2/27/11

Maher Zain Live in Concert 2011

26/2/2011


Yup like i said before , i have been waiting for something good for Saturday.
Maher Zain live in concert 2011 at Stadium Melawati Shah Alam.
My sister bought the ticket through online, one day after they advertised it at television.. Huhuh.. Since , my sister afraid that i will have exam or any test during Friday. That's why, she bought it on Saturday.Hehehe.. At that time, we buy the cheapest ticket RM53. But it's still cost a lot, for 3 person ticket!

For this concert, Me, Along and Angah(my cousin) was too excited to watch Maher Zain live in concert. However, this is not my first time watch Maher Zain sing live because,last year he came to my university.

Since along bought the ticket early so, the management upgrade our ticket from RM53 and became RM103. Yippee!!We are very lucky... We arrived at Stadium around 8.30 and queue for the ticket . There is one pakcik, was so angry when ticket counter give first to those bought through online.. Hello pakcik, don't be so angry. you watch Maher Zain concert not rock star concert. So ,please be patient. Besides, we bought it early than you pakcik and our ticket been upgraded. Don't get angry yeah pakcik.


Alamak edit nyer edit.. terang bebenor aku buat.. huhuhu



The first performance from Inteam, second from Irfan Makki. I am very sure Irfan Makki not well known in Malaysia.However, his song was really great, Mabrouk (you can watch it here) and Mother. Yeah, not to forget there is some part of the lyric he sing it in Malay language.

Then, there is gimmick from the announcer told that Maher zain was sick and cannot even sing one song to us. Yeah, i already started to believe that Maher Zain will not sing that nite, and i will be totally angry. Hahaha.. But its just a gimmick , and Maher Zain perform very well on first part of his performance. But, there is some of the song he sing not very well. Maybe , he too tired . I understand that. Huhuh..
However, song like Palestine and The Chosen One i can see it he sing it with full of energy and all out. There is special performance from Fadhil PADI (band from Indonesia) sing together with Maher Zain in InsyaAllah..

For the fourth performance, from Mesut Kurtis...I always remember one song that Maher Zain sing with Mesut Kurtis, which is Never Forget.. and from this song they brought little children some from Malaysia. They totally cute, and the best creature said Mesut Kurtis... Many song from Mesut Kurtis make us remember about Allah, and selawat towards our Prophet. I enjoy it, while listening it, we can remember Allah and selawat towards Rasullah.

Inside the stadium

Finale performance , from Maher Zain..Im sure, for the fan Maher Zain must listen to this song Allah hi Allah Kiya Karo. .. Hah. Now you remember.. huhuhu Actually, this song featuring with Irfan Makki... For the finale performance, Maher Zain sing For The Rest of my life and special new song Freedom.. It's totally awesome and great song. Not to forget, InsyaAllah in Malay version.When i listen it for the first time, i thought maybe there is a Malay guy sing it, but it wasn't. Maher Zain sing it without any slang and perfect Malay. huhuhu
Yeah, we ask many song from Maher Zain.but i just realised now that he not sing one song . Awaken!

Basically, it's worth it for me to watch Maher Zain concert because, when he make a mistake or forget the lyrics. He will sing it again. The audio system also great, and the team management are also great. Compared during his first time came to Malaysia ( i hear many bad story).
It's just like a "revenge" concert from Maher Zain to give a good performance to Malaysian people.hahahha.

I would like to give comment, for parents that bring baby.. Please!! Don't ever bring your baby to the concert. Did you all know, the sound will make your baby become DEAF..Poor the baby..I said this thing because, their parents sit in front of me .Alhamdulillah, that baby not crying and can sleep well even the sound was totallly loud there. I wonder, did they know how exactly sound at concert. Maybe they think , the concert just like at school concert. hahahha...

Lastly, thank you so much Along for buy the ticket.. I love you Along! Hehehe

p/s:Please forgive my grammatical error . I would like to improve my English, any mistake on my grammar you can comment it. Highly appreciated. Thank you.

2/25/11

U make me smile.

Yup.. you make me smile.
Tak tipu punya. :)
Senyum lagi.

"You teach me something today. Love towards your siblings.Thank you "

:)



2/23/11

Ho Chi Min City

Yer2.. Semalam adalah zero fairs utk air asia. Sapa yg suka melancong ..Sila beli ticket utk tahun hadapan..

and i received this msg from my sister
" Tipah, Syida and Nina. Tahun depan bulan 2 ada bran g ho chi minh city"

Dush! Macam ler tak tahu.. bulan dua tu belum ag cuti sem. Macam mana aku nak ikut.. Aku reply
"Bulan 2 belum cuti lagi la. Busy"

Along aku reply balik
"Ok, so utk org yg dah kerja je la. Ko stay (ini aku tambah.. hehehe)"

Nak ikut!!! Nak g Ho Chi Minh City!! Please tukar bulan...

p/s: Akak aku dah beli ke belum ticket ke Ho Chi Minh city??
p/s: Eventhough banyak sangat benda buat aku stress this week. Tak pe, sabtu nie ada something best. Boleh hilangkan semua stress aku... hahahha

2/19/11

Singapore Part 4


13/2/2011

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Singapura.. Hari ini kami cume pergi mengambil gambar ke tempat2 yg menarik and beli sedikit souvenir utk family.. Yer.. Utk kali pertama aku pergi tempat org bukan utk bershopping.. Just utk amek gambar sahaja.. Selama nie , kalau pergi mana2 mesti habis duit la.. Hahaha.. gila shopping tol.. maaf yer rakan2 ku semua,... Saya tak bershopping... :D

Kami keluar rumah pada pukul 10 dan mengambil MRT Tampines utk ke Raffles place interchange.. Dari Raffles Place anda boleh ke Mellion(singa yg keluar air tu) dan juga melihat kota Singapura dengan lebih dekat.. Hehehe



Memandangkan ketika kami sampai, Mellion sedang di baiki.. Dengar cerita, sebelum nie kena panah petir... Jadi masing2 duk berebut ambil gambar Mellion yg kecik.. Kecik pun jadi lah..hahaha

kami di Kota Singapura

Dari Mellion boleh nampak Singapore Flyer.. Dan juga Marina Bay (gambar atas) ..

Selepas puas mengambil gambar di Mellion.. Kami meneruskan journey ke Orchard Rd. Ambil MRT turun Station Orchard Rd.... Sebenar nyer.. Di sini kami tak tahu nak pergi mana.. Pakai jalan aje.. Tgk orang sume pergi Lucky Plaza kami pun pergi skali... Di Lucky Plaza.. lebih kurang macam Bukit Bintang.. Barang murah2.. Nak beli souvenier pun boleh.. Oh .. Utk org yg pesan tgk handphone iphone kat sini.. Saya tak tgk.. Tak sempat.. Then, che' Ahmad cakap kalau orang luar nnt dia org markup price..

Orchard Rd.
Memandangkan flight balik kami pada pukul 5.40pm dan harus berada 2jam sebelum boarding.. Kami pun pulang semula ke rumah pada pukul 1.. Selepas makan dan solat.. Kami pulang dengan perasaan yang berat nak meninggalkan atok dan nenek.. Dah rasa macam famly sendiri lah pula.. :D
Bersama dengan atok and nenek wif anak2 che' chah.

Dari Tampines kami mengambil ticket ke Changi Air Port.. Memandangkan kami menaiki Tiger Airways (tambang murah Singapura) dari Changi Airport Station turun ke Basement Terminal 2 utk mendapatkan free Shuttle Bus utk ke Budget Terminal..

Kami punya semangat kerana Flight on time.. Tapi bila duduk jer atas kapal terbang..
Pilot bgthu ada problem at tyres.. So, kena tukar tyres.. Almost 1 hour kita orang duk dalam tu.. Tgk2 picture2..Ambil gambar.. Gelak2.. dah bosan.. Nasib baik la pilot Tiger Airways nie baik.. Inform setiap kali tayar dah siap pasang.. huhuhu.. Kami sampai lebih kurang pukul 8 lebih.. Setiba nyer di LCCT .. Hujan lebat di Kuala Lumpur.. Nsb baik lah dah sampai.. Kalau tak susah ooo nak mendarat..

Saya suka journey kali ini. .. Next time kita ke Kampung Gelam.. and Arab street OK!!

2/18/11

Singapore Part 3

Continue our journey from Singapore and Singapore Part 2...

Sebenar nye masih lagi pada hari kedua.. Cume nak khaskan waktu perjalanan pulang kami ke rumah di Tampines.. Memandangkan kami masih baru lagi di Singapura dan tidak biasa lagi dengan system MRT di sini... Kami bercadang untuk pulang awal di Universal Studio coz takut nnt sesat dan tak jumpa jalan pulang kerana selepas menaiki MRT , kami perlu menaiki bus utk sampai ke rumah... Kalau dah faham system pengangkutan di sini.. Memang kami pulang lambat .. heheh
Tak elok anak dara keluar malam oi...

Dari vivo iaitu Harbour Station bermulalah journey kami menaiki MRT. Sebenarnye system MRT senang jer .. Lebih kurang sama mcm di Malaysia.. Tapi bukan 100% sama .. Kenapa?? Mari baca kisah kami.. Sila lihat map MRT untuk memahami lebih jelas cerita kali ini.. hehe

sorry yer kalau tak nampak.. anda boleh berjumpa dengan en.google dan tanya... heheh

Ok MRT Singapore yg warna2 tu membezakan tempat2 yg kita nak pergi .. Macam kami dari (saya dah bulatkan) Harbour Station / Harbour Front North East Line yg berwarna ungu nak ke Tampines East West Line warna hijau.. Kami perlu tukar di station Outram Park... Kami yg ingat system di sini sama macam Malaysia... Dengan penuh semangat beli ticket ke Outram Park, then dari Outram Park kami fikir baru beli ke Tampines.. Kalau rakyat Malaysia yg first time datang sini mesti sume fikir macam kami ... Tapi sebenarnya , yang membezakan system disini ialah.. Anda tak perlu beli ticket ke Outram Park , terus beli ticket ke tempat yang di tuju, anda cume perlu tahu sahaja utk interchange station..Kalau tidak jadi lah macam kami.. Rupa nyer, system di sini menyenangkan rakyat mereka.... Oh lupa pula.. MRT and Bus di sini dari satu syarikat... That's why lah, kita tak perlu keluar wkt interchange station... ngeh2...

Tiba di Outram Park, masing2 duk cari tempat keluar station tu coz dah terlajak ikut orang berjalan utk tukar MRT...Di Outram Park kami beli lagi sekali ke Tampines ... We learn from mistakes, kalau tidak tak faham la system MRT disini dan tak tahu rupa nyer, kad yg dibeli boleh di refund... Okay dr Harbour Front Station ke Outram Park around SD2.40(kurang pasti..) Bila anda refund di ticket machine, anda akan dapat SD1 jadi harga ticket perjalanan adalah SD1.40.. Jimatkan?? (jauh jugak jarak dr situ.. Ok make one to one price yer..)


Oh yer kalau di Malaysia panggil station, tp disini panggil Interchange utk station nyer.. Aku belajar nie , dari nenek.. Nenek kat sini sume naik public transport.. Cool wooo!! Tiba di Tampines station, kami yg separuh kepenatan nie dah lupa bas apa yg patut naik.. Sampai kena msg che' chah bus apa yg sampai rumah.. Tp, utk lebih pasti lagi.. Kami tanya jer pak cik Melayu yg ada di station bus.. Hehehe.. Pak cik nie terang satu2 dan bgthu kami naik bus 21 nnt akan sampai depan kawasan rumah.. Utk ticket bus ke rumah Atok ialah SD1...
Hehehe.. Kalau anda malu, sesat jalan..

Di station bus, ada sebenarnye peta yg bgthu bus yg perlu dinaiki utk ke destination.. Yg perlu anda ingat ialah Block and street yg anda tinggal..
Wooo.. panjang lebar aku cerita... Cume cerita pasal MRT dgn bus aje.. huhu kite continue utk our last day journey..

p/s:Tak sangka lak sampai Singapore Part 4..hehehe

Singapore Part 2


12/2/2011

Continue from Singapore ..

Setelah kami solat,rehat, and makan tengah hari .. Terima kasih atok , nenek and che' chah menjamu kami makan.. Banyak betol lauk.. Mana tak nyer, siap pesan lagi.. Dekat sana makanan mahal, makan kenyang2.. Hehehe.. Setelah siap semua, pukul 2.30 che' Ahmad hantar kami ke Harbour station.. Memandangkan kami baru sangat sampai, dan tak biasa lagi dengan transportation di Singapura..


Kami ke UNIVERSAL STUDIO, SINGAPURA.. Ini adalah tujuan kedua kami ke Singapura..
Ticket kami beli awal coz takut nnt beli dah sampai Universal Studio, ticket sold out.. Ok, kalau nak beli ticket universal studio.. Pergi sahaja dekat mana2 travel agency.. Maybe dia org jual mahal RM40 .. Tapi bagi saya , lagi bagus berbanding kita sampai , frust menonggeng tak dapat beli ticket masuk.. Huhuhu.. Harga ticket memang mahal.. RM180, tapi kalau beli di Universal Studio.. SD70 ..Tapi kita boleh spend time kat situ, for the whole day... Universal Studio nyer ride closed at 7.00pm tapi kita still boleh stay until 9pm..

Untuk ke Universal Studio, melalui MRT turun ke Harbour station yang terletak di Shopping mall Vivo.. Naik ke level 3 Vivo, anda harus beli new ticket MRT iaitu special MRT yang membawa anda ke Universal Studio. Ticket price SD3, ingat yer turun at 1st station ,.. Coz hari tu, kita orang dah cuak tak tahu man nak turun sampai tanya dkt penjaga di situ... Sebenar nyer, ada je arahan bgthu turun dalam MRT tu...
MRT ticket to Universal Studio..Happy sangat time nie..

Harap maaf entry kali ini penuh dengan picture ,xadalah banyak sangat hahah.. Enjoy our picture there!


infront of universal studio..
best ride! with high acceleration.. sampai sakit tekak aku menjerit..

bergumbira di Madagascar



yehaaa!
4D animation di Shrek! Memang terbaik lah...

apsal aku cuak dgn org nie?

kamilah pelajar mesir yg baru pulang... heheheh

Kat Hollywood ada Egypt.. wakaka

Waktu kecik2 suka berangan jadi puteri.. Kira termakbul lah pergi castle nie.. Hahahha



Sepatut nyer kami dapat habiskan masa di sini awal.. Tapi dah sampai Singapore pun lambat because of train problem.. Maka , kami menghabiskan masa bersuka ria di sini dari jam 3 sampai 8 lebih.. Balik2 tu dah kepenatan dan keletihan terlampau.. Huhuhu...

p/s: next entry saya akan ceritakan kisah lucu di MRT Singapore... dan persepsi orang Malaysia mengenai system MRT di Singapore dan system LRT di Malaysia.. huhu

2/17/11

Singapore

Percutian kami bermula dari 11/2/2011 - 13/2/2011 .

Shortest vacation ever. 3 hari aje.. Agak banyak juga tempat kami miss since our plan tak berjalan dengan lancar coz delay train.. Percutian kali ini disertai seramai 5 org , Nina ofcoz la saya, Along, Dua orang kawan along -kak zetty and kak naza , and kak tiqah..

Tempat penginapan : Rumah atok kak tiqah at Street 42, Tampines, Singapore
Pengangkutan sepanjang berada di Singapore : MRT and Bus. hehe (sangat jimat and standard price if you make one to one price)

Perjalanan kami ke Singapore, menaiki Kereta-api dari KL Central ke Tanjong Pagar, Singapura klasik sungguh, teringat macam cerita P.Ramlee! Sebenarnye ,ini adalah kali pertama utk saya and along menaiki train.. Biasanya, tak pernah lak nak cube.. Well its kinda adventure and best actually... Kami amek Class: Superior Night class (bed sit)... Harga ticket rm40.. Murah sedikit dari naik flight cuma .. Perjalalan mengambil masa selama 8jam!!!

Atas:1. Jam di Tanjong Pagar
2.Me along
Bawah:1. Kak tiqah, Along, Kak Zetty, Me and Kak Naza (sorry small pic)
2. Dalam keretapi.. Org lain tidor, kami ambil pic jer.. huhu

Train sepatut nyer pukul 1100pm tapi delay half and hour, so kami naik train around 11.35pm. Saja sebenar nye , amek train malam.. Selain dapat tidor utk journey yg agak panjang dan lama ini.. Tujuan asal menaiki train, kerana kami ingin merasa menaiki keretapi yg menuju ke Tanjong Pagar Singapore sebelum tanah milik Malaysia ini menjadi milik Singapore. Pasti pelik bukan, ya.. Masih ada lagi tanah Malaysia di kawasan Singapore. Tapi nak buat macam mana bulan 7 nnt pihak Singapura akan mengambil kawasan Stesen Keretapi Tanjung Pagar menjadi hak milik Singapura. So, lepas nie.. KTM hanya akan berehenti sampai Woodland sahaja.. Sedih2... :(

Sepanjang perjalanan sebenarnye agak susah utk aku tidor, lebih2 lagi duduk katil atas.. Adeh.. rasa mcm kena buaian jer.. Bila keretapi tengah laju.. Rasa mcm nak terjatuh pun ada. Asal dua jam sekali jer terjaga... Tp jangan risau semua nye selamat InsyaAllah.. Tapi disarankan, sapa yg gayat and tak biasa lagi amek lah katil bawah... Yg pelik nyer, mcm mana aku leh study statistic atas tu??

Hanya aku, and kak tiqah aje yg dapat tidor kat katil atas.. Along and kak zetty dah kongsi katil bawah.. and kak naza tidor sorang2 dkt katil bawah..
Tapi, ingat train sampai awal pukul 7 .. Malang nyer, around 6am, wkt nak solat subuh solat atas katil jer.. Keretapi mengalami masalah kerosakan enjin.. Around 2/3 hours kami stranded dekat Station Kulai , Johor... tinggal lagi dua station jer nak sampai ke Singapura... Tp,time nie yg sedap qada tidor! tapi yg tak best nya.. Our plan dah jd delay.. Dah nsb badan...

Kami sampai ke Station Tanjong Pagar pukul 12.00 tengah hari.. Uncle kak tiqah.. Che' Ahmad ambil kami di sana.. Kami pun terus ke rumah Atok di Tampines, untuk makan tengah hari and mandi sebelum meneruskan our journey ke ........ just wait lah!!


2/16/11

Grammar ooo.. grammar!

Tajuk post di atas : terjadi selepas mendapat email dari seseorang. Tak perlu story panjang.. Seboleh nyer aku anggap ianya sebagai satu ujian agar aku lebih kuat.
I am strong! Like PowerPuff girls.. hehehe


"Allah tak akan berikan ujian kepada hambaNya, jika hambaNya tidak mampu utk menghadapi."

Sepatut nyer sekarang aku study subject OS coz esk ada mid term. Ada 5 chap to study.. Aja2 fighting!

Aku baru baca setakat nie.. 4 basic element inside OS
1.Processor- control the processing of OS which is CPU.
2. Main Memory- stores data and programs. Real memory or primary memory
3.I/O module- move data between the computer and its external environment. connecting between it la..
4.System bus- Provides communication among processor, main memory and I/O module

Ok motif tulis .. agar lebih ingat...

p/s: nnt saya update new post about latest vacation... ngeh2..
p/s/s: bila la nak update pasal Australia.
p/s/s: wish me luck.. InsyaAllah boleh buat amin..

2/11/11

Tolong ingatkan aku.

Tajuk entry saya dah sama macam tajuk lagu..

Tolong ingatkan aku...
Kisah assignment, project dan juga mid term..
Banyak benda nak di fikirkan...
Ooooo... (sila nyanyi sama mcm Ana Raffali nyanyi)

Yer.. saya busy tapi masih sempat bersuka ria.. Sila jangan ikut perangai saya! heheh

Bandung Part 3

13/4/2010

Pagi2 lagi dah bangun untuk habiskan masa di Pasar Baru.. Pukul 8 pagi lagi kami dah bergerak ke sana.. bangunan Pasar Baru macam dekat Sg.Wang sket cume system escalator dia terabur sket...Biasanyer pagi2 kat sini panggil "Pecah telur" Yelah first customer yg beli barang dkt kedai.. Hahaha... Nak ke Pasar Baru nie umpama berperang coz dah banyak sangat bad stories aku dengar dekat sini . Ada kawan abang aku.. pergi bawa camera DSLR balik tinggal beg DSLR jer. So, kawasan Pasar Baru nie kena jaga2 sket.Banyak kan berdoa utk elak benda buruk berlaku.
  1. Kalau beg sila letak di hadapan. contoh sila lihat saya
  2. Camera DSLR tinggalkan jer dekat dalam kereta (sorok2 ler kasi tak nampak)
  3. Kalau berjalan berkumpulan rapat2 takut nnt hilang dompet atau apa2 sahaja..
Drop the stories pasal keburukan Pasar Baru. Pasar Baru nie.. yg best shopping barang kahwin, kain cotton, kain2 nyer nyata lebih murah dr Malaysia and harga lagi murah ofcoz ler..Selain tu, barang2 door gift utk kahwin, dan kad kahwin yg tebal pun ada.FYI, kedai kad kahwin berhampiran dgn tandas di Pasar Baru.

Kat sini aku tak tahan asap rokok jer.. Well, di mana sahaja anda boleh hisap rokok.. Asthma attack kejap ler... Cume nak solat agak senang coz ada surau yg besar di atas bangunan Pasar Baru.. Dari sini kita boleh lihat pemandangan Kota Bandung.

Nampak tak ada org tdor di saf pertama. Padahal dah ada notice jangan tidor di surau.huhu

Di Bandung ada satu kerepek yg memang menjadi kewajipan utk kami beli. Pisang cheese. Pisang cheese nie sangat sedap. Dulu2 wkt akak aku pergi pisang cheese nie belum lagi ada flavour sekarang dah ada flavor berry and choclate.. Yummy....Ianya di jual di tingkat bawah Pasar Baru. Kakak aku biasanyer beli dengan satu famly yg ada anak laki dua orang..payah nyer nak describe coz famly nie baik plus dia nyer pisang cheese lagi crispy~





Pisang cheese yg picture 1st.. Tapi tu jenis yg lain... others kerepek and biskut yg sangat sedap. U can test it ..Free testing... heuhuhu


Dari pagi sampai ke petang kami di Pasar Baru. Petang tu, Aunty Norlia dah penat tak larat ikut kami.. Kami yg muda belia nie.. Shopping sampai ke malam di FO..

See.. tak ramai org pun wkt weekdays.. Only us there! hahaha

14/4/2010

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bandung. Kami pergi sekali lagi ke FO pertama yg kami singgah iaitu Sahara.. Nak beli barang pesanan sebelum pulang.. Then kami makan di rice bowl .. tak ingat which shopping mall... Then, ke Kartika Sari .. kedai kek yg famous and brownies nyer yg mmg famous di Bandung ... Kemudian, kami pulang ke Malaysia.. Daaaa... Bandung... wait for me.. I will come again.. hehehe

Atas:Bergambar dengan pekerja di Rumah Tawa, di Sahara.
Bawah:Yougurt ice cream for the last time ,and inside Kartika Sari.

Atas: Di Airport, barang2 yg kami beli
Bawah: Kami di Rice bowl for lunch, Pisang cheese yg di beli

Updated: Memandangkan ramai bertanya mengenai Pasar Baru Bandung, aku ada update new post ketika percutian ku di Bandung 2011. Enjoy! -click here.

2/4/11

Bandung Part 2



12/4/2010

Memandangkan hari ini Isnin. Kami ke luar kota coz tak ramai orang nak ke Tangkuban Perahu.
Percutian ke Bandung tak kan perfect tanpa ke Tangkuban Perahu. Iaitu kawasan gunung berapi yg masih aktif..Tangkuban Perahu nie ada lagenda disebalik kejadian nyer iaitu Lagenda Sang Kuriang.. sile google.heheh teringat lak waktu di Medan mandi air gunung berapi. baik utk kesihatan

Perjalanan kami bermula pada pukul 8pg. On the way ke sana,jam atau macet hanya di depan ITB . tempat anak-anak orang kaya belajar.Perjalanan hanya mengambil masa selama 1jam/45 minit sahaja.
Oh yer.. Miftah bagitahu waktu musim cuti sekolah Malaysia, bulan 6 dan bulan 12 . Jam nak naik Tangkuban Perahu . Sampai di terpaksa over take utk cepat sampai.So, jangan pergi waktu cuti sekolah .. heheeh
Sepanjang perjalanan, suasana redup dan juga sejuk dapat dirasai coz Bandung berada di kawasan pergunungan bukit.

Yang menarik nyer,ketika kami di Tangkuban Perahu ada shooting utk kebudayaan di sana. Beruntung kami, sambil dapat lihat gunung berapi dapat menonton tarian orang sana. Tapi tahan yer bau blerang gunung berapi coz agak busuk. Aunty Norlia yg kerja di jabatan kimia terus cakap "Nie bau sulphur dioxide "malu aku yg pernah belajar chemistry wkt sekolah. hahaha


Tips di Tangkuban Perahu
  1. Ticket masuk adalah asing daripada bayaran utk supir so kena bayar ticket utk kereta dan juga orang yg nak masuk kawasan Tangkuban Perahu.Kereta around Rp100 000 rasa nyer, saya tak pasti. Ok kalau ada pak supir nak ikut sekali. Maksud nyer dia tipu coz anda kena bayar sekali dgn harga pak supir. Biasanya pak supir tak akan join masuk skali. Unless mat salleh ada lah..
  2. JANGAN sesekali beli di Tangkuban Perahu coz harga kat sini 3x ganda (3x lipat) mahal dari di bandar Bandung. - Nie cakap pak supir kami sendiri.
  3. Anda akan di serbu oleh penjual dari turun kereta sampailah naik kereta. Jangan pandang mata dia org or tgk barang dia org. Coz dia org akan tarik sampai anda beli. Make them invisible jer. Until one of the penjual tu cakap kat kita orang " tengok pun tak nak". Mcm mana aku nak tgk. Kalau jual berry dgn harga RM6! sama price kat Malaysia.
Selepas itu kami ke Strawberry Farm . Di sini, kami perlu bayar harga masuk dan akan di hidangkan dengan segelas air Strawberry yg segar. Kak Syam sejak datang ke Bandung. Menu air dia sama sahaja iaitu Air Strawberry. Ada gak offer utk petik buah strawberry. Tp tak worth it for us coz buah2 banyak dah di petik waktu hujung minggu tu. Hehehe

Kak Syam, Me and Along..Kami dah jadi buah strawberry.Hahaha Masih tak faham maksud kavling itu apa..

Kemudia kami ke Kampung Daun utk makan lunch!Dekat sini memang best selain makanan yang sedap kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi sambil berehat-rehat bersama keluarga. Kami solat jamak di Kampung Daun coz surau di sini sangat bersih and don't worry coz ada sahaja telekung yg bersih disini. Selain toilet yg best! hehehe

Selepas kami enjoy2 makan di Kampung Daun kami pulang semula ke Kota Bandung. Kami terus ke Toko Tiga. Disini di jual Jeans yg berjenama and murah. Hehehe.. Shopping jeans pula. Namun kita orang tak sempat nak g satu jalan yg jual barangan kulit.. Lupa pula.. Nnt saya search yer!

Kemudia kami ke Mall mall apa tak igt nnt update again utk membeli air mineral. Dah jadi kewajipan kalau pergi ke Indonesia beli air mineral iaitu air aqua coz kadang2 ada air yg kurang bersih and wat sakit tekak. Lagi pun dah haus! Ada satu kejadian terjadi waktu kat sini..Tetiba jer black out shopping mall nie. Bagi yg dah biasa g Medan kadang2 mereka suka matikan lampu.Tapi, kejadian ttb black out tak slalu terjadi di Bandung. Cepat2 kami beli barang and bayar then keluar dr Mall tu.. heheh.. cuak seh!
Kita orang continue pergi toko buku utk beli pesanan buku .. and singgah beberapa mall mana tau menarik di hati.. Tp tak ada lah pula...

Wkt tu dah malam and kita orang still tak dinner ag..
Memandangkan nak cuba beli Murtabak manis atau dkt Malaysia di panggil Apam Balik. Well , Murtabak Manis nie di beli oleh Miftah and Ahmad kat Pasar Malam, kita orang yg perempuan stay dalam kereta coz takut bahaya. Hahaha.. Murtabak manis yg di beli pergh!! Sedap dan berlayer2.. Satu kotak (sini packaging pakai kotak) around Rp20 000. Ada 4 kotak beli, igtkan kecik mcm kat Malaysia, rupa nyer besar and tak mampu nak di habiskan.Huhuh... Ada 2 perisa kita orang beli . Satu choclate and satu ag telur.
Utk choclate mmg yummy ada pisang, cheese, kacang.. Sedap! Utk telur kureng sket.. Sampai kita orang minta nasi dr Rumah Tawa coz nak habiskan yg telur nyer.. Hehehe

Toko 3 dan Murtabak Manis

Lepas dah makan2 and solat kami pun tdor coz nak continue shopping di Pasar Baru! hehe
Continue di Bandung Part 3!

2/3/11

Bandung Part 1

Bagi menunaikan janji.. Hehehe.. Here come bandung part 1
Percutian ke bandung selama 5 hari.. Percutian seramai 5 orang yg di sertai saya, Kak Long, Kak Syam, Aunty Norlia and Ahmad..From 10/4/2010-14/4/2010 baru sekarang nak tulis..ehehe

Sebelum tu biar cerita sket pasal cost sepanjang berada di sana
  1. Ticket kapal terbang:rm 60 (tempah setahun sebelum pergi bercuti.. wkt zero fairs)
  2. Tax air port :Rp75 000
  3. Hotel(Rest house): Lebih kurang Rp120 000 sehari..tapi x sure better ask Rumah Tawa. Biasa nyer Hotel di sini dikira per nite.
  4. Supir(driver including minyak and kereta): more information dr pak supir kami Miftah
1 Hari( dalam bandar):Rp375 000
Luar kota (drive luar bandar): Rp400 ooo

Kita orang tak amek apa2 package dr tour travel.Sume nyer sendiri coz lagi murah dan jimat.. Plus bebas nak pergi kemana sahaja.. Hehehhe

10/4/2010
Flight kita orang malam .. Perjalanan selama 2jam lebih ke Bandung. Jadi 1st day kita orang dah habis dgn naik flight sahaja. Hehehe..
Sampai2 kita orang tak terus menginap di Rumah Tawa tapi kami menginap di Hotel Karmila.From airport tu Hotel Karmila.Naik teksi lebih kurang Rp40-60 000 ...
Since, kita orang sume dah penat... Kita orang terus tdor lagi pun dah pukul 11 malam lebih ...
Susah sikit nak tdor dekat hotel nie coz dia tengah2 bandar, and waktu sampai ada konsert hujung minggu dekat Bandung. Hehehhe...
So, sepanjang malam boleh dengar bunyi kereta and motor .Lagi pun , hotel nie tengah bandar Bandung. Jalan apa agak kurang sure di sini.
Namun hotel nie murah juga utk room dia.. Lebih kurang Rp120 000
ramai sgt orang Malaysia aku jumpa kat hotel nie..hhehee

11/4/2010
Ok kalau ada trip ke mana2 tempat kami akan bangun awal. Holiday's begin!
Puku 8pg lagi Miftah dah tunggu di bawah Hotel kami and tawarkan kami Rumah Tawa. So, kita orang sume tgk dulu keadaan Rumah Tawa and decide tukar from Hotel Karmila to Rumah Tawa..Kami ambil satu Deluxe Room- Queen Size Bed dan Standard Single Room.
Rumah tawa di Taman Cibunut nie agak tenang kerana berada di kawasan perumah orang dan bukan berada di jalan yg sibuk.

Firstly,kami decide ke FO bukan ke Pasar Baru coz fixed price then harga di Pasar Baru waktu hujung mungkin akan naik coz Orang dari Jakarta akan turun ke Bandung utk bershopping.Kami ke Factory Outlet (FO) di FO Sahara dan FO di Jalan Dago.(agk lama juga lah kami di situ.. shopping!heheh..)

Kemudian, kami lunch di Restoran Minang yg mmg famous di kalangan orang Malaysia. Di sini, saya nak bg some tips kalau makan dkt Restoran Minang.Tak kisah la di Bandung /Medan atau di mana-mana sahaja.
  1. Restoran Minang akan hidangkan makanan dengan banyak walaupun kita tak order.
  2. JANGAN sesekali cuit atau sentuh atau rasa kalau kita tak nak makanan tu coz nnt dia orang akan tetap charge makanan tersebut.
  3. Firstly, devide antara makanan yg korang nak makan and tak nak makan.Dapat lah kita bezakan yg mana nak makan.
  4. Igt menu apa yg kita makan. coz haritu, pak cik yg kira order makanan tak tahu apa yg dia hidangkan kat kita orang.
After makan dari Restoran Minang, kami pulang ke Hotel Karmila and pindah barang ke Rumah Tawa and solat di Rumah Tawa.Kemudia ke Bandara (airport) utk ambil Ahmad yg baru sampai coz different flight from us. nak harga ticket rm 60 tu different flight..huhu

Lepas ambil Ahmad, kami ke Paris Van Java for dinner and shopping lagi! hehhe.. di sini ada Sogo . Sogo di sini agak berbeza di Malaysia kerana high class macam dkt Pavillion. Huhuh..


  1. Makan di restoran Minang. Licin pinggan depan Kak syam and Aunty Norlia.
  2. Dinner di Paris Van Java.
  3. One of Guess outlet at Paris Van Java.ofcoz aku tak mampu even convert to Malaysia price. Hanya akak ak jer tibai satu beg! Huhuhu di Sogo
Bout food at Bandung nie jangan risau lah.. Setakat nie InsyaAllah, Halal coz orang sunda masih ramai lagi islam. But, di Paris Van Java hati2 mencari kedai yang halal. Mula2 kami dah duduk di cafe Manchester United tapi rasa nyer tak sanggup coz some of the food serve with wain. Then, jalan lagi mencari restoran,ada satu kedai tu dah macam ok, skali bila check2 menu dia ada Kodok Goreng... Yarkh!!.So, sila tanya dulu sama ada kedai tu serve food with wain or not.

Lepas shopping di Paris Van Java, aku sempat tibai yogurt ice-cream Jco yg kat Malaysia mahal kat Indonesia murah convert price memanglah .. hehehe..Sedap nyer ice-cream Jco. and food kat bawah tu my menu at one of the restaurant sebelah dgn KFC di Paris Van Java. Nasi Goreng Ayam with Cheese.. Yummy!!


Kemudia kami pulang ke Rumah Tawa utk tidor and kumpul tenaga utk esok!
Nantikan Bandung Part 2!

p/s:sorry for longest entry. hehhe

2/2/11

Henshin.!

Lama tak update blog.. Sebenar nye... saya bukan lah blogger tegar.. Masuk contest pun skali jer.. itu pun coz waktu cuti... tak ada benda nak wat..
Memandangkan blog nie perlukan perubahan..
Henshin.. Dah macam kamen rider lak! hehhe..(adik bongsu aku peminat tegar kamen rider .. so slalu dgr.. hehehe)

Since ada perubahan pada template and everything.. Rasa nyer.. aku akan update mengenai aktiviti waktu cuti...
Sebenar nyer aku nie.. Sorang yg kuat berjalan..Jadi lebih baik aku cerita kan pengalaman aku di blog mengenai cuti2.. Huhuhu.. Dengan di temani akak aku yg perangai 2x5 sama macam aku.... (she's the reason why i love travelling and shopping) Kita orang akan plan 1year or 8/9 month before nak pergi sesuatu tempat..
Dah nak dekat2 tu.. Kita orang suka blog-walking... Tgk review about that place.. Tempat mana best shopping.. Then, kat mana yg best pergi... Huhuh..

Jadi apa kata aku tulis bout place yg aku pergi.. Maybe boleh bantu anda2 di luar sana rite!

Ok2.. Setakat nie every sem 2 aku akan bercuti.. Yer.. tu sebab nyer.. korang akn nampak aku kurang bershopping coz nak simpan duit sampai hujung sem! HAHAHA.
Tempat yang dah sampai dari tarikh yg aku tulis post nie.. Baru 3 place jer... Hahaha....Tak ada lah mcm org lain ....Banyak dah..

  1. Medan, Indonesia
  2. Bandung,Indonesia
  3. Perth,Australia
Aku nak kongsi.. Percutian bajet.. but you still can enjoy it.. Especially for student yg macam aku nie... Huhhuu

Okay2.. Medan dah lama pergi.. Tp don't worry coz aku ada tulis review about it..sila tekan ini...
Cume bandung and perth aku tak pernah tulis.. Ok2.. Nantikan yer for bandung and perth...

Heheheh...

p/s: jgn salah anggap yer.. Khas utk percutian bajet mcm kite wahai student...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...