6/29/11

Wordless Wednesday.




"We learn , we laugh, we gain . Experienced is the most valuable knowledge"

6/23/11

Abah.



Sepanjang "hari bapa", begitu banyak aku baca status-status di facebook yang mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa mereka. Tapi sayu di hati membaca status rakan-rakan yang telah kehilangan bapa mereka. Tentu sedih buat mereka telah hilang , tempat bergurau, hilang tempat bermanja. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Mesti pelik kenapa aku katakan anak perempuan.

"Anak perempuan lagi manja dengan bapa mereka,
manakala anak lelaki lebih manja dengan ibu nyer"

Betul, contoh pada diri sendiri. Dengan abah aku boleh nyanyi-nyanyi layan lagu Sweetcharity -Camellia. Hahaha. Mak lebih strict berbanding abah, tapi kalau abah dah keluarkan taring , bila kami adik-beradik lambat solat, HABISLAH! Muka abah boleh berubah. Huhuhu

Abah seorang yang pantang kalau anak-anak dia keluar tak kemas. Baju kena gosok , kasi nampak side. Kasut kulit kena kilat. Bila pergi majlis, pakai baju formal. Bila pergi jalan, jangan ingat nak pakai selipar jamban. Hehehe. Mak dengan abah memang ajar kami adik-beradik mesti kemas dan bersih. Abah suka sangat suka kemas rumah. Minggu ni balik rumah, meja solek dekat position kanan, minggu depan dah dekat kiri. Hahahah.. Abah reti masak, and masakan dia kira pro lah untuk orang laki... Dan abah sangat suka makan ayam. Huhu. Bekalan daging ayam mesti sentiasa ada dekat rumah aku..

Waktu sekolah menengah , kerja kursus kemahiran hidup yang bertukang tu mesti abah yang buat. Sama la juga dengan wiring.. Hehehe.. Kami releks, tak perlu pateri wayar2 tu semua. Hahaha.. Abah memang hebat boleh buat macam-macam, pipe dekat rumah kami pun abah yang sambungkan. Tapi bila dah tua ni, susah juga sebab abah ingat dia muda 20tahun macam dulu.Semua kerja nak buat, nanti bila sakit susah hati kami.. huhuhu...

Abah aku sebenarnya manja. Dulu waktu aku kecik , bila abah balik dari kerja mesti kena cabut stokin dia. hahaha.. Haritu, waktu mak long duduk rumah aku. Mak long panggil abah dengan panggilan adik. Hehee. Abah memang manja tu kena panggil nama adik..

Abah my hero. Abah pernah jadi bidan terjun. Ye, abah sambut kelahiran adik aku no 5 dekat rumah. Haritu, abah kena himpap pokok sampai kena jahit 3 benang. Cuak aku dengar! Waktu abah call aku, abah buat suara kasik aku cuak. Then, waktu dia nak kenakan aku berubah lak suara dia happy. Abah nie bikin orang risau je..Alhamdulillah abah masih dikurniakan umur yang panjang Amin.
Abah

Kisah cerita aku dengan abah adalah gembira. Tetapi berbeza pula dengan rakan sekolah aku. Sewaktu hari bapa, bapa nya telah menghembuskan nafas terakhir. Sedih memang sangat sedih, lebih-lebih lagi rakan sekolah aku itu anak pertama. Yang membuatkan lebih sedih, hari jumaat ini merupakan hari jadi nye yang ke-22. Sedih aku membaca status di-fb

"dua ari lg ulang thn yg ke-22 thn ain..hadiah berharga ain adlh doa dri arwah abah..kini ain yg sntiase mdoakan arwah abah..:( "

Jika aku berada dalam position dia, entahla sama ada aku mampu menghadapi nya dengan tabah. Hanya Allah sahaja yang tahu, kerana "Setiap yang mati itu, pasti aku kembali kepadaNya. Sesungguhnya, hanya doa anak yang beriman merupakan bekalan hamba Allah di akhirat kelak.

Buat rakan-rakan yang masih mempunyai abah, ayah, abi, papa, daddy. Sayangi mereka selagi masih hidup. Doakan yang terbaik untuk abah kita, agar umur panjang, dihapuskan dosa dan selamat dunia akhirat.Amin

Buat rakan-rakan yang telah kehilangan bapa mereka. Semoga terus tabah dan "Semoga Allah menempat arwah bapa anda bersama orang beriman. Amin..."


p/s:ingat nak letak video mathluthfi90 pasal hari bapa. Tapi macam dia dah delete. Video menusuk hati kot.
p/s/s: Mak nanti nina buat post untuk mak pula!

6/17/11

Toon Boom Animation Project


Kalau nak compare antara group lain dengan group aku.. Semesti nya, group lain lagi hebat. Idea yang bernas, dan juga good animation.

Tapi nak buat macam mana, three of us came from computer science background. Idea-idea kreatif nie agak kurang la. Hehehe. Apa-apa pun aku sangat berbangga dengan group mate Toon Boom Animation.

Special thanx to:
  1. Siti Aishah (Ecah)
  2. Intan Shaffinaz (Intan)
  3. Islinda Ibrahim (Is)
Tanpa anda bertiga mungkin tak berjaya nak siapkan project ni.. Anyway enjoy guys!

6/14/11

Don't Want SKMM Block File Sharing Website

Recently, SKMM Block File sharing websites like megaupload, filestube, rapidshare. Untuk downloader tegar mesti geram giler, macam mana nak download movie and those thing. Aku pun pelik , apsal la nak block website macam nie. Lebih baik dia orang pergi block website pornography daripada block file sharing website. Untuk pengguna celcom broadband dan maxis broadband setakat ini dia orang dah block :-

Celcom Broadband = Megaupload,Megavideo,Fileserve
,filestube.com,putlocker.com,t
hepirateby.org,depositfiles.co
m,movie2k.to,duckload.com,ware
z-bb.org

Maxis Broadband = Megaupload,Megavideo,Fileserve
,filestube.com,putlocker.com,t
hepirateby.org,depositfiles.co
m,movie2k.to,duckload.com,ware
z-bb.org

Semakin dekat nak pilihan raya, semakin pelik-pelik je tindakan mereka nie. Makin membangkitkan kemarahan orang-orang muda yang nak mengundi nie. Pelik! Tapi aku rasa orang-orang atasan nie mula-mula suruh tutup file sharing coz nak cover perbuatan mereka dengan menutup website WikiLeaks. Mereka ada authority tinggi nak hide perbuatan terkutuk. Tapi anda silap! Internet nie luas world wide. Sekejap je news boleh spread like bacteria!


Group Anonymous bakal hack www.malaysia.gov.my website. Mereka gelarkan OPERATION MALAYSIA . Tak tidor siang malam la orang yang kerja dekat IT Department bagi mengelakkan kena hacked. Nak gak tengok apa yang bakal berlaku hari khamis nie. We will see.


"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor."

UPDATED
16.6.20011- 7.00 am (Malaysia)- http://www.malaysia.gov.my/
The government shut down their website? Is it anonymous succeeded on their hacking last nite? From the news at Facebook, said that:-

Anonymous UK
Dear Anons: Let's get something clear, #OpMalaysia has not failed, nor has it succeeded. Stand by for further news, but don't make assumptions.


6/13/11

HCI project.


Hakikat nyer , menjadi seorang pelajar ICT bukan senang. Siapa kata jadi student ICT senang? Setiap kali hujung sem, kami macam tak cukup nafas, tak cukup tidor nak menyiapkan project yang banyak .Perlu menghadap screen computer 24/7. Makan pun depan computer. Ibarat mandi tak kenyang, tidor tak basah. Hehehe...

Jumaat yang lepas 10.6.2011. Aku bersama group mate HCI - Dila, Is, Puteri, Farr and Awin telah ke KLIA untuk menjalankan research demi menyiapkan project mengenai TOILET! Tidak lupa kepada en.Adnan aka mr. schumacher yang sudi membawa kami berENAM dalam kereta saga anda. Hohoh. Macam tin sardin dekat belakang tu. Hahaha

Pernahkah anda ke public toilet , dan anda mengalami 1001 masalah ? Ini menunjukkan toilet tersebut tidak memenuhi keperluan pengguna sebenarnye. A good designer should know users need. Mereka bukan nyer hanya tahu design, tetapi perlu memahami keperluan pengguna.

Banyak pula aku membebel. Saja nak update picture waktu kami di KLIA. Jauh aku pergi semata-mata public toilet. HahahahSeriously, aku enjoy buat pengambaran (macam dah jadi pengarah filem) dengan mereka. Gelak ketawa dan berkongsi cerita. Thank you for the nice memory girls, btw project paper jangan lupa. Hahaha. :P

Atas:Farr, Awin( bukti awin bersama public toilet. hehehe), Dila (sorry pic posisi tepi)
Bawah: Puteri , Is( nak focus kat is jer coz tak ada picture dia sorang), and me(chubby! Hahaha)

Hehehe.. terang tak aku edit? Pix kat sana gelap sangat :D

We are 12 years old girls. Opss. Actually 22.. Hehehe
Edited :
HCI (human computer interaction) nie subject bdk ict kena belajar. Subject ni mengenai "good and bad design",how to evaluate, apa yg patut ada pada design. Usability, realibility. hahaha.. Jadi utk project kami buat evaluation on toilet design at KLIA. Then, kena berlakon problems yg di hadapi oleh user dekat toilet KLIA. hehehe.

Updated:Our video
Bad Toilet Design

6/8/11

Photography

Siapa sahaja yang minat dengan photography pasti mengenali Saiful Nang. Sebenar nye, aku nie tak adalah meletak camera DSLR sebagai hobi yang pertama. Aku lebih suka menghargai karya dari photographer.

Sangat cantik gambar yang mereka ambil . Skill mereka. Kadang-kadang bila kita travel, then amek gambar macam tah pa pe. Rasa macam geram dan sangat tidak puas hati. Every time tengok photographer yang handal dapat capture moment yang menarik. Rasa sangat jealous.

Hakikat nyer, saya perlu banyak belajar.

"Sometimes, not every moment can be captured through camera. Only your eyes that being given by Allah, can captured it. "

p/s:* rasa bangga jap *. Patut nyer siapkan project yer nina.

6/7/11

Wireless IIUM.

Memandangkan laptop aku, berada dalam keadaan kritikal. Aku tak dapat nak gunakan internet uia. Biasa nyer, aku guna desktop buat kerja, and laptop untuk surf internet. Tapi bila laptop rosak, and aku rasa macam MALAS nak fixkan balik laptop tu. Aku decide nak tukar kan mac address laptop yang aku daftarkan utk wireless iium ke mac address desktop. Ramai rasa macam susah je nak tukar.. Sebenar nyer, ada cara yang sangat senang. Kalau korang tukar laptop pun boleh buat benda yang sama macam aku.

Step 1: Cara nak mencari mac address desktop. Mac address = physical address.

  1. Open a Command Prompt window by clicking the Start button, clicking Programs or All Programs, clickingAccessories, and then clicking Command Prompt.
  2. In the Command Prompt window type ipconfig /all
  3. Find the Physical Address line under the section that describes your network adapter. MAC address is listed as six groups of two hexadecimal digits, separated by hyphens (-).

C:\Documents and Settings\admin>ipconfig /all

Windows IP Configuration

Host Name . . . . . . . . . . . . : mypc
Primary Dns Suffix . . . . . . . : domain.local
Node Type . . . . . . . . . . . . : Hybrid
IP Routing Enabled. . . . . . . . : No
WINS Proxy Enabled. . . . . . . . : No
DNS Suffix Search List. . . . . . : domain.local

Ethernet adapter Wireless Network Connection:

Connection-specific DNS Suffix . :
Description . . . . . . . . . . . : Intel(R) PRO/Wireless 3945ABG Network Connection
Physical Address. . . . . . . . . : 00-13-02-80-92-7A
Dhcp Enabled. . . . . . . . . . . : Yes
Autoconfiguration Enabled . . . . : Yes
IP Address. . . . . . . . . . . . : 192.168.0.3
Subnet Mask . . . . . . . . . . . : 255.255.255.0
Default Gateway . . . . . . . . . : 192.168.0.1
DHCP Server . . . . . . . . . . . : 192.168.0.1
DNS Servers . . . . . . . . . . . : 192.168.0.1
Lease Obtained. . . . . . . . . . : Sunday, February 15, 2008 3:19:03 PM
Lease Expires . . . . . . . . . . : Friday, February 20, 2008 3:19:03 PM

Ethernet adapter Local Area Connection:

Media State . . . . . . . . . . . : Media disconnected
Description . . . . . . . . . . . : Intel(R) PRO/1000 PL Network Connection
Physical Address. . . . . . . . . : 00-0E-7B-89-C4-E0

Ethernet adapter Local Area Connection 2:

Media State . . . . . . . . . . . : Media disconnected
Description . . . . . . . . . . . : Bluetooth Personal Area Network from TOSHIBA
Physical Address. . . . . . . . . : 00-03-7A-F3-6C-E7
Step 2: Copy the physical address

Waktu dekat itd,kata nak tukar mac address, then bagitahu mac address yang kita salin tadi dekat counter. They will updated our mac address yang baru.

Step 3: Install the wireless.

Minta dekat ITD workers, installer for iium wireless. Korang install, semua installer yang ITD bagi. Then, masukkan matric no and password. Dah boleh gunakan iium wireless.. Senang je kan.

Step 4:

Setiap kali login kita kena masukkan matric no and password. Kalau nak change the setting.
1st: Open the properties

2nd: Press setting



Step 3: Open user credentials , enter your matric number at username, password, and press ok.


Sekarang dah boleh guna wireless iium di desktop :)

p/s: nnt nak update pasal my cousin wedding and cuti-cuti malaysia. Heheheh

6/3/11

Toon Boom Animation.

Sekarang nie, sambil belajar untuk short sem dan nak tambah ilmu baru. Aku join program baru iaitu Undergraduate Skill Program (USP) under MSC. Kira nya, MSC buat collobration with university to provide a skillful student ,and when they go out they will get the job.

So, sapa2 yang join program nie. Nama mereka dah ada dalam database MSC. Banyak juga program2 yang dianjurkan MSC untuk pelajar. Perkara yang paling penting nak sampaikan bahawa Student IT, kalau fresh graduate mesti akan dapat kerja, coz sekarang nie Industry sangat memerlukan skill worker from IT background. Jadi peranan MSC, untuk support student fresh graduate, get the job , give training and help industry IT. Siapa-siapa yang nak internship, boleh pergi ke MSC and send the resume.

Selama 5 hari join soft skill program, banyak perkara baru aku belajar. Ethics to communicate with business people, interpersonal skill, macam mana nak buat resume , and tips-tips during interview.

Sekarang ni, tengah training "Toon Boom Animation" . Walaupun, aku dari computer science background, tapi seronok bila main and learn new tools . Cara nak buat animation, dan faham akan principle of animation. Huhuhu.


Bouncing ball- Ni one of the animation yang aku baru belajar.

Mula-mula tu agak susah coz kita tak biasa nak main dengan tools dia. Tapi lama-lama belajar , baru faham . Hehehhe. Walaupun 3 second, tapi ada dekat 30+ frame. Maksud nyer, 30 biji bola aku kena lukis. :D Nanti aku update lagi video2 animation yang aku buat . Best dapat belajar animation. Baru faham kenapa , gaji orang animation tinggi. Mereka memerlukan skill dan juga idea. Wooo! Tabik spring la untuk animator dekat Upin Ipin :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...