4/29/11

“I’m a Pirate, Take Me To Stranger Tides!”


Hehehe. When i was a kid, i always play" pirate"
with my little brother .Huhuh. When i watch Pirates of Carribbean its remind me my childhood memories. Ah so sweet!
Did you all know, there is 3 best thing about being a pirate!

FIRST
I can travel around the world, with my ship.
Besides, i can make a new friends with others "pirate". Hahaha
I love travelling. I can see a new places and have fun at new places.
Besides, i can find a good places for my new territory .
"Ahoy , mateys!! Let's us travel around the world and take me to stranger tides!"


SECOND
I will have lots of money. Hahaha.
This is because, i will hunt the treasure and find the gold.
My ship have a new technology that can track a treasure and gold! Hahaha.
I will be rich than Jack Sparrow .

THIRD
My life will be adventure.I will meet with many fairytale creature from the beauty mermaid until the ugly octopus.
I will fight with my enemies and i have lots of loyal follower that will protect me from my enemies.
Since , i've already travel around the world.
All of my enemies will afraid with me because i have lots of pirates friends around the world
Hehehe. Beware enemy! You should be careful with me!



But... All of the pirates must be jealous with the popularity of Jack Sparrow ! Lets us meet him at the GSC Mid Valley and watch his adventure in "Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides!"

Pirates of the Caribbean 4

p/s: this post is when nina turns to 5 years old kids! Under nuffnang contest

4/26/11

Jom memasak!



Hari-hari tengok mak, bangun pagi-pagi lagi masak breakfast untuk kami sekeluarga. Bila tengah hari, waktu lunch mak balik kejap, prepare lunch for our family, biasa nya mak memang masak dalam kuantiti yang banyak agar waktu lunch nyer food terus untuk malam.

Bila aku fikir, memang penat. Siapa kata masak tak penat, kalau kau masak sorang-sorang tak ada orang bantu. Mesti penat, that's why kalau tengok dapur kat hotel. Punya la ramai assistant chef, tukang potong makanan, tukang prepare bahan. Huhuh. (Macam ler aku pernah amek course kulinari).Aku tahu mak penat, coz dulu waktu aku kerja office hour. Aku dapat rasa macam mana mak rasa, balik-balik dengan kepenatan terus masak.

Ok, sudah-sudah merapu dengan panjang.Tujuan post kali nie, aku ingin kongsikan dari pemerhatian aku,apabila ibu memasak. (Dah macam research of family).

Apabila ibu memasak, bonding antara anak dan ibu memang rapat. For example, kenapa orang tetap rindukan ibu nyer. Especially, waktu korang ada kat universiti, atau pun oversea. Kadang-kadang sanggup tahan diri daripada beli favorite food korang coz tahu ibu masak double sedap dari mak cik cafe yang masak bentuk je ada, rasa tak sedap langsung.

Hari-hari ingat dekat mak korang. Mengira hari, detik dan waktu nak balik ke rumah. Hehehe. Aku nie memang jenis family type, pantang je hari jumaat malam, mesti dah cabut dari Hafsah tu pergi balik rumah.Cuma waktu final exam je aku tak balik rumah , itu pun rasa sengsara diri dan hidup.

Tahukah anda? Apa yang meyebabkan masakan ibu rasa sedap. Kalau nak bezakan degan chef kedai dan ibu kita. Chef hotel lagi hebat dari ibu kita coz dia orang ada degree in kulinari. Tapi ibu kita cuma ada degree dari mak mereka sahaja (nenek kita) atau pun degree belajar dengan buku masakan. Kalau orang sekarang, dari internet lah kan. Hehehe..
Waktu ibu kita masak, penuh dengan rasa kasih dan sayang. Itu yang membezakan antara masakan ibu dengan chef di kedai yang selalu kita beli.
Ibu akan masak coz tak nak anak-anak mereka kebulur dekat rumah, rasa tanggungjawab agar anak-anak membesar dengan makanan yang sihat.. Chef masak sebab nak cari untung orang datang ke kedai mereka.

Selain itu, ada satu kelebihan apa bila ibu memasak.Sambil mereka tanak nasi, atau mengacau gulai, Ibu kita mesti berdoa dan berselawat. Itu sebab nyer, kita rasa nikmat waktu makan masakan ibu. Sebab ada berkat pada doa dan berselawat pada makanan tersebut. Keberkatan tersebut, membuatkan kita rasa sentiasa dekat dengan ibu kita dan juga sentiasa ingin bersama dengan keluarga.

Paling penting, ibu kita memasak dari bahan yang terpilih dan terbaik. Tak ada nyer letak MSG berlebihan yang memang menyebabkan pelbagai penyakit. Sayur yang segar, ayam dan daging di basuh dengan teliti buang semua lemak-lemak yang tak di perlukan.Garam dan gula secukup rasa, dan tidak berlebihan.
Itu kelebihan apabila ibu kita memasak compare to chef dekat kedai masak, yang kadang-kala tak sedap langsung. Garam terlebih, haish boleh rasa lagi garam kasar. MSG tak payah cakap la, main campak-campak jer .

Apabila ibu kita memasak, perhubungan antara suami dan isteri serta anak dan juga parents juga boleh jadi rapat. Yelah kita makan sama-sama, rasa makanan yang sama. Keberkatan dalam kehidupan.Itu paling penting :)

Kadang-kala jangan salahkan mengapa faktor penceraian di kalangan anak muda kian meningkat. Aku rasa faktor nyer satu! Tak masak kat rumah. Mungkin korang rasa tak logic la,tapi benda nie betol. Berdasarkan pemerhatian aku. Example mudah, kenapa ada sesetengah orang berkahwin dengan maid? Sebab nyer, isteri menyerahkan 100% kerja memasak kepada maid. Orang kata, kenyang perut senang hati. Jadi bila dah kenyang perut, pikat hati.
Simple. Tapi itu hakikat nyer.

Kadang -kala mengapa anak jarang untuk pulang ke rumah dan lebih senang untuk berada di luar bersama rakan. Sebab nyer satu, anak tak rasa ada bonding antara ibu dan bapa mereka. Mereka rasa tidak perlu berada di dalam rumah.

Tak salah sebenar nye , makan luar. Boleh, kadang-kala aku satu family makan juga kat luar. Cuma kami makan, makanan yang mak tak masak la. Macam chicken chop. Hahaaha mana la pernah mak nak masak. Jadi kadang -kala boleh , tapi tak selalu.
Aku rasa kalau selalu makan kat luar pun membazir. Makanan makin lama makin mahal. Kalau kat uia tu boleh masak, dah lama aku masak. Walaupun nasi dengan telor sahaja.

Mampukah aku masak hari-hari bila dah mendirikan sebuah keluarga?Tepuk dada tanya hati.(Haish. Gedik nyer nina).I hope i can be a good mother that can cook for my husband and my children :)

p/s: minta maaf kalau saya dah lukakan hati sesiapa mengenai post kali nie, niat saya baik agar dapat berkongsi pandangan dan juga buah fikiran saya.


4/22/11

Sirah Nabawi.

Semalam , aku membantu adik paling kecik buat kerja sekolah agama nyer.Sirah nabi. Aduh malu nyer, banyak sirah-sirah nabi yang penting aku dah lupa. Sampai aku google nak tahu kisah isra' dan mikraj. Nak tahu bapa susuan nabi. Seriously, aku rasa umur dah makin tua. Tapi kisah nabi makin lupa, malu sangat-sangat. Lepas nie kena khatam balik semua kisah nabi. :)

4/19/11

Australia ~ Part 4

16.9.2010

Perjalanan untuk hari ini ke Harbour City and ke Perth City. Dekat Harbour City , memang best shopping. Imagine adik aku beli sandal Rubi jer 5Aussie Dolar. Kalau convert duit Malaysia pun masih lagi berbaloi RM15 . Kalau kat Malaysia tak dapat lah Rubi harga RM15, dekat harga RM40 ringgit kot untuk sandal sempoi macam tu.
Selain tu, Cotton On yang kat Malaysia memang mahal. Kat sana, murah.Memang kami shopping sakan ler. Kalau jeans untuk levis lagi best. Buy 1 Free 1, kalau price dia 25Aussie Dolar. Korang amek lah lagi satu jeans. Huhu.. Adik aku dengan aku buat macam tu. Kira worth it , lah kalau convert tu Malaysia price.
Dekat Harbour city nie ada kedai arab yang jual roti sama macam Subway, kedai tu sebelah Subway. Memang sedap lah, jangan risau kedai itu halal.

Lepas dah puas shopping, kami ke Perth City, di sini kami shopping juga mana-mana barang yang teringin nak beli and beli-beli barang di kedai door gift, sebelum pulang ke Malaysia .

Atas: Di Perth City
Bawah: Di Harbour City

Selepas puas berjalan-jalan di Perth City, kami ke Kings Park. Tempat nie juga wajib dilawati sambil dapat melihat kawasan sekitar Perth.

Di kings park

17.9.2010

Hari ini kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pakcu and family. Seminggu yang sangat best. Flight kami pada pukul 6 pagi. Banyangkan, pukul 4 pagi ag kami dah bergerak. Wargh.. Angin sejuk aussie menyambut kepulangan kami sekeluarga.
I wish to go there again. Hehehe. :)

4/18/11

Australia ~ Part 3

14.9.2010

Perjalanan kami pada hari ini ke Araluen. Taman bunga yang cantik, dan berada di pinggiran kaki bukit di Perth. Ini tempat wajib, coz di sini ada tanam banyak tulip dan bunga-bunga yang tak selalu berada di Malaysia. Yelah, nak pergi Kaunkenhoff,Holand jauh sangat. Dapat pergi ke Australia pun jadi la.Heheh.

Yang menarik, di Araluen nie anda boleh BBQ disinie,coz ada tempat BBQ yang di sediakan oleh pihak taman . Selain itu, ada train ride yang di sediakan kepada pengunjung untuk bersiar-siar di sekitar taman. heeheh. Tapi waktu amek picture jangan keluar kepala yer. Nanti mat salleh tu kata "Please stay inside the train!" Hehehe..

Di sini juga ada tempat pemeliharaan haiwan liar , seperti ular. Tapi dalam family aku nie dia orang takut dengan cik ular. Kami tak pergi ler. Cume menikmati keindahan alam. Huhu


Araluen, Perth


Atas: 3 dara pingitan
Bawah: Aiman (my brother) wif Adlisyad
Tepi: Dalam kedai di Araluen, kedai tu ada jual macam2 jem

Atas: Family potrait
Bawah: I love tulips! Tepi: Family pakcu

OTW, back ke rumah. Pakcu bawa kami singgah ke kedai ice cream. And tunjuk kawasan-kawasan perumahan di pinggir kaki bukit. Memang cantik, tapi jauh ler kawasan tu dari city. Selain itu, kat situ memang banyak kangaroo liar.

Atas: Ladang yang sedang bertukar warna, sebelah hijau (yg sikit) sebelah lagi warna ungu
Bawah: Yummy, ice cream strawberry. and Apple struddle

Balik kami singgah ke city sebentar. Melihat masjid Perth, cume tak dapat singgah coz susah juga nak dapat parking dekat Masjid Perth tu. Pakcu beli benda paling sedap. Apple Struddle. Yummy. Siapa2 dapat pergi ke sana. Tolong beli benda nie, kedai yang dekat dengan masjid Perth. Walaupun, agak mahal sedikit . Namun berbaloi makan satu family.
Lepas pulang dari araluen, kami singgah ke shopping complex yang berhampiran dengan rumah pakcu. Hehehe. Beli choclate katak! Oh, choclate tu bentuk katak, dah jadi kewajipan lak beli setiap kali orang ke Australia.


Kalau aktiviti malam di Perth nie cepat. Yelah maghrib pun cepat, pukul 10 pm jer mata dah mengantuk. Coz bangun kat sini pukul 5am. Malam selepas makan malam, tengok tv kejap.Then mesti tidor. Hehehe. Sejuk punya pasal. :)

15.9.2010

Hari ini kami ke Mandurah, Perth.Perjalanan melalui Freeway . Mandurah nie kawasan pantai. Jadi angin bertiup dengan kuat and rasa best jer. Huhu. Kat sini pakcu belanja kami makan fish and chip. Kedai fish and chip nie ada gak di Freemantle, cume nak cari parking di Freemantle agak susah. Then, di Mandurah agak murah sedikit berbanding di Freemantle.



Atas: My family di Mandurah
Bawah: Bagi makan kat burung, hehehe Tepi: Pantai di Mandurah ( along aku kata dah macam pantai dekat PLKN aku aje. memang sebijik pun. heheh)


Gaining weight session.Yummy.

Setelah selesai makan, kami melihat kawasan di sekitar Mandurah. Orang-orang di Mandurah nie kaya, coz depan porch letak kereta. Belakang porch letak kapal dia orang. Cume kawasan Mandurah nie agak panas, coz nanti waktu Summer suhu di sini boleh mececah sampai 40 degree celcius. Lagi panas dari Malaysia wei..

Malam tu, kami singgah lagi ke Rumah Aunty Murni and husband Pak cik Akob. Ada sedikit jamuan. Seperti biasa, Rumah Aunty Murni nie masak memang sedap. Banyak ler aku makan nasi ayam aunty. Hehehe. Tapi malam tu sejuk sangat. Berangin-angin pakai dua lapis.


Anak aunty murni yang comel sangat

Selepas makan di rumah Aunty murni. Kami pulang ke rumah :)

4/17/11

Australia ~ Part 2

12.9.2010

Pagi-pagi la kami dah berjalan -jalan ke Freemantle. Tempat yang wajib pergi lah . Kat sini memang borong sakan , coz ada kedai mak cik indon yang jual barang sovernier yang murah. Kalau dah beli banyak2 tu minta jer aunty tu harga murah. Hehehe. - Kat sini ler aku beli barang sovernier. hehehe
Lepas dah borong sakan, kami pergi market yang berhampiran di Freemantle. Hehehe. Kat sini ada jual banyak buah-buahan, tapi kami semua malas nak beli. Marah nenek aku. hahahah

Di market yang berhampiran dengan Freemantle
Kedai yang bawah memang halal. Tapi nasi goreng dia 10Dolar Aussie = RM30!!

Lepas balik dari Freemantle, kami pulang ke rumah untuk solat.Petang tu kami continue lagi aktiviti pergi Open House. Hari ahad ramai lah orang buat Open House. Hari ini , kami ke rumah rakan pakcu MG. Yang best di rumah MG nie, adalah laksa sarawak. MG berasal dari Sarawak, jadi macam2 yang dari Sarawak . Parents MG turut datang beraya di Perth. Jadi macam2 lah masakan sarawak ada .Hehehe..

Mak aku bantai berborak dengan mak MG,sekali dapat tahu yang mak MG sekolah sama dengan sekolah aku.SMK Convent Jalan Peel. Hehehe. Kira jumpa senior la kita orang nie (akak aku n adik aku sekolah convent gak). Dah puas kami makan di rumah MG.

Kami pergi ke rumah rakan kak zizah (wife pakcu). Aunty nie pun orang sarawak. So that day, kami banyak bantai makan kek lapis Sarawak. Yang best nyer, aunty nie ada gak buat sate kambing. Urmpph. Sangat sedap. Kat tempat sejuk , elok makan daging coz boleh heat kan badan kita. Patut la badan arab and mat salleh besar-besar sebab makan daging. Kemudian, kami pulang ke rumah.

Atas: Rumah aunty yang ada sate kambing.
Bawah: Kalau sapa dapat teka bangunan apa memang hebat!
Bawah: Pic aku and najlaa depan rumah MG waktu tu kul 6 tapi dah rasa sejuk bajet hebat pakai baju kurung tak rasa sejuk. wakakak

13.9.2010

Hari nie kami berjalan ke Caversham Wildlife Park. Nie pun antara tempat yang wajib pergi ketika di Perth. Before sampai ke Caversham.Kami singgah dulu ke Choclate Factory. Huhuh.. Makan choclate free. Sambil itu, anda boleh lihat cara pemprosesan Choclate. Yummy.

Atas: Selingan letak picture di market yang berhampiran Freemantle
Bawah : Di choclate factory.

Atas: Aku , along and najlaa di dalam kandang kambing
Najlaa bersama koala nyer
Bawah: Adlisyad (anak pakcu) have fun di sana!

Atas: Family portrait with kangaroo and woombat( betol ke eja?)
Bawah: Selama nie tengok gambar kangroo. Nie pegang betol-betol kangroo.

Kami satu family spend time agak lama di Caversham. Yelah tengok satu per satu haiwan. Then semua nyer nak sentuh. (Except ba** hutan.) Huhuhu. Tapi satu yang bagus , dekat sini selalu dia org offer siapa-siapa yang nak jadi volunteer . Sangat dialu-alukan. Mereka mementingkan penjagaan alam sekitar dan haiwan. Dalam Islam pun suruh kita menyayangi haiwan dan alam sekitar. :)Then that, nite kami balik. Abg acap and abg hariz bbq sate untuk kita orang.! Yummy.

Australia ~ Part 1

10.9.2010

Akhirnya post juga pasal Australia. Hehehe. Percutian ketika hari raya. Punca nyer macam nie, wan nak pergi tengok rumah pakcu yang baru siap di Australia. Jadi kami sekeluarga ikut ke sana juga. Pergi waktu hari raya nie senang, coz tak payah amek cuti dua tiga kali. Heheheh...

Percutian yang di sertai wan, dan adik beradik aku bersama mak. Except, abah and akmal ( adik aku) jer yang tak ikut coz akmal ada SPM waktu tu. huhu...Imagine ler, first day raya jer . Otak kami bukan fikir pasal raya. Tapi fikir pasal nak pergi ke Australia. Hahaha..
Our flight at night,jadi kami masih lagi la sembahyang raya dan menyambut hari raya di Malaysia. Sempat lagi sambut orang beraya di rawang. Hehehe..

Flight waktu malam agak ramai coz air asia combine kan semua flight jadi satu flight at night. Maybe coz kami pergi ke sana pada 11.September. Mat salleh nie kan cuak dengan 11 September. Tu yang flight at that nite jadi ramai orang.


11.9.2010

Kami sampai pukul 4am at Perth, Australia . Sampai sahaja dah 4 degree celcius. Hahaha. Masing2 yang tak pernah rasa sejuk macam tu terketar2 ler, bila bercakap berkepul2 pula asap. ehehhe.. Immigration di Australia nie, agak strict jadi bila bawa makanan tulis la ingredients makanan tersebut. Macam tenusu agak strict. (Australia jer yang strict, others place ok jer). Kami stay sepanjang satu minggu di rumah Pakcu. and ticket flight amek promotion air asia. Hehehe.

Aussie waktu mula-mula sampai

Setelah sampai di rumah pakcu. Kami yang dah kepenatan coz di flight tak boleh nak tdor. Terus bantai tidor, coz petang karang nak pergi open house. Mula-mula sebelum kami sampai di Australia pakcu kata, Aussie sambut raya lambat sehari, kira nyer kami sambut hari raya pertama dua kali la. Tapi rupa nyer tak, aussie sambut sama dengan Malaysia.

Setelah solat jamak di rumah Pakcu. Rumah pertama yang kami pergi, rumah Aunty Murni, orang Kelantan. Pergh! Makanan dia sedap2 belaka, and siap buat sate. Waktu dekat Malaysia, aku nie agak pemalas nak pergi open house . Tapi tiba di sana, berapa buah rumah aku meronda makan . Hahaha.Aunty Murni and husband dia memang selalu masak kalau orang-orang dari Malaysia datang ke Perth nie. Rumah mereka dekat dengan University Curtin.

Bergambar di hadapan open house Aunty Murni and Pakcik Akob.

Setelah lepak-lepak makan, kami ke Jundaloop . Nak pergi ke Jundaloop melalui highway tapi di Aussie panggil Freeway ( tak silap aku) . Tak perlu bayar tol. Nak ke sana macam kl ke Seremban la. Dah ler pakcu bawak slow 60km/h . Adeh! Lama tol.

Disini, mewajibkan pemakain seatbelt. Jadi kami pergi dengan dua kereta kalau ke mana-mana pun, yang bawa tu Abg Hariz atau Abg Acap- kawan pakcu. Harga kereta di Aussie agak murah jadi mereka boleh implement pemakaian seatbelt untuk penumpang.Yelah mereka tak perlu bayar duit tax 300%. Tak macam di Malaysia , semua nyer nak mahal. Tu sebab nyer, kita tak boleh nak implement pemakaian seatbelt coz bukan nyer semua orang mampu membeli kereta sampai 2 atau 3 buah.

Open house di Jundalopp, adalah rakan pakcu yang berasal dari Singapore.Abang yang masak tu memang sedap. Mee goreng Singapore tu sampai sekarang aku masih ingat lagi. Aku dengan along boleh ag tapau desert before balik tu. Hahahah.

Then, dah nak maghrib kami ke rumah rakan kepada parents kak zizah ( isteri pakcu). Makan lagi di rumah nie. Tapi kali nie aku dah tak larat nak makan sangat, hahaha. Asyik makan jer.
Then, kami lalu sekitar Perth pada waktu malam , sebelum pulang ke rumah pakcu.
So, aktiviti kami pada hari pertama adalah pergi berhari raya. Heehhe.

p/s: aku tak dapat duit raya ler. hahaha.

4/15/11

I wish!

I wish to go there too!!

Ye sewaktu kakak ku mengatakan hasrat nyer menemani wan( nenek ku) ke Mekah. Rasa di hati. Along nak ikut!!!!!!!!!!! Tapi apa kan daya. Poket duit ku bukan nyer ada 5K. Kalau nak ke sana pun kena ada gak duit sket.
Tapi insyaAllah. Suatu hari nanti , aku pasti akan menjejakkan kaki ke sana . InsyaAllah sebagai tetamu Allah.
Seperti kata Along, dia dah pasang niat and azam dalam beberapa tahun nie. Doa jer. Sentiasa berdoa, InsyaAllah apabila doa di makbulkan, kita pasti menjadi tetamu Allah. Kalau Allah kata, pada tarikh sekian waktu sekian kita dapat ke sana. Kita pasti ke sana.

Paling menguntungkan along dapat masuk ke raudah. Antara taman2 syurga , dan dapat melihat mimbar nabi Muhammad s.a.w. Sangat beruntung, mungkin berkat menemani nenek ku dan juga menyorong wheelchair along dan cousin ( yang turut serta ikut) dapat masuk ke taman syurga -raudah (carpet hijau).

Mengikut pengalaman along, Mekah sebenarnye sesuai jika kita pergi ketika masih lagi muda dan mempunyai kurdat yang kuat. kerana ketika tawaf dah juga saie memerlukan kekuatan. Selain itu, doa juga penting agar sepanjang berada di Mekah dan Madinah di permudahkan oleh Allah.

Alhamdullillah, along , wan dan kak syahidah di permudahkan sepanjang berada disana.
Sangat jealous, mereka sudah menjejaki tanah haram. Ya Allah makbulkan doa ku, agar aku juga dapat menjejaki ke tanah haram dalam usia yang muda . Amin.

Along di hadapan ka'bah.
Source dari fb along. ngeh2

Wan , Along and kak long syahidah di Madinah.

Source dari fb kak long syahidah.

p/s: thanx for lovely abaya. Huhuhu..
p/s: Nak ikut g Mekah dan Madinah !Nak jumpa Rasullullah. InsyaAllah aku pasti ke sana. Amin

4/12/11

Finally.

Setelah berhempas pulas . tak cukup tidor. Finally! Exam dah habis. Alhamdulillah.

  1. Semoga lecture bermurah hati bagi markah.
  2. Suka dengan jawapan aku.
  3. Ada rasa belas kasihan dengan jawapan aku. Effort mark . heheh
  4. Jawapan ku betol.
  5. Jawapan menepati cita rasa dan kehendak lecture.
Amin...


Last day exam paling penat sekali, pagi dengan Operating sytem, petang dengan account. tidor 3 jam je malam tadi.
Nak balik rumah and tidor.
Nnt lah kemas barang nie semua. wakakak

p/s: tak ada motif post kali nie. hahahha

4/9/11

Coming Up Next!


Siapa kata waktu raya tak boleh pergi bercuti ke luar negara? Hahahah.

4/6/11

Productive muslim.

Last night,coincidently i saw this video from one of my sister friends page.
SubahanAllah, the video is simple and easy to understand.
Im very sure, even the small kids also can understand it.

All of you can watch the video at Productive Muslim channel at youtube.
Website of productive muslim discuss a lot of topic that related with our daily life. Productivemuslim.com.
Or you can like the page of productivemuslim at facebook. To get update news or video.

Lets us together to become a productive muslim, and make islam as our way of life :)


~ Suite with me. hehhehe

4/4/11

Bulan 9!

Perkara yang bakal terjadi apabila semua universiti di Malaysia di selaraskan waktu masuk pada bulan 9 ini.

TICKET BUS !

Station bus mesti penuh. Ticket mesti tak cukup, dah umpama orang balik raya aidilfitri.
Sebab nyer, semua orang nak balik universiti. Kalau dalam 1 negeri ada 3/4 IPTA, dan pelajar untuk universiti yang menggunakan perkhidmatan bus lebih kurang 10 000 orang. Mesti la ticket bus cepat habis dan berlaku nyer kesesakan di mana2 terminal busKejadian berebut bus bakal terjadi.. Ini kalau student yang naik bus lah. Ok2, kalau student tu kata ," tak dapat beli ticket bus dah habis macam balik raya lah pula. So, ingat nak naik la kereta balik universiti."





HIGHWAY !!

Dah dalam 1 universiti, mesti ramai student pakai kereta. Maklum lah, sekarang parents dah kaya. semua student pakai kereta. Paling cikai sekarang kancil, kalau nak cantik sikit myVi lah kan. Confirm punya la highway jam. Dulu waktu start sem, sebelum di selaraskan semua universiti pun dah jam. Inikan pula bila dah selaraskan. Confirm punya jam! Expecially, kalau semua balik hari ahad. Hah! Masuk kat main gate confirm dah nak dekat pukul 10pm .

Agak nyer, korang sanggup tak menghadapi jam macam nie?Yang nie dekat KL


Ok2, saya tak naik bus and kereta, naik kapal terbang



TICKET FLIGHT !! AIRPORT !

Student dari sabah,sarawak yang balik Semenanjung, atau pun dari semenanjung balik Sabah sarawak .. mesti lah kena naik flight, kalau tak nak naik apa. Naik kapal! 3 bulan baru sampai....
Confirm ticket mahal macam, ticket balik raya. Unless, yang rajin tengok zero fairs kat air asia . Mesti beli ticket awal2. Dekat airport mesti ramai orang, macam orang balik raya haji. Ramai orang.


Kalau system pengankutan awam di Malaysia di pertingkatkan, dan juga highway pandai control waktu student balik universiti nie. Aku rasa tak akan ada la, masalah2 seperti di atas.
Kalau peruntukan bus di percukupkan, flight ada untuk semua student2. Rasa nya, masalah tak akan berlaku. Selain itu, Malaysia nie patut cuba belajar di negara luar punya system pengangkutan, bukan sahaja pandai tiru system oversea yang semua universiti masuk bulan 9.

p/s:Aku bagi 5 Bulan untuk lihat apa bakal berlaku. Mcm mana preparation govt. menghadapi benda nie.


4/2/11

Driving

Sebenar nye, aku nie nak kata pegang kereta selalu la juga. Selalu ke? Tak ada lah.
Waktu kat rumah lama, aku selalu gak training dengan adik aku. Takat reverse ke depan and belakang jer la. Bawa atas jalan tak pernah la pula.
Semalam,aku , telah di "buli " bawa kereta atas jalan raya. Hakikat nyer , aku yang nak belajar. hehehe... Tapi setakat kat tempat parking je la. Tak ramai orang waktu tu.

Nina:" Tak nampak mana satu tekan minyak, mana satu tekan break. hahahah.. "

Tengok tu.Position pun aku tak tahu.Tapi setakat belajar kereta auto jer lah. takat nie dah round 1 uia. . Takut pun ada, but at least dah faham macam mana gear work, nak naik bukit and everything. Bawa takat 20-40km/j .Paling2 laju 60km/j! hahah. Tekan minyak lagi :p

Next time kena belajar pula guna manual. Oh no! Ada clutch . Macam mana nie? Hehehe.
Tp driving is fun. hahahha. --Jgn buat statement macam nie nina, kereta bukan nyer macam dalam need for speed. Heheheh. Jgn jadi bad driver ok!



p/s: thanx for teach me :)

Pelik = Curious

Aku dari dulu pelik dengan dua ayat nie..

Kenapa perlu cakap

SERIOUS SHIT!! Adakah perkara yang serious akan bertukar menjadi SH**?

BEST DOWH!! Kenapa perlu tambah DOWH.... Sefaham aku dowh tu singkatan kepada BO***

Minta maaf aku tak suka mencarut. Tapi pelik dengan ayat2 yang selalu golongan muda-mudi nie cakap. Maybe nampak cool. Tapi langsung tak COOL ok!! nape dah macam ayat anwarhadi? hahha

Pernah lah sekali aku buat experiment guna ayat kat atas nie, rasa mcm pelik sket..
Tetiba adik aku kata, sejak bile ko dah jadi geng budak2 lepak Pavillion, yang bajet hot cakap english tapi tak reti sebenarnye.
Oh aku tak pernah lepak kat situ, adik aku yang masuh under 18 jer tahu.

Hakikat nyer, sampai sekarang aku tak faham dengan dua ayat tersebut. Tolong lah, tak ada faedah nyer menambah2 perkataan yang mencarut2 nie.
Kan lebih elok kalau cakap. SERIOUS tanpa perlu menambah. dan juga BEST tanpa perlu ayat tambahan.

p/s: entah nape isu nie keluar, maybe haritu aku ada nampak ada minah duk cakap ayat nie, sambil gelak kuat2.sangat tak cool.


4/1/11

Introduction to Mathematical Statistic

Ayat apa yang sesuai utk subject nie.
Belajar pun jadi susah, tak belajar pun bertambah2 susah..
Jadi senang cerita subject nie susah.
Tak pa la.. dah lepas pun..
Even, budak pandai macam Dayah pun kata susah.
Adeh...

Introduction to Math Stat nie.. bukan ler macam math modern sekolah menengah tu.
Yang belajar mod, median dengan mean.
Lain yer, yang kami belajar nie, statistic tapi dalam tu ada calculus. Best tak..??
Tu la jadi nyer.. Statistic + Calculus = Statlus... hahahha


Tadi aku baru sedar, aku buat lawak waktu tulis tarikh atas answer booklet..
Ada ke patut tulis 1/4/2010.
Then, aku boleh fikir balik. Tahun nie 2010 ke 2011. Adeh!!.. HAHAHA

Apa2 pun subject tu dah habis menjawab. Kita dah berusaha. Berserah dan bertawakal je kat Allah. Semoga sir bermurah hati bagi markah. Amin...

p/s:Baru lepas satu paper! Ada 4 paper lagi oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...