhkan penyakit aku, dan setiap penyakit yang aku hadapi untuk membuang semua dosa-dosa kecil ku. Amin :)

7/17/11

Cousins~

"A cousin is a ready-made friend for life"

Ramai bila lihat aku adik beradik kata muka tak sama. Tapi bila lihat sepupu mesti kata kami adik beradik. Ramai yang dah terkeliru. Hehehhe. Aku, maryam and nurul paling ramai yang confused.

Situasi 1

Waktu tu aku dengan makngah (ibu maryam ) ada dalam dapur. Aku membelakangkan mak ngah menghadap sinki tengah basuh pinggan. Mak ngah pula tengah masak.

Mak Ngah: Yam tolong ambilkan ibu garam.

Sambil arah pandang sinki, mak ngah panggil lagi tapi tiada orang menyahut. Aku pun tak menyahut la sebab mak ngah tengah panggil anak dia bukan aku. huhu. Sekali mak ngah datang dekat ke sinki.

Mak Ngah: La.. Nina ke dekat sinki ingat kan Yam tadi, patut la tak menyahut dari tadi.

*Keliru dari belakang*
Nurul, Maryam and Me( Dari belakang ramai yang confused)
Situasi 2

Ketika itu kahwin cousin aku -Furqan. Waktu tu entah tiba-tiba datang sorang perempuan datang arah aku.

Kawan Furqan: Awak adik furqan ya? Nurul Ezzah'.

Muka aku tercengang kejap. Ha?? Nie mesti keliru punya pasal nie.

Aku: Tak la, saya cousin furqan. Nie mesti keliru fikir saya dengan nurul muka sama kan. heheheh

*Ramai dah ingat muka kami sama. tapi sekali pandang aje la.hehe*

Dulu pernah ada orang kata kami kembar kerana gambar ini.



On my cousin wedding

Kejadian ini jarang berlaku, pakai baju cantik basuh pinggan. hahaha

7/14/11

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

Pagi- pagi bangun rasa tak sedap badan, ada rasa nak demam. Tapi Alhamdullillah, lepas solat zohor boleh terus pergi tengok 3D Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2. Terima kasih daun keladi kepada En.Ahmad for the tickets. Semangat sampai sanggup beli 3D Hehehe.

Best memang best, cuma part of it rasa sedih. Harry Potter dah habis and dah tak boleh tengok lagi Harry Potter. Huhuhu :( Teringat balik dulu-dulu tengok waktu mereka kecik.
Aku bagi 4bintang daripada 5 untuk movie nie. Karang cerita , spoil pulak korang semua nak tonton. Hint je la yer, sorang akan mati. Siapa? hahaha. tak boleh cerita maa..

The final chapter of the "Harry Potter" film series begins as Harry, Ron and Hermione leave Hogwarts behind and set out to find and destroy the Horcruxes--the secret to Voldemort's power and immortality.

Peminat kipas-susah-mati(hard-die-fan) should watch this movie.

Lepas dah habis tengok movie. Kami cuba pula makan Express Soup. Rasa mushroom soup sama macam soup campbell. Cuma beza nya, roti dia yang special. Hehehe. Sedap2 la juga. :) Brocolli soup pun sedap , cuma terasa la vegetable. Untuk orang yang tak minat sayur tak digalakkan pergi makan. hehehe

Sebelum licin kami makan.

Lupakan mata yang bengkak itu.

Soup yang sedang melimpah

7/13/11

Wordless Wednesday

  • Make favicon for my blog, nnt edit lagi and upload yang baru nie, baru testing sahaja. heheheh
  • Registration for 3p program, yang tak best aku sorang je amek Network+, tapi tak pe nnt akan bertambah kawan. Best nya, Network + habis awal dari Asp.net habis 1 August . hehehehe
  • Registration for Lifetime Certificate. hahaha . Apakah itu? Ce teka..
  • Squash racket :)

7/12/11

Friendship do's & Friendship don'ts

Friendship do's
.respect each others opinion
.accept the differences
.take care of each other feeling
.support each others back
.don't break the promises
.try to solving problem together
.meeting new friends
.laughing and have fun together
.believing each others
.sharing the succeed
.always spend time together
.put effort in2 the friendship
.be a good friend everyday
Friendship don'ts
.always fighting
.cancels plan
.judge a book by its cover
.jealous
.negative talk
.no tolerance
.have a bad intention on friendship
Sebenarnya , aku dah jangka apabila aku lantang berbicara mungkin ramai tak suka.
Kerana aku tahu setiap orang dilahirkan dari different family background, different pendapat.
Tapi aku tak pernah nak memusuhi mana-mana pihak.
Aku tetap dengan cara aku. Aku akan berkawan dengan semua orang.
My political view, and your political view never affect our friendship. heheheh :)
Sorry la, aku nie memang lantang apabila berbicara :P
weiii dah ngantuk esk aku sambung... Tak larat nak fikir. hahahah :P

7/10/11

Bersih 2.0 - A Day To Remember


Dunia melihat kita.
Today Malaysia democratic value, was truly tested.
This is Democracy, Malaysian Style!

7/9/11

Bersih 2.0

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


Komen: Ini bukan isu melayu bakal jatuh, ambiga atau sebagainya

Ini isu keadilan kepada rakyat agar mendapatkan system pengundian yang lebih telus dan "BERSIH". Masih ramai yang kurang faham selagi berkiblatkan berita di TV yang sangat bias dan tidak pernah memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk memberi pendapat. Masih percaya kepada berita-berita Berita Harian yang sememangnya merupakan syarikat pihak kerajaan. Pasti ada sebab mengapa pihak-pihak ini mahukan BERSIH , kerana mereka sendiri lihat begitu banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak SPR .

Jika benar pihak kerajaan tidak bersalah dan tidak rasa SPR melakukan penipuan, mengapa perlu rasa terancam dan terganggu ? Sehingga sanggup menurunkan semua polis, polis hutan dan FRU turun ke Kuala Lumpur. Berbeza keadaan di Malaysia dan di luar negara. Pihak polis di sana memberikan kerjasama yang baik malah mereka sendiri sanggup menjaga mereka yang melakukan perhimpunan dan tidak memberikan kekecohan.

Suasana di Malaysia sangat berbeza dengan suasana. Rakyat melakukan perhimpunan secara AMAN. Tidak melakukan sebarang provokasi, jika ada yang melakukan provokasi pasti akan disuraikan(pengalama cousin aku sebentar tadi). Ada yang mengatakan orang-orang Bersih ini melakukan kekecohan, jika dilihat secara logik . Siapa yang kecoh siapa? __________.

Bersih menyekat rezeki?
Secara logik apabila saya baca dari Twitter mengenai bersih ini ada yang mengatakan bahawa masih ada lagi peniaga dapat berniaga seperti biasa. Pada hakikatnya, jika Bersih tidak diprovokasi sudah tentu Bersih ini dapat dijalankan dengan baik dan juga peniaga dapat berniaga seperti biasa.Kita ambil contoh senang di England mereka akan menyediakan tempat berhimpun dan rakyat diberi peluang untuk berhimpun. Aktiviti harian mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan rezeki tidak akan disekat kerana tidak ada kekecohan berlaku di perhimpunan tersebut.

Saya harap sebelum kita memberikan sesuatu pendapat , sila kaji terlebih dahulu. Lihat kedua-dua pihak agar kita boleh menilai dan berfikir sendiri siapa yang betul dan siapa yang salah. Baru lah di situ nampak kematangan diri anda dalam memberikan pendapat mengenai isu bersih.


7/6/11

Jangan Menyerah Kalah!

Bila dah masuk universiti, pasti semua orang akan tiba pada satu tahap di mana mereka rasa ingin menyerah kalah. Tak sanggup nak hadapi exam, test, assignment dan project yang begitu banyak. Tapi sedikit demi sedikit aku ambil pengajaran sepanjang berada di universiti. Jangan pernah menyerah kalah. Yakin pada diri, apabila kita lakukan sesuatu buat yang terbaik. Kita ada Allah , yakin dengan janji Allah. Berusaha, Berdoa dan Bertawakal.

Aku nak bagi semangat dekat adik-adik yang tak dapat masuk universiti lagi. Jangan menyerah kalah, terus berusaha kerana rezeki anda mungkin lambat sedikit daripada rakan-rakan anda. Jangan rasa hampa kerana tak dapat masuk 1st intake atau 2nd intake. Adik-adik boleh apply 3rd intake, dengan cara hantar surat ke pihak universiti. Ramai yang tak tahu universiti ada buka intake waktu 2nd semester (November intake). Biasa nya, intake waktu 2nd semester di pilih oleh pihak universiti sendiri, bukan upu. Jadi peluang adalah lebih cerah berbanding 1st semester.

Aku sendiri masuk 3rd intake. Waktu semua orang dah masuk universiti, aku dengan cara sendiri. Ada yang suruh masuk kolej, ada yang suruh aku masuk politeknik.Memang aku dapat politeknik kursus diploma in electrical engineering. Tapi memang pada asal nya, aku tak nak masuk lain. Nak juga masuk universiti, kerana aku yakin dengan result SPM aku, dan yakin yang aku masuk universiti (Degil kan!) hehehe. Sebelum 2nd semester , aku hantar surat ke UIA, dan apply online UITM. Waktu tu ada juga rasa hampir mahu menyerah kalah. Tapi tak sampai seminggu aku dapat surat dari UIA (hari isnin), pada minggu yang sama dapat surat dari UITM(hari jumaat).

Kadangkala kita tak sangka rezeki yang Allah bagi, sekali dua surat universiti datang ke rumah. Allah bagi nikmat yang lebih manis kepada hamba-hambaNya yang bersabar. Waktu tu tak tahu pula mana nak pilih( susah juga), kerana UITM bagi courses yang memang aku nak, Diploma Sains Kuantitatif. Aku memang seorang yang minat mathematics jadi bagi aku tu peluang terbaik. Tetapi aku dapat UITM Segamat, memang sangat jauh dari rumah. Waktu tu aku ada less than 2 weeks nak pilih antara UIA dan UITM , coz UIA bakal masuk dalam 2 minggu lagi. Totally waktu tu confused, sebab UIA menawarkan courses Foundation in ICT( courses yang aku tak pernah mimpi akan dapat).

Tapi lepas aku buat istikharah dan juga minta pendapat dari seluruh ahli keluarga aku. Sampai family di Rawang, siap buat undian masuk UIA atau UITM. Aku ambil "pro and con " pendapat dari semua ahli keluarga. Aku siap buat senarai mana yang lebih baik. Tapi sepanjang beberapa hari aku solat istikharah, aku tahu jalan terbaik untuk diriku adalah UIA.
Doa yang aku masih ingat hingga sekarang:

"Ya Allah, tempatkan aku di universiti yang terbaik untuk kehidupanku dunia dan akhirat"

Tapi mungkin second factor aku masuk UIA, dekat dengan rumah. Heheehehe.
Akhirnya aku masuk ke UIA, walaupun aku tahu UITM bagi courses yang aku minat. Tapi bila aku lihat dari sudut lain, courses tersebut juga berada di bawah fakulti sains komputer, still lagi kena ambil subject ICT. Bila aku masuk UIA pula, minor aku subject mathematics.Bila dah masuk UIA, ada juga aku dengar tomahan dari sepupu aku mengatakan.

"Nina, ko nak kerja apa nanti? Bukan nyer ada kerja ICT sekarang. Nak jadi penganggur ke?"

Waktu tu aku sikit down dengan kata-kata dia. Tapi aku ingat pesan akak dan mak aku.

"Rezeki bukan di tangan dia, ko dapat kerja ke tak . Yang penting buat terbaik dalam apa sahaja yang kita buat. Pasti Allah akan berikan kita sesuatu yang terbaik dalam hidup. Kerja yang akan mencari kita, bukan kita mencari kerja"

Alhamdulillah, aku masih survive dalam course ICT. Sesuatu yang aku tak sangka dalam hidup ini kerana kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Kepada adik-adik yang masih menunggu keputusan kemasukan Universiti. Bersabar dan "JANGAN MENYERAH KALAH" kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang sabar dalam ujian .


Jangan Menyerah- D'masiv


Updated (18/5/13): Alhamdulillah, currently I'am in  final semester and will be graduated InsyaAllah this coming July after finishing my practical at PETRONAS ICT (formerly known as iPerintis). Doakan saya agar berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. amin :)

Update (11/5/14) : Alhamdullillah, terima kasih  untuk doa anda.. :)

Akal

Aku pandang
Aku lihat
Aku senyum
Ada yang aku setuju
Ada yang tidak
Ada yang betul
Ada yang salah
Ada yang kasar bahasa nya
Ada yang lembut kata-kata nya
Ada yang kurang ilmunya
Ada yang tinggi ilmu tetapi tidak mengamalkannya
Ada yang banyak pengalaman
Ada yang kurang makan garamnya
Ada segalanya~
Itu manusia mempunyai akal dan fikiran.
Kerana Allah kurniakan mereka kelebihan untuk terus berfikir dan memilih perkara terbaik di dunia
Berhati-hati sebelum berkata
Jangan nanti kata-kata meragut diri.
Kerana dari kata-kata mempamirkan setinggi mana ilmu kita.

7/4/11

Keyboard Piano

Hehehe. Akhirnya , aku dah tahu nak buat apa waktu Holiday nie.Parents aku suruh amek driving lesen (will be think about it)...
Tapi aku dah jumpa apa yang nak buat cuti nie. Belajar main keyboard piano. Hehehe..
Adik aku memang pandai main-main muzik nie, ada kawan dia bagi pinjam main keyboard piano. So, aku gunakan la kesempatan yang terbaik ini untuk belajar main keyboard piano. Super duper awesome holiday! hehehe..

Dulu waktu sekolah rendah, aku ingat lagi la cord "FGABCDE" basic cord piano. Hehehe.. Sekarang nie nak penuhkan impian aku belajar lagu yang aku sangat minat dari dulu. Beethoven- Fur Elise.


Contoh keyboard piano kat rumah
Source :Google


Jom sama-sama belajar dengan aku.

7/1/11

Stesen Keretapi Tanjong Pagar.


Apabila aku mendengar khabar berita bahawa, stesen ini bakal ditutup pada bulan Julai 2011. Rasa hati sangat sedih kerana kesan peninggalan sejarah Malaysia yang masih kekal di Singapura, kini telah tiada dan stesen tersebut bakal di serahkan kepada kerajaan Singapura.


Mungkin aku bertuah, kerana dapat menaiki keretapi dari KL Central ke Singapura ( Stesen Keretapi Tanjong Pagar). Suasana di situ, mengingatkan kembali kepada nostalgia tahun 50an .Meja cafe seperti zaman cerita P-Ramlee, suasana yang tenang dan keadaan yang membuatkan kita terasa seolah-olah berada di zaman filem P.Ramlee.


Sungguh! Itu yang aku rasakan ketika berada di Stesen Keretapi Tanjong Pagar. Struktur bangunan yang mempunyai identiti tersendiri dan dibina pada zaman kolonial dapat dilihat di Stesen Keretapi Tanjong Pagar.Pengalaman yang begitu berharga untuk diriku.

Mengikut pengalaman mereka, yang selalu menaiki keretapi untuk bergerak ke utara dan selatan. Keretapi ke selatan, seolah-olah kurang di selenggara dengan baik. Tiada kantin di dalam keretapi. Sebelum ni, abah sibuk pesan dalam keretapi nanti beli je makanan dekat kantin keretapi banyak benda di jual. Tapi bila waktu breakfast, aku pergi sampai gerabak yang hujung sekali semata-mata nak cari kantin. Then, nampak gerabak untuk 1st class. Nak gak try masuk, sekali ada pulak pekerja KTMB kat situ

Pekerja KTM: Nak buat apa dik? situ tak leh masuk
Kami: Dalam hati (Haish, tak sempat nak buat kerja gila-gila tengok 1st class punya.) Nak cari kantin.
Pekerja KTM: Dah lama tutup dik..
Kami: oooooo... (sambil pergi balik arah gerabak kami.)..






Aku rasa sangat sedih kerana tapak warisan yang harus di jaga oleh rakyat Malaysia, seharus nyer di pertahankan. Yeah, kalau bangunan warisan Malaysia yang berada di tanah air kita sendiri tidak dapat dipertahankan , apatah lagi yang berada di luar negara kita. Seperti contoh, Penjara Pudu sendiri di robohkan.

Nasi sudah menjadi bubur. Stesen Keretapi Tanjong Pagar kini milik Singapura.
More story about my journey at Singapura Part 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...